12 January 2016

Kisah Isha

Rentetan dari kisah duit belanja kisah isha. Semalam sofea cerita lagi pasal isha. Kali ni bukan pasal duit tapi pasal baju sekolah pulak.  

Sofea : ada sorang budak tu kan mama dia tak pergi sekolah.
Aku: kenapa?
Sofea: sebab dia tak ada baju sekolah.
Aku: iye ker? tak sekolah langsung pagi petang ker.
Sofea: iye. langsung tak sekolah.
Aku: betul ker? habis dia duduk rumah ustazah je lah. dia darjah berapa?
Sofea: Dia darjah 3. macam faris tu. dia duk umah ustazah je lah.
Aku: *faris mana pulak tu* ermm betul ker?
Sofea: Iye... Tadi kan mama isha cari baju sekolah agama dia, tak jumpa.
Aku: Habis tu dia tak pergi sekolah agama lah.
Sofea: Pergi. Dia pakai baju sekolah kebangsaan,
Aku: Kain pakai kain sekolah agamalah kan. Kain hijau...
Sofea: Tak. Dia pakai kain hitam.
Aku: Habis cikgu tak marah ker?
Sofea: Ustazah marah la...


Aku sebenarnya kesian dengar pasal isha. Sebelum ni aku kata memacam. Kenapa emak isha tak nak bagi duit belanja. Tak nak buatkan bekal. Lepas dengar sofea cerita macam ni. Aku jadi berfikir-fikir. Jiwa luluh. Hati rasa pedih. Macam tak percaya ada budak yang tak pergi sekolah sebab tak ada baju sekolah *entah betul ke tak cerita pia ni*. Area rumah aku yang kira bandar pulak tu. Terfikir sejauh mana tahap kesusahan yang dia hadapi. 

Aku rasa aku dah cukup terbeban dengan kos sara hidup yang makin tinggi. Anak tiga orang yang masih kecil dan bersekolah. Hakikatnya aku masih lagi mampu beli makanan yang dijual kedai, beli baju baru untuk anak-anak, tempah baju sekolah kebangsaan anak tiga pasang. Ye tempah ko. Semangat... Beli baju sekolah agama dua. Kasut standby tiga pasang. Daripada orang lain kasut koyak pakai lagi. Baju dah lusuh tak beli beli baru. 

Kita rasa kita dah cukup susah. Setiap hari mengeluh duit tak cukup tapi rupanya ada ramai lagi orang yang lebih susah dari aku. Nak bagi anak duit belanja pun tak mampu. Ini aku bagi seringgit mr mama menambah lagi jadi dua ringgit. Orang lain nak beli barang keperluan asas pun bersukat sukat. #Bersyukurlah... 

Pasal baju sekolah agama isha tu mungkin mak dia tak dapat hantar semalam sebab mungkin kereta dia rosak jadi dia tumpang orang pergi kerja. Atau mungkin bas pekerja yang amik mak isha datang awal jadi tak sempat nak hantar kat rumah ustazah. Mungkinla kan.... Kita pun tak tahu kesulitan dia macam mana. #Berbaiksangka sahaja.

Insaf aku. Walaupun aku tak kaya mana, duit pun berkira-kira jugak tapi sekurang-kurang aku masih mampu nak beri bekal kat anak, beri duit belanja, boleh soping online. hehe.... Ada keluarga@kakak yang memahami. Harap insaf itu berpanjangan.

No comments:

 
Copyright by Aziazidah