17 February 2017

First Photobook Ever

Hahaha... orang lain dah lama berphotobook kan. Aku baru nak terhegeh-hegeh. Tahun berapa ni? Tahun berapa ni?. Photobook ni dah kecoh bertahun-tahun lamanya.

Fyi, aku tahu pasal photobook ni sedari tahun 2013. Pernah beli 6" x 6" Mini Square Softcover dari Photobook Malaysia kat Groupon.

Bukti...

Nampak tak aku puchased Nov 20,2013. Masa ni baru terjebak dengan groupon. Esok tu tengok aku pi beli pakej Gold Coast Morib pulak. Dasar perempuan! Shopping berpisah tiada.

Tapi itulah entah mana silapnya. Penat-penat aku design masuk segala mala gambar. Alih-alih nak send files asyik fail je. Buat photobook ni penat tau.  Nak sort gambar. Nak design. Itu yang sampai ada orang buat service khas untuk design/masukkan gambar dalam software photobook tu. 

Aku ada email photobook masalah aku. Tapi tak ada penyelesaian. Photobook macam tak menjawab pertanyaan aku. Mungkin diorang tak faham ayat b.i aku ke apa ntahlah. :p. Last-last aku burn je voucher tu. Nasib baik photobook tu free. Burn duit shipping rm8 je lah. Malas aku nak mintak refund. Boleh ke refund? Kalau mahal memang aku berkejar jugak kat photobook. 

Lepas dari kejadian tu aku pun dah malas dah nak amik tahu pasal photobook lagi. Kecewa sikit. Walau pun kadang geram tengok ramai blogger post story pasal photobook. Tak pelah aku cuba rawat hati. Tak penting pun photobook tu. 

Until 31 Ogos 2016 aku beli sekali lagi 6" x 6" Mini Square Softcover by photobook. Sebab groupon offer voucher free sekali lagi. Free free ni i like. Kalau tak free harga photobook secoet tu RM79. Mahal... I dont like. hehe....

Asalnya tak ingat jugak voucher ni. Sebabkan hari tu hp kena reformat habis hilang semua gambar. Tinggal serpih-serpih je dalam thumb drive. Tu terfikir kalau tak photobookkan mungkin dalam thumb drive ni pun bakal hilang. Kang thumb drive pulak rosak. Nak print kedai memang tak lah zaman sekarang ni. Aku pun tak minat simpan gambar print. Tersadai je gambar lelama dulu. Kalau photobook ni sweet je nak susun.

Kali ni pun masa nak send order bermasalah sebenarnya. Aku email kat photobook cakap dulu pernah jadi sekali now jadi sekali lagi. Tak nak lah jadi sekali lagi. So please help me. In english okeh. Mungkin kali ni b.i aku dah expert jadi diorang faham. Diorang reply cara-cara sending through mail. Tak yah guna online. Eh send mail pun kena ada talian internet jugak. Bukan kena post kat pos office.



So dua minggu lepas my first photobook sampai. Happy. Bayar delivery charge + gst RM 8.48 sahaja. Kecik je kan...


Design ala kadar je. Yang penting gambar kekal dalam tu. Satu tips nak masukkan gambar dalam photobook yang 6" x 6", bagi yang baru macam aku tak yah sibuk nak design bercolum-colum, better korang masukkan satu/dua maksimum tiga je gambar dalam satu muka surat. Kalau banyak sangat nanti tak puas tengok. Kecik. Lebih lagi gambar snap dari hp yang tak sharp mana.

Photobook ni ada 40 pages. Groupon selalu offer free 6" x 6" Mini Square Softcover photobook macam yang aku buat ni. Masa tu graplah banyak-banyak. Boleh masukkan gambar ikut story. Just bayar duit postage & gst je. Atau beli time ada promosi. Kalau nak beli time tak de promosi photobook kecik ni je RM79. Not worth it bagi aku. 6 inci tu kecik wey. Aku bayangkan besar. Sebab tengok gambar macam besar je. Tapi tau dah 6 inci tu memang cenonet tapi otak macam tak capture ukuran tu.

Sekarang ni groupon ada offer photobook rm2. Murah tu. Kalau korang nak beli boleh klik kat SINI ok. Kalau tak tahu nak redeem voucher / design photobook korang just google je. Ramai je yang dah buat tutorial pasal ni.

Actually banyak je company/individu yang print photobook ni. Kena pandai pilih yang murah dan berbaloilah. Pixajoy pun ada promosi business card free sekarang. Gi lah terjah. 

0 Comment: