28 January 2016

Kerabu Kacang Botol

Blog ni memang payah nak jumpa entri resepi. Sebab menu aku masak setiap hari menu simple-simple je. Tak ada yang special. Lebih lagi ada anak yang tak makan pedas. Sup ayam, ikan kicap, tomyam, ikan tauchu... Itu semua orang pun tahu. 

Yang ni resepi kerabu kacang botol mungkin ada yang tak tahu. Macam aku. Lets kita share... Aku amik resepi ni dalam buku 300 menu ramadan & syawal. Pinjam kawan opis punya. Kebetulan kakak aku baru bagi kacang botol. Nak harap aku beli takla. Bukan tak suka makan. Aku suka ulam-ulam ni. Paling suka daun selom. Tapi membelinya macam payah. Duluuuuuuu masa arwah mak aku ada lagi, kat rumah tu rasanya ada pokok kacang botol ni sekejap kalau tak silap. Pastu dah mati kot.


Bahan-bahan:

5 batang kacang botol (di hiris)
1 biji bawang besar (di hiris)
1 biji cili merah (di kisar)
3 biji cili api (di kisar)
1 sm belacan (di kisar)
15 ekor ikan bilis (di kisar)
2 biji limau nipis
Garam secukupnya

Gaul semua bahan hiris dan kisar sehingga sebati. Kemudian perasakan dgn garam dan limau nipis.


Mudah sangatkan. Sesuai sangat untuk aku yang asyik masak makanan tak pedas. Oh ya belacan tu aku agak-agak je. Tak denye ngukur 1sm tu banyak mana. Ikan bilis tu pun kuasa nak kira 15 ekor. Agak-agak jugak.

Hasil buat semalam. Makan dengan nasi pepanas + ikan goreng. Memang membangkitkan selera. Kata orang, mak mertua lalu kat sebelah pun tak perasan. kihkihkih...

1 comment:

Kakzakie Purvit said...

Kakak kalau kerabu apa pun suka Azi
Ini tengok pun dah kecur rasa

 
Copyright by Aziazidah