05 April 2016

Program #SayangAwak200%

Sepanjang bulan mac lepas, my department ada anjuran program #sayangawak200%. Program ini terbuka kepada sesiapa yang berminat sahaja. Tiada paksaan. Kita cabut satu nama kemudian kena bagi hadiah secara senyap-senyap tanpa pengetahuan orang tu. Hadiah mesti berharga rm10 keatas. 

Aku dapat nama sorang kakak bahagian admin ni. Aku bagi kerusi lipat dan beg handmade yang aku buat dengan penuh kasih sayang. Tak tahu nak bagi apa sebenarnya. Nasib baik akak tu suka. Punya dia mencari siapa orang yang bagi dia hadiah tu. Akhirnya kantoi jugak aku yang bagi. In return dia bagi aku tupperware. Suka... Walau pun dalam program tak adalah kena cari balik siapa yang bagi hadiah kat kita dan kita bagi balik hadiah kat orang tu. Mati.. sampai bila pun tak habis....

Jeng jeng jeng....


Hari terakhir baru dapat. Bekas lagi. I like. Senang nanti nak isi makanan boleh tutup terus. Kalau bagi gambar daraemon tu ok jugak.

Opis aku ni sangat aktif dengan macam-macam program. Minggu depan kesbac anjurkan naik bukit broga. Yang ni aku tak join. Payah nak bawak anak kecik. Kastam antara opis yang best sepanjang 13 tahun aku kerja.

No comments:

 
Copyright by Aziazidah