23 January 2017

Hasil jahitan Waistcoat & Flutter Dress

Selepas kejayaan menjahit izzy top tempoh hari aku teruskan penjahitan waistcoat pulak. Kenapa aku kata jahit izzy top satu kejayaan... Mana taknya dengan pemakaian izzy top di malam gala caw. akaun hari tu sofea berjaya dapat tempat ketiga. Mana tak hati membuak-buak nak menjahit dan terus menjahit. Hikss. Actually menjahit memberi kepuasan yang tak terhingga bila kita tengok anak-anak pakai baju jahitan kita. Menjahit jugak terapi bagi diri.

Waistcoat ni teramatlah senang nak jahit bagi beginner macam aku. Tampal je pattern yang dibagi. Gunting pastu jahit ikut instruction yang diberi. Boleh tengok kat sini WAISTCOAT PATTERN. Cuma satu je lah yang masalah waist coat ni aku tak pandai tebuk lubang butang. Asyik tak cantik je. Kena hantar kedai. 


Jahitan ketiga ini di panggil flutter dress. Aku buat untuk kawan anak aku. Memang dah janji nak buat satu baju untuk anak dia. Sebab selalu pinjam printer dia tuk print pattern-pattern ni semua. Segan i... Bahagian getah dia kurang cantik. Kena perbaiki lagi. 

Next dah fikir nak jahit kimono jaket for me. Dah print pattern tapi tak ada kekuatan nak buat sebab guna banyak kain. Kalau silap matilah... Kain dalam simpanan dah lah limited.


No comments:

 
Copyright by Aziazidah