Sekolah baru

Minggu ni minggu kedua sofea kat sekolah baru. Mendaftar selasa minggu lepas. Mudah sangat. Tak payah nak tunggu-tunggu sofea habis kelas. Hantar pastu nak pergi kerja pun boleh. Tapi dah mintak cuti, cuti je lah. Mula-mula ingat tengahari tu nak ajar sofea macam mana balik van sekolah. Sekali masa hantar kat kelas, ada kawan masa tadika dulu pun naik van sama dengan van ustazah. Ermm tak yah nak ajar-ajar la. Muka dia pun ceria semacam. Mintak tolong kawan dia si rayyan tu tengok-tengokkan je lah. Pastu dah pesan jugak dengan kakak-kakak satu transit dengan sofea incase sofea tertinggal van trip pertama boleh naik trip kedua dengan kakak-kakak tu. Balik dari sekolah tanya macammana naik van dia kata rayyan tertinggal van naik trip kedua. Pia naik trip pertama. Dah siapa harap siapa ni. 

.:Pagi hari kejadian pendaftaran:.

Sekolah baru ni sofea dapat kelas 1 jujur. Kat sekolah ni tahun satu tak ada kelas pertama kedua atau tiga. Actually darjah satu ada lima kelas. Tiga kelas pertama adalah untuk murid yang boleh membaca. Dua kelas lagi untuk murid yang tak boleh membaca. Sebelum tentu kelas cikgu dah buat ujian membaca kat sofea dan sofea pass. Ikut turutan kelas 1 jujur ni kelas ketiga untuk murid tahun lain kalau tak silap. Sofea masuk kelas ni sebab kebetulan kelas ni je ada kosong satu kerusi. Cikgu HEM kata letaklah kelas mana pun sebab semua kelas dah sedia pack. Sekolah hot katanya.

Bekal hari ni. Nasi lemak untuk pagi. 1 btg hotdog + 3 keping biskut untuk petang.

So far sofea happy sekolah sini. Ramai kawan-kawan tadika dia dulu sekolah kat sini. Tak macam masa sekolah lama monyok je. Dia kata tak ada sapa nak pergi makan dengan dia. Kat sini dia makan ramai-ramai dengan kawan-kawan yang bawak bekal sama macam dia. Itu yang dua minggu dua bekal tinggal kat sekolah. Selamat dah masuk dalam tong sampah pagi tadi aku tanya kat budak kantin tu. Sabar jelah. Hari tu botol air tinggal kat sekolah agama berjaya aku selamatkan. Ini hari sebab sofea tertinggal van sekolah, mak ngah hantar dapatlah masuk sekolah tanya bekal tu kat budak kantin. Bekal pulak tinggal dah 3 4 hari. Memang habislah my tupperware... hukshuks. Tak tahu nak buat macam mana nak atasi masalah tinggal-tinggal barang ni. Kaler, pencil box pun tinggal. Ada yang dapat jumpa balik tapi banyaknya lesap tanpa di kesan. Zaman aku dulu rasanya takde kot kes tinggal-tinggal barang. Sofea ni aku tanya cikgu sekolah agama, dia kata kuat main. Jalan sana jalan sini. Tu yang asyik tertinggal barang gamaknya. Kita tunggulah sebulan dua lagi ada tak perubahan. Penat train...

1 comment:

Kakzakie Purvit said...

Pia jenis pantas tak payah nak harap Rayyan hihi...
Elok juga ke sek ini ada ramai kawan tadika dia jadi happylah masa rehat nak makan. Pia happy Azi pun senang hati kan..

Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY