04 February 2016

Koleksi Beg Jeans

Mood menjahit tetiba datang kembali. Sebab dua tiga minggu ni banyak pulak cuti yang berderet-deret. Cuti thaipusamla, hari wilayahla, hujung minggu ni raya cina pulak. Sedaplah nak menjahit. Gian sudah...

Bawah ni semua order dari sorang akak NGO untuk project beliau. Alhamdulillah semalam dah selamat COD. Datang sendiri amik kat putrajaya. Harap-harap akak tu berpuas hati...

Beg dam ni akak ngo tu order dua. Menjadi-jadi pulak orang nak order beg ni. Waiting list ada tiga orang yang nak sama macam ni. 


Close up skit. Sebelum ni orang order tak nak buh zip kali buh zip taklah pencopet dapat mencopet kan.

Beg ni sesuai kalau letak bekal. Tapak dia besar dalam enam inci. Ini katanya untuk anak dia bawak pergi sekolah.

Lelebih kurang macam atas tu tapi tapak bulat. Atas tu tapak empat segi.

Beg ni besar. Boleh letak baju nak balik kg muatlah tuk duduk dua tiga hari. Aku buat ikut contoh gambar yang akak tu bagi.

Pencil box ni sebenarnya buat untuk pia. Tapi pia guna satu je yang jalur-jalur tu. Yang dua tone tu dah ada yang berkenan aku jual je lah. Buat macam ni unik skit dan mudah nak amik barang dalam tu.

Mudah kan nak tengok segala sampah sarap dalam tu.

Begini....


Sekarang dah jarang jahit sling beg sebab renyah. Lama baru siap. Lebih-lebih lagi kalau orang request memacam. Dalam beg tu ada satu lagi zip yang sama macam kat depan beg tu. Total tiga zip yang digunakan. So beg ni mahal skit sebab zip satu dah berapa. Tak masuk ring dan adjuster lagi.


Last but not least beg ni untuk beg conference. Mac ni kalau ada rezeki akak ngo tuk nak tempah beg ni dalam some quantity, insyaallah.


Sekian. Sori gambar kejap panjang, kejap melintang, kejap menegak malas aku nak edit. 

3 Comment:

Kakzakie Purvit said...

Memang sangatlah cantik dipandang mata Azi
Kakak pun terpikat yg dam itu
Kalau anak kakak nampak dia mesti nak yg pencil-casenya:)

Hani Sidek said...

Untungla pia.. Mama pandai Jahit...

Nora Karim said...

kemasnya nampak... pandai Azi menjahit!