26 May 2017

Voucher percuma Zalora dari Yougov

Alhamdulillah setelah satu tahun dua bulan setengah akhirnya stop sudah tanggung kerja aku. Sapa yang tahu tahulah camna deritanya buat keje tu tapi at the same time happy. Banyak ilmu yang aku dapat cuma cukup-cukuplah orang baru pun dah masuk. Sampai blog ni terabai kan. 

Dalam bz-bz, maklum kastam punya kutipan sehari hampir seribu transaction nak kena buat reconcile, jawab survey tetap is my febret. Sama ada masa rehat atau awal-awal pagi sampai opis tu, aku mesti check email tgk ada tak survey baru. Antara sisi happy hidup aku selain menjahit. Buat release tension. hiks...

Panjang sangat mukadimah. Ni sebenarnya nak cerita baru-baru ni aku dapat voucher RM 75.00 daripada zalora. Hasil jawab survey kat YOU GOV. You gov ni different skit dengan survey-survey yang pernah aku join sebelum ni. Sebabnya setiap survey baru yang diorang invite dekat email tu automatik kita akan dapat point. Tak akan disaring keluar kalau profile tak sepadan macam globaltestmarket survey & aip online survey.

Minima point yang biasa dibagi adalah 90 mata dan keatas. Ikut kepanjangan survey yang kita jawab. Kita pulak kena kumpul 5000 mata baru boleh redeem hadiah-hadiah macam kat bawah ni.

Nak donate pun boleh. Gambar kabur sebab point aku tak cukup untuk redeem. 

Sejak first redeem awal bulan lima hari tu sampai ke entry ni ditulis tu point aku dah 1735 semula. Setiap kali you gov hantar email untuk jawab survey baru jarang aku tak jawab. Boleh kata semuanya aku jawab. Nak kata lama ke tak kumpul 5000 mata tu. Aku join bulan sepuluh tahun lepas, awal bulan lima hari tu baru dapat redeem. Kesabaran yang tinggi memang diperlukan disini.

Alhamdulillah aku dah selamat pun guna baucar zalora rm75 tu buat beli beg sekolah pia & blouse untuk diri sendiri. Kebetulan sangat time ada baucer zalora beg pia pun putus. Rezeki pia lah.

Kalau korang berminat nak join you gov ni boleh KLIK SINI untuk daftar k.

Ini bukti aku dapat store kredit rm75 tu. Nampak store kredit rm15 ada dua, itu nanti entri akan datang aku bagitau macam mana nak dapat.

No comments:

 
Copyright by Aziazidah