Bekal

Setakat ni alhamdulillah masih istiqamah membuat bekal untuk sofea sekolah kebangsaan dan sekolah agama. Sekolah kebangsaan masa hari pertama sekolah 4/1 hari tu je beli nasi lemak. Memang sengaja tak nak masak. Lepas tu memang bawak bekal tak pernah beli-beli lagi kat luar. 

Ikutkan sofea sekolah kebangsaan baru tiga minggu lebih. Kes sekolah dulu jauh tu. Sejak sekolah baru ni alhamdulillah dia memang prefer bawak bekal. Makan dengan kawan-kawan kat tepi bangunan. Sebab kantin sekolah baru ni kecik ya amat. Kesian kalau suruh dia beli sendiri. Kena berebut-berebut. I cannot tengok kesusahan anak. Biar aku je yang susah payah memasak pepagi. Ececeh...

Padahal diorang boleh jer. Lagi pun nak ajar sofea menabung. Walau pun bawak bekal kengkadang bagi jugak duit. Duit yang tak guna tu boleh masuk tabung. Memang dia tak beli dah sekarang. Tapi itulah kes isha tu masih lagi terjadi. Aku dah pun mengadu kat ustazah hari rabu lepas. Tengok macam mana. Hukuman untuk sofea minggu ni no more duit. Baik sangat pi bagi isha tu. Cuba bertegas sikit.

Lagi satu makanan kat rumah dah tentu tahap kebersihannya terjamin. Hari tu pergi sekolah kebangsaan cari bekal sofea yang tertinggal, tanya budak kantin tu terkejut pekerja tu orang indon rupanya. Tak tahulah tukang masaknya indon jugak ke melayu. Tapi dah tahu pengurusan kantin ada pekerja indon surelah no no no... Aku tak tahu selama mana aku boleh istiqamah memasak setiap pagi. Harap-harap bolehlah sampai sofea tamat sekolah rendah. Dia umpama macam ko semayang awal waktu. Kalau ko dah tanamkan dalam hati kena sembahyang zohor pukul 1.30ptg sebab nak dapat banyak pahala supaya dapat masuk syurga nanti macam tu jugak ko kena bangun nak tak nak bangun kul 5 untuk masak. Kalau tak anak ko lapar atau beli makanan kat luar ntah apa-apa. Amalan... Cuma yang ditakuti kalau terlajak bangun ke atau pun gas habis memang kena ada backup macam biskut, cococrunch, air kotak ke kan....

Aku masak simple-simple je. Sebab pagi tu aku kena masak breakfast dan makan tengahari/malam sekali. Takut tak sempat. Aku memang bawak bekal untuk lunch. Yang selalu aku masak bihun/mee goreng, nasi goreng, roti pelbagaikan roti salut telur, atau roti sartin, roti telur cheese. Petang pulak hotdog ke, biskut atau cococrunch. Kalau breakfast masak heavy untuk lunch/dinner akan masak mudah2 macam sup sayur, sayur goreng, ikan ayam goreng. Kalau nak masak ikan berperisa macam kari, taucu, tomyam, sambal, sayur mesti tak sempat nak masak. Kekadang rajin petang masak tambah lauk lagi. Kalau tak goreng telur pun boleh. Ulang-ulang gitu asal anak suka dan kenyang sudah. Bekal aku belum tahap bento lagi. 

Menu hari ni mee goreng + Roti telur. Selalu kalau dah bawak makanan heavy macam mee ni tak ada tambahan makanan. Tapi sebab semalam sofea tak makan nasi malam risau dia lapar so sementara nak tunggu rehat dekat kul 10 aku kata kalau lapar makanlah dulu pagi roti tu.

Untuk petang roti telur sama macam pagi tadi punya + pisang + coklat daim 2 ketul. Kalau sekolah petang memang aku suka bagi dua jenis makanan. Sebab petang bagi makanan ringan-ringan jer. Actually aku jarang bekalkan buah. Eh tak pernah langsung sebab takut buah lebam. Kalau pisang cam ni oklah. Pisang ni mak ngah bagi. Coklat daim tu mak ngah lanting kat rumah aku, dia tak makan. heheh.. Petang aku suka bekalkan dalam tupperware brand. Sebab lama sangat makanan tu dibekalkan dari pagi. Dulu pagi pun aku guna tupperware brand tapi sejak bekal asyik tinggal aku bagi tupperware plastik putih tu je. Sofea ni selalu tertinggal bekal sebab tghari dia nonong je balik bawak beg sekolah semata xamik bekal dia. Aku kalau mee goreng, bihun goreng, nasi goreng tak kasi letak dalam beg sebab takut meleleh minyak dalam beg kang kena buku. 

Nasi lemak ayam goreng tepung berempah untuk sekolah kebangsaan. First time buat nasi lemak untuk sofea. Hari selasa hari tu. Sekali balik dia kata tak mahu bawak lagi nasi lemak sebab kawan-kawan dia mintak. Dia dapat makan sikit je. Kesian pulak. Kita sesekali masakkan sedap-sedap untuk anak sebab takut dia terliur tengok makanan orang lain. Sekali kena paw. Tapi dia puji nasi lemak tu sedap. Sib baik petang tu ada lagi nasi lemak ngan ayam tu jadi dapatlah makan lagi. Untuk sekolah agama bawak hot dog satu setengah ketul + 3 keping biskut peanut butter. Semua licin.

Nasi goreng ni menu semalam. First time buat rencah hot dog dalam tu. Selalu bubuh telur bodoh gitu je. Atau paling tidak letak rencah ayam. Selalu-selalu cam tu bosan jugak. Kita pun ada keinginan nak makan sedap-sedap apatah lagi anak-anak kan. Petang semalam tanya nasib baik tak kena paw nasi goreng tu. Pia kata sedap sangat mama nasi goreng tu. Mama masak lagi esok ye. Iyekan aje. Tak masak pun. Nasi goreng tak elok makan tiap-tiap hari. Petang roti salut telur + biskut marry.

Apa yang pia bawak itu jugaklah yang aku bawak. Mee goreng aku punya letak daun sup. Pia tak suka daun-daun ni.

Ini pulak aku punya lunch hari ni. Masak petang semalam ada lebih bawak hari ni. Sebab hari ni tak sempat nak masak untuk tengahari dan petang punya. Dah tahu ada lauk tu yang masak heavy untuk breakfast. Macam ni pun sedap. Puas hati air tangan sendiri.

2 comments:

Kakzakie Purvit said...

Sejujurnya Azi kakak dah biasa bangun pagi sebelum pukul 5. Jam kakak setting 4:50 pagi daaaaari dulu ada baby pertama saaampai baby pertama sekarang ni pun dah 20 tahun haha... cuti ke tak cuti itulah time kakak bangun. Dah biasa. Tak ada jam loceng pun mata ni dah disetting.

Bento memang tak ada hihi... tapi anak kakak dari tadika sampai sekarang (tinggal satu yg tak duduk asrama) memang bawa bekal. Duit pun bawa juga terpulang nak tabung ke apa kami tak kisah.

Kalau Azi boleh ikut macam kakak pasti tak jadi masalah pun. Percayalah..

Nora Karim said...

Anak saya pun saya bekalkan makanan ke sekolah... tak kisah la apa2 pun tapi pasti makanan dari rumah...

Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY