Sport day taska & tadika tiaf

Ini kali ke empat aku datang sport day tadika tiaf. Start 2014, sofea masuk tadika ini berterusan ke hakeem dan insyaallah next year airis pulak menyambung legasi. Muakk....haha.. Apa nak dikata rezeki anak-anak belajar kat sini sebab tadika ni memenuhi segala kriteria. Baik dari segi yuran dan juga masa. Pembelajaran pun ok cuma kurang penekanan dalam bahasa inggeris. Agama is good. Alhamdullillah sofea masih kelas pertama kat sekolah agama. Hasil pembelajaran di tadika inilah. 

Kali ni kitaorang gerak lambat. Pukul 8.30 baru sampai. Tadika ni tak sampai sepuluh minit pun dari rumah tapi kalau bukan sebab laki aku tu lambat akulah yang lambat. Nak masak bf, jemur baju, siapkan airis memacam nak buat sebelum keluar rumah. Nanti dah kat sana pasti sampai kul 12 baru habis.


Gigih sangat ootd walaupun lambat. Salute kat orang yang setiap hari ootd tu. Tak larat aku. 


Sepatutnya acara mula pukul 8. Tapi masa aku sampai 8.30 pun tak start lagi. Tiga tahun sebelum ni memang pukul 8 tu dah start diorang berarak bawak sepanduk. Ntah kenapa kali ni dekat pukul 9 baru start. Macam tau-tau je aku nak datang lambat.

Jom layan gambar yang tak berapa nak ada. Sebab banyak rakam video jadi time nak tangkap gambar space tak cukup. 








Ini time perbarisan bawak sepanduk bagai tu. Lepas tu ada nyanyi-nanyi lagu sambil buat step. Comel je tengok bebudak taska. Ini first time bubudak taska join sport day budak tadika. Lepas habis perbarisan tu terus acara sukan untuk kanak-kanak taska. Airis masuk acara bawak bola didada dengan kawan (tak menang), passing bola melalui kepala (menang no 2) dan cari selipar sendiri (menang nombor satu). Cikgu cakap memang setiap kali training cari selipar, airis dapat nombor satu. Airiskan pembersih. Kotor sikit dia suruh kita bersihkan. Lajulah dia tuju ke arah selipar dia.



Manakala hakeem masuk acara tolak tayar (dapat no dua) dan pakai selipar gergasi. Selipar gergasi tu dapat nombor last sekali. 

Berapa kali jatuh nak sampai ke garisan penamat. Mak ko tengok sipi-sipi je. Dah malas time ni sebab hari makin panas. Ikut lepas habis je acara airis dan hakeem kitaorang nak balik. Tak nakla tunggu sampai habis. Tapi sofea beria nak masuk acara untuk abang/kakak/adik. Tiup belun jer pun. Terpaksa lah kitaorang tunggu. Tapi sebenarnya sofea tak reti tiup belon. Tak kembung pun belon macam mana nak letupkan



Hadiah-hadiah yang diorang bagi every year adalah tipuware. Aku tak faham kenapa diorang tak nak bagi hadiah like pencil/pencilcolor/buku/alat tulis ke.. Bungkus satu pencil, satu pemadam, satu pembaris pun dah okey kalau mahal nak bagi satu set kan. Ini hadiah memang untuk mak mak pakai. Maybe kalau ada pihak pengurusan tiaf terbaca blog ni kan aku lagi suka kalau hadiah tu untuk kegunaan anak-anak. *macamlah ada... Dah diorang yang main. Macam tadika kemas zaman aku dulu. So excited nak masuk sukan sebab hadiah pencil warna like that. 

Overall tahun ni paling best dan berbaloi aku berkampung dari pagi sampai tengahari jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya. Sebab airis main sungguh-sungguh begitu juga hakeem. Tak macam tahun lepas airis nangis-nangis tak nak join. Hakeem pulak dua tahun lepas kita suruh main dia menangis-nangis kata mengantuk nak tido. Pujuk macam mana pun tak jalan. Pffttt.. 


No comments:

Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY