05 April 2017

Ke pusat akuatik shah alam

Cuti sekolah hari tu, hari jumaat sebelum naik sekolah kitaorang pergi ke pusat akuatik shah alam. Zaman dulu cuti sekolah duduk rumah jer. Zaman sekarang mak bapak wajib cuti bawak anak-anak berjalan. Dah jadi trend... Lagi pun kalau tak ikut trend anak-anak especially pia tu asyik cakap jom pergi hotel, jom pergi hotel... 

Sebab cuti sekolah kali ni seminggu jer plus memang tak plan nak pergi mana-mana, aku ajak laki bawak anak pergi ke pusat akuatik shah alam. Point diorang ajak tido hotel tu sebab nak main air jer. Kat sekitar shah alam ni selain wet world better aku pergi pusat akuatik shah alam. 

Wet world tu rugi kalau masuk sekejap jer. Sebab bayo dah mahal. Laki aku tu bukan suka lelama dalam wet world tu. Semedang dia lapar. Wet world tak boleh bawak masuk makanan dan makanan yang di jual sangat mahal. Compare to pusat akuatik shah alam bayaran masuk for week days hanya RM2.10 untuk kanak-kanak dan dewasa RM3.20. Murah giler.... Makanan pun boleh bawak masuk. Kalau weekend rate lain tapi still jauh lebih murah dari wet world tu. Nak tengok rate tengok SINI ye...


Pusat akuatik ni sebelah tesco jer. Ini pemandangan sebelum masuk. Aku sampai pukul 9 pagi. Stall-stall kat luar ni tak bukak lagi. Sampai aku balik kul 11.30 pun tak bukak. Tak tahulah sebab hari  tu hari jumaat ke atau sebab hari kerja. Selamatlah duit i...

Fyi, bayaran masuk tu untuk tempoh 2 jam 15 minit sahaja. Pastu kena keluar nak masuk bayar balik. Ada waktu-waktu dia beroperasi. Memang sengaja aku datang pagi sebab tengahari sembahyang jumaat dan kalau datang petang takut ramai orang. Kat sini nak tukar baju kurang selesa. Sebab tukar dalam tandas. 

Jomlah layan gambar yang tak berapa nak banyak ni. Aku snap sekejap pastu turun jaga airis. Budak ni dua tiga kali tenggelam sebab tak nak pakai pelambung. Walau kolam terbuka tu tak dalam tapi airis tak reti nak balance badan bila berjalan dalam air. Laki aku tu pulak boleh jadi jaga je hari tu. Tak nak mandi. Pftttt...


Hanya kolam semata ye. Nak main lebih-lebih kenalah pergi tempat yang bayar mahal sikit. Gelongsor-gelongsar tarak. 

Ini sebelum basah...



Time ni ada orang tengah belajar berenang kat kolam sebelah tu. Tapi boleh je kalau orang dewasa nak mandi kat kolam tu. Tujuan utama aku datang sini pun memang tengah meninjau-ninjau kelas renang. Tapi laki aku kata tak payah nak belajar renang-renang. Berenang ni dia pandai dengan sendirinya. Iye ke?..


Sori gambar adalah caca merba. Overall puas hati, budak-budak asyik kata nak repeat je. Nanti-nantilah nak.  

No comments:

 
Copyright by Aziazidah