Redeem di astro and loyalty customer yes

Aku adalah pengguna wifi YES. Pernah cerita dulu kat SINI. Sila baca. hiks... Ikut perjanjian kontrak dengan yes adalah selama dua tahun. Bulan mac ni cukup dua tahun. 

Sebulan lepas pihak yes ada call nak bagi tambahan data daripada 4g kepada 7g secara percuma. Stilllah kena bayar RM68. Eh sekarang dah kena RM70++ lepas gst. Untuk pengguna baru RM68 tu untuk 4g je. Disebabkan kesetiaan aku yang tak berbelah bagi, dua tahun satu jangkamasa yang lama jugak nak diikutkan. Walau pun ada dalam empat lima enam tujuh kali kena barred sebab lambat bayor... Ala takut aku terminate ler tu. Kang hilang plak sorang pelanggan. 

Free-free i is suka. Kalau tak offer free data pun memang tak bercadang nak terminate. Aku pun tak ingat-ingat yes aku tu dah cukup haul dua tahun kalau diorang tak call dan kalau aku tak baca entri picc aku tu. Blogger kena ada strong internet connection. Pakai data plan dari phone mana maunya. Lembsss..

Diorang bagi tambahan data dengan moderm percuma. Sweetkan color dia. Yang lama punya putih tu dah kotor-kotor.

Dapat sekali charger dua ketul. Satu charger yang jenis kepala boleh tanggal wayar, satu lagi yang fixed tak leh tanggal. Berganda suka sebab kat rumah tu asyik hilang je charger. Laki aku tu makan ke apa charger. Moderm yang lama tu still boleh pakai. Dua-dua pun diorang dah set 7g. Katanya lah....

Teka apa ini?
Auww cak... hehe.. Cantik tak? Dapat dari astro. 

Pencil box with pencil and sharpener ni baru je dapat tadi. Aku redeem point dekat astro. Sesiapa pelanggan astro tu boleh daftar kat ASTRO CIRCLE kalau nak redeem macam aku redeem ni. Ada banyak barang-barang lain yang boleh redeem. Nak redeem RM5 deduct kat bil bulanan pun ada. 

Aku tak ada astro. Ni guna kakak aku punya point. Baik tak kakak aku. hehehe.... Sebelum ni kakak aku kata banyak dah point dia kena tolak sebab dia tak reti nak redeem. Tapi aku macam tak perasan pulak bila kakak aku cerita. Ni tau pun sebab ternampak orang like status fb saiful nang. Tu yang lelaju daftar. Next timelah giliran ko pulak pilih hadiah ye kak jiah.

Suka sangat dapat pencil empat batang tu jenis besar, Sharpener tu pun lubang dia besar sama dengan mata pencil tu. Aku nak kasi pia ni sebab pencil dia asyik patah je. Pakai yang gabak ni harapnya mampu bertahan lama. Bankrup mak ko asyik nak beli pencil jer. 

Par kat opis aku setiap kali sampai parcel untuk aku mesti tanya "ada beli apa-apa tak?'. Rajinnya awak membeli. Tak ada maknanya aku nak membeli. Selagi ada apa boleh di redeem kita redeemkan. Tengah tunggu redeemtion dari woop ngan global test market pulak ni. I suka tau ada sistem loyalty macam ni. Korang pun daftar tau kat SINI cecepat. 

1 comment:

Nora Karim said...

wah.. bestnya... nak redeem jugaklah...!!

Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY