Tanggung Kerja

Dalam perkhidmatan kerajaan tanggung kerja itu perkara biasa. Pegawai cuti bersalin akan ada yang kena tanggung keje. Pegawai naik pangkat tempat tu kosong kena tanggung kerja. Biasaaaaaaa...

Sepanjang aku bekerja selama 13 tahun dah tiga kali aku diberi tugas tanggung kerja. Yup 13 tahun... Diam tak diam. Umur pun dah tua. Pertama kali aku diberi tanggungjawab tanggung kerja masa kerja kat plaza pengkalan. Baru setahun kerja. Bukan sebab keperluan jawatan yang mendesak tapi lebih kepada pengisian. Tanggung jawatan typist. Sementelaah walaupun jawatan sebenarnya aku pembantu akauntan time tu aku disuruh buat kerja admin. Lantas di suruh tanggung jawatan typist sekali. Aku sangat suka dengan kerja ni. Jaga inventori, jaga store, jaga machine franking merangkap uruskan surat keluar masuk. Arghh rindu sangat dengan kerja itu. Sekarang ni tak habis-habis dengan calculator. Every month dapat extra rm100++. Best... Seratus tu kira besar. Gaji masa mula-mula masuk keje dulu tak sampai pun seribu. 

Kemudian kena tukar kat kdn. Sekali lagi diberi tugas menanggung kerja. Kali ni jawatan cc a.k.a pembantu akauntan kanan. Baru keje kat situ tak sampai dua tahun kot. Ramai lagi yang dah keje lama tapi aku yang dipilih. Mungkin sebab aku pun pembantu akauntan. Sama bidang. Jadi diorang pilih aku. Tapi time tu ada sorang lagi pembantu akauntan. Beban kerja cc ni berat. Padanlah dengan bayaran sebulan RM500++. Setiap hari aku datang awal. Rehat pun kengkadang buat kerja. Sebab nak balik sharp. Alhamdulillah dua kali aku diberi tanggungjawab tanggung jawatan cc. Sekali masa cc pertama naik pangkat. Kedua masa cc cuti bersalin. 

Yang terkini aku kena tanggung keje jawatan pembantu akauntan. Duduk kat kastam ni tak sampai satu tahun. Pernah pulak cuti separuh gaji. Ingatkan pihak atasan akan pilih orang lain. Tapi dah tersurat dan tersirat sekali lagi aku diberi kepercayaan untuk tanggung kerja. Tak tahu nak kata apa. Mula-mula mmg tak suka, taknak. Sebab kerja yang kena tanggung ni berat dan penat. Nak cuti susah. Nak bawak anak kat opis pun kena fikir berkali-kali. Aku kan duduk selangor. Fikir susahlah kalau wilayah kerja selangor cuti. Kalau bawak anak kat opis jawabnya tak leh buat kerja. 

Kerja ni setiap hari kena buat penyesuaian bank. Transaksi buat sikit-sikit. Lima enam ratus transaction per day. Pungutan puluh juta. GST... Kalau cuti kerja akan jadi berganda. Dengan kerja hakiki lagi. Lebih-lebih lagi kalau cuti hari isnin. Nak kena buat penyesuaian yang hari jumaat, sabtu dan ahad punya. But walau pun penat tapi bila at the balance seronoknyaaaa.... Tanyalah mana-mana orang akaun apa yang menggembirakan diorang selain akaun balance. Tak ingat dah penat yang berejam cari amaun yang tak balance tadi. 

Aku tau tak ramai yang suka tanggung kerja. Macam aku dulu cuti tanpa gaji dua tahun lebih jaga anak ada pegawai yang kena tanggung kerja. Bising pegawai tu suruh aku naik kerja cepat. Tapi for me im proud of my self. In deep... Bukan semua orang ada peluang dan ruang untuk diberi kepercayaan menanggung kerja. *that why sekarang aku jarang update blog, banyak kerja*

No comments:

Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY