21 February 2017

Redeem bonuslink kali kedua - USB Fan

Last year aku ada redeem usb fan dekat bonuslink. Kalau ada yang ingat (ada ke), aku pernah blog pasal aku redeem bonuslink buat kali pertamanya pada tahun 2013. Kalau tak ingat atau memang tak pernah tahu bacalah di SINI. :) 

Punya lama kan baru nak dapat redeem sekali lagi. Itu pun penuh liku, ranjau dan onak duri.

Let me story... Kisahnya pada tahun lepas bulan september aku redeem usb fan ni. Kerana itu je yang boleh diredeem. Point ada 1900++. Nak redeem usb fan ni adalah 1000 point. Sebab aku kalau tak redeem point akan expired dalam 150. So letss... 

Ntah kenapa kan aku tak nak redeem minyak kat shell. 1000 point ni boleh dapat RM10 minyak. Jadi anggaplah usb fan ni berharga rm10. Kat kedai eco boleh dapat rm2.12 jerr... Aku suka sesuatu yang boleh dilihat dari yang pakai habis actually.

Fyi, kad bonuslink yang aku pakai sekarang nama laki aku. Kad aku under complementary kakak aku dah hilang. So kalau nak redeem confirmlah letak nama mohd zaidi, laki i tu. Aku lupa... Aku pi letak alamat opis. Kalau letak alamat rumah nanti tak de orang kat rumah nak terima. Kat opis ni parcel semua kena amik kat kaunter. 

Aku ingat dulu kakak aku ada redeem kat bonuslink, service courier call masa hantar barang. Aku ingatkan kali ni pun macam tu lah. Tu yang tak terfikir apa-apa. Bonuslink pun tak provide tracking number. Hanya bagitau dah delivery jer dalam web.

Tunggu punya tunggu sampai aku pun lupa pasal redeemtion ni. Lagi pun aku jarang beli online jadi jarang turun kaunter. Kalau beli sekali dua pun kadang tak dan jenguk kaunter dah ada orang tolong amikkan. 

Ini nama laki aku sape yang kenal. Tak ingat langsung sampai hujung bulan disember baru teringat. Dah dekat tiga bulan. Aku pun malas nak cara. Malas nak tanya kaunter. Segan sebenarnya. And maybe diorang dah return balik kot parcel tu. Tak pelah tak ada rezeki aku nak berusb fan... Usb fan ni hangat jugak kat opis aku ni, orang beli cucuk kat hp buat kipas.

Dalam masa yang sama sbnrnya aku asyik terkenang-kenang point 1000 tu. Usb fan tu aku tak minat sangat. Bukan senang nak kumpul setakat isi minyak kat shell je. Eh bonuslink kad ni macam dah kurang kan tempat yang boleh digunakan. 

Baru-baru ni sebab tak ada kerja, saja-saja aku email kat bonuslink bagitau barang tak terima. Dalam 2/3 jam diorang call. Cepat.. Diorang bagitau barang dah lama delivery. Diorang email lagi bukti nation wide hantar barang kat kastam.


My parcel. Tolak tepi segan pi jugak tanya kat kaunter. Diorang dah letak dalam satu pigeon hold khas bagi barang yang dah lama tak berambil.

Yang mahalnya sebab ada cetak bonuslink tu.

Macam ni lah pakainya. Tak leh letak kat hp sebab cucuk dia jenis besar. Boleh pakai bila pergi jom heboh. Eh!

1 comment:

Kakzakie Purvit said...

Ok juga tu boleh dimanfaatkan
Kakak baru redeem tapi nak tau apa kakak guna?
Kakak isi petrol di Shell RM40/-. Ini kali pertama kakak redeem dgn minyak sebab tak tahu. Budak Shell itu yg inform.

 
Copyright by Aziazidah