Majlis Malam Gala Kesbac (Masquerade Night)

Bye bye 2016. Hello 2017.

Sejujurnya tahun 2016 adalah tahun yang sangat-sangat mencabar sepanjang perjalanan hidup aku selama 35 tahun bernafas dimuka bumi Allah ini. Alhamdullillah aku berjaya mengharunginya dengan baik. Walaupun di penuhi dengan linangan air mata. hiks hiks...

Kalau tidak masakan aku masih mampu menulis lagi. Tahu ada orang rindu dengan penulisan aku kan. Harapan aku semoga tahun 2017 memberi satu sinar dan harapan baru. 

Okey tahun 2017 berjalan dengan cantiknya. Dimulakan pada 07/01 berlangsung majlis malam gala caw. akaun dekat Bangi golf resort. Tema  untuk malam tu adalah Masquerade. Ikutkan malas nak pergi. Nak kena cari topeng. Malam pulak tu. Tapi laki i tu beria-ia sangat nak pergi. Moh ler kita. Sekali sekala. Release tension penat bekerja sepanjang tahun. Opis-opis yang aku duduki sebelum ni pun tak pernah buat dinner macam ni.

 
Sesampai di bangi golf resort. Di red Carpet... Aku tak pakai mask. Susah nak bukak cermin mata bagai. Tak nampak lak jalan kang. Aku beli mask gold tu online. Bukan kat lazada tau. Tak ingat laman web mana. Satu rm5.50. Topeng bebudak tu opismate bagi. Buat syarat je.. Pastu tu memasing bukak.


My anak dara yang so excited nak pergi dinner.

Dan sangat manja.

My laki yang beria tapi bila sampai macam tak ada napsu.

Malam tu ada macam-macam aktiviti. Ada kid runaway. Ada lucky draw. Tarian dan nyanyian & anugerah kepada opismate yang sporting, cool, serius & apatah satu lagi. Tak ingat. Yang pasti i tak menang. Dapat lucky draw powerbank. Selebihnya aku datang makan dan menikmati hiburan sahaja.

Cuma my anak dara ni masuk kid runaway. Baju tu aku jahit sendiri.


Menang tempat ke tiga. Suka amat budak ni dapat pencil case frozen.

Last but not least sempat bergambar dengan sorang kawan jer. I tak reti bersosial. (~.^)

No comments:

Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY