16 February 2017

Car diddy bag, beg letak dalam kereta

Dua minggu lepas try buat car diddy bag. Ada orang request. Dari last year lagi opismate tanya boleh buat ke tak. Aku boleh buat tapi yang menjadi masalahnya adalah masa. Hanya tahun ni baru ada berkesempatan. Aku buat ikut contoh tutorial kat SINI.

Haasilnya... 

Pendapat aku sendiri masih banyak yang perlu diperbaiki lagi. Bahagian curve atas tu pun kurang kemas. Kombinasi warna kurang menarik. Beg ni pun lebuh pada trial je sebenarnya. 

Aku pakai kain apa yang ada je. Sayang nak pakai kain heavy cotton sebab nanti tak jadi rugi. Tapi walaupun kurang kemas masih boleh digunakan lagi. Aku gantung kat ruangan menjahit. Senang nak letak hp dan buku nota. Penat menjahit kita layan fb/ig kekdahnya. 

Beg ni kalau sesiapa yang selalu travelling bagus terutama sekali yang ada anak kecil. Boleh letak pampers dan tuala kecik. Tak yah nak bukak bukak beg kalau nak tukar pampers. Nak letak hp, purse, buku note segala mudah nak capai. 

Nak buat boleh pergi ke link atas tu ye. Nak tempah kat kita insyaallah boleh dipertimbangkan kalau berkelapangan.

0 Comment: