26 May 2016

Sukan taska dan tadika AF. Henpon pecah!

Ahad lepas sukan kat tadika hakeem. AF stand for Amali Falah not Akademi Fantasia. hehehe.. Kali ni ada slot untuk anak-anak taska juga. Acara kutip bola masuk dalam bakul (2tahun) dan kutip sudu masuk dalam botol (1tahun). Antara aktiviti yang dapat meningkatkan kemahiran motor halus. Acara ini bukan sahaja untuk anak-anak taska AF tapi terbuka kepada anak-anak parents TIAF. Mari challenge dengan anak-anak taska AF kata ustazah. 

Airis kategori dua tahun masukkan bola dalam bakul. Gigih cikgu2 melatih anak-anak taska. 







Gambar-gambar yang cikgu wasap. Blur-blur pulak.

Sampai hari kejadian airis tak main pun. Mood tak ok. Dia bantai melalak tak henti-henti. Tak mahu berenggang langsung dengan emaknya. Grrs je rasa. 

Bukan itu aja masa tengah acara perbarisan telefon semangga yang aku ada tu jatuh. Puncanya sofea ajak tengok hakeem kat jarak dekat masa jalan tu tertepis tangan aku, Sebelah kendong airis sebelah pegang hp. Tak kuat genggaman. Jatuh atas batu. Screen retak tapi tak teruk. Unluckly screen tak boleh nak touch. Orang call sms i hanya mampu pandang je telefon tu sambil meneka-neka siapa yang telefon kalau nombor naik. Nak salahkan siapa? Now tengah survey dimanakan kedai yang murah untuk di baiki. Anyone tahu?

Jadi gambar sukan hanya masa perbarisan yang berlambak. Berlambak mencari angle terbaik. Kecewa sangat tak dapat rakam video hakeem masuk rebut kerusi @ musical chair. Dia dpt tempat ketiga.






Ini jelah gambar berulang-ulang yang ada. Hakeem dapat pegang bendera. Dapat bawak balik tiga tipuware. Hakeem kata dia happy sebab menang rebut kerusi tu la... Im happy also, first time anak bawak balik hadiah. Masa sofea satu harem pun tak dapat. Gambar hadiah pun tak dapat snap sebab hp dah jahanam.

1 comment:

Afif Rayyan said...

Comel je budak2 beratur.. ehehe

 
Copyright by Aziazidah