22 February 2017

Pengalaman shopping di 11street buat pertama kali

Nak cakap pasal online shopping aku bukan orang terbaik. Aku jarang shopping online. Lebih prefer offline. Setahun boleh di bilang berapa kali aku beli online. Online shop yang aku shopping pun boleh dilist. Adalah tak sampai sepuluh rasanya. Mana yang aku puas hati aku akan selalu usha2 kalau tak pangkah terus.

Kalau tetiba aku shopping tu sebab memang benda tu aku berkeperluan sangat atau sebab ada tawaran yang sangat-sangat menarik hati. Lebih dari tu bukak sekadar belek-belek, cuci cuci mata sahaja. 

Kalau nak tahu lazada pun aku tak pernah shopping lagi. Tetiba tak ada angin tak ada ribut boleh pulak shopping kat 11street. Konsep 11street ni sama macam lazada. Segala barang ada jual. Cuma kat lazada ada banyak choice. Banyak choice itu bagus. Tapi for online me dont like. Penat nak scroll satu satu. Tapi yang aku nak beli kali ni pun hanya ada kat 11 street sahaja tak ada kat lazada. Ikutkan teringin jugak berexperience dengan lazada. Ramai jer member ofis yang shopping kat lazada terutama beli pampers tapi aku nampaknya belum berjodoh. 


Jeng jeng inilah benda yang aku nak beli. Uhu patafix. Bagi pendeko-pendeko tegar tahulah apa kegunaannya. Puas aku cari merata-rata tak jumpa. Orang kata ada kat mr. diy, kedai stationery semua aku dah pergi cari tapi tak jumpa. Gam uhu lain adalah. Kat mana sebenarnya benda ni dijual. Tolong bagitau aku kalau korang tahu. Aku cari kedai buku popular dan smo jer. Maybe kat mph ada kot ye.. Sebab kalau beli online sebenarnya mahal ya amat.

Harga uhu patafix ni kat 11street adalah RM8.48. Tapi yang tak tahannya postage RM15. Total RM23.48. Boleh dapat tiga kalau beli kat luar. Tetapi disebabkan aku first time customer 11street jadi dapat voucher rm11. Pastu aku guna bcard point rm3.48 so total kena bayar hanya rm9 sahaja. Oklah.

Dari segi penghantaran aku order masa raya cina hari tu. So lepas cuti raya cina baru company yang jual uhu patafix tu pos. Bukan 11street yang postkan ye. Sehari je dah sampai. Guna gdex. 

Overall aku happy shopping kat 11street sebab uhu patafix ni memang aku nak sangat-sangat. 



0 Comment: