Jangan tertipu dengan harga promosi

Semalam pergi giant. Walau pun sebelum ni bising pasal giant punya strategi promosi tapi tetap jugak nak pergi. Malas nak pergi otk. Jauh.... Nak beli lauk dan pampers je. Sayur banyak lagi. Anak-anak pun boleh main taman. Macam oklah setakat dua tiga jenis ikan + ayam. Taklah rasa tercekik. 

Sekarang ni giant tengah buat promosi "penjimatan barangan bayi". Kebetulan sangatkan aku nak beli pampers. Tak ingat sampai bila. Pampers drypers saiz s/m/l/xl yang besar harga rm32.90. Dari segi harga kira murah dah tu. Otk skrg dah jarang ada promosi. Selalu standart harga rm35.90. Murah tiga ringgit. Kata mr. mama. Gigihlah aku godek sampai ke bawah tong tuk cari saiz m. Yang tinggal banyak saiz l jer. Nasib lah ada satu lagi saiz m.

Sebelah kiri plastik pampers dari giant yang aku beli semalam. Yang sebelah kanan plastik dari otk. Aku memang suka simpan plastik pampers ni untuk isi sampah yang besar-besar. Selain tu kod dalam plastik pampers tu boleh guna untul redeem hadiah kat drypers.com.my. Nampak tak apa perbezaan antara keduanya. Jangan tengok bahagian free gift tu. Tengok jumlah pampers dalam plastik tu. Giant jual 74 keping free 3pcs drypers daynight. OTK 80 keping free 8pcs. 

Masa ambil semalam dah tertanya-tanya dalam hati bukankah kalau saiz M biasa akan tulis M80. Ini M74. Tapi itulah malas nak fikir dan malas nak ke kedai lain amik je lah. Saiz plastik pun dah beza banyak.

Persoalannya berbaloi ke sebenarnya promosi ni. Jom kita kira-kira. Kalau tak ada hadiah free tu kat otk harga rm35.90 bahagi 80pcs = 0.45 sekeping. Kat giant rm32.90 bahagi 74 keping = 0.44 sekeping.

Kalau ada hadiah free kat otk rm35.90 bahagi 88pcs = 0.41sekeping. RM32.90 bahagi 77pcs = 0.43sekeping. Yang ni aku rugi kalau beli kat giant sebab beza harga rm3 dengan 11 keping pampers gone. Satu pampers jatuh rm0.27 sekeping sahaja. Aku tak tau pun drypers ada packing beza sikit macam tu. Lepas ni kena berhati-hati jangan mudah terpedaya dengan promosi yang mengaburi mata. 

 Ini 3pcs drypers drynights yang giant bagi. Walau pun drypers drynight ni mahal dari wee wee dry still not worth it at all.

1 comment:

Hani Sidek said...

aku beli kat econsave yang 80 pcs free 8 pcs.... suka giler...

Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY