24 August 2017

Backpack daripada zalora

Sedar tak sedar rupanya kat rumah tu dah ada tiga beg backpack daripada zalora. 
Ini beg yang pertama. Beli untuk sofea. Harga RM49.90. Brand playboy. Tak tahulah ori ke fake.



Beg kedua beg puma. RM 49.90 jugak harganya. Yang ketiga ni korea simple bag dari jackbox. Harga RM30.70. Dua dua beg ni masih belum digunakan lagi. Brand puma tu beli untuk diri sendiri. Nak guna kalau-kalau travel. Yang jackbox tu beli sebagai simpanan kecemasan. 


Sebab last week hakeem balik dari tadika tengok beg dia dah terbarai zip. Kawan tarik katanya. Koyak kat hujung jahitan zip. Nasib lah hari jumaat. Dah last day sekolah. Sabtu tu cari beg sekolah kat mydin tak jumpa pulak. Cari kat mydin sebab nak beli yang murah-murah je sebab dah nak hujung tahun. Tapi tulah kalau nak cari barang sekolah macam kasut, beg ni waktu pertengahan sekolah memang payah nak jumpa yang berkenan hati. Tak banyak choice.


Nasib baiklah aku godek-godek zip tu boleh baiki semua. Pakai baliklah beg tu. Isnin terus order beg kat zalora takut tetiba beg tu rosak balik. Kebetulan sangat semua beg warna merah. Hat merah je yang berkenan kat hati.


Mesti korang tertanya-tanya kenapa aku suka na shopping backpack kat zalora. Ini pun tengah intai-intai nak beli beg yang keeempat. Ada je yang berkenan terus masuk kan dalam wishlist.


Ingat tak entry mobile expression hari tu? Klik SINI kalau nak baca.

Nampak tak aplikasi mobile expression yang aku tunjuk kat anak panah tu. Tolonglah.. Ini tahap merayu ni. Korang installlah mobile expression ni melalui google play store. Tak yah buat apa-apa pun. Just install. Seminggu selepas install korang boleh redeem store kredit RM15 dari zalora. Selepas tu setiap lima minggu baru boleh redeem store kredit RM15 dari zalora pulak. 


Letih dah aku bagitau kat kawan-kawan aku. Tak nak lah makan sorang kan. Tapi nampaknya semua memandang sepi jer apa aku cakap. Ada yang kata barang zalora mahal. Tak minat nak beli kat zalora lah. 


Korang ni... Tahu tak beg pertama & kedua tu aku beli tak yah bayar sesen pun. Guna store kredit yang dapat kat mobile expression tu jer. Beg yang ketiga tu bayar RM5 duit postage. Sebab walaupun store kredit aku ada RM40 masa tu, beg bukan zalora yang pos. Jackbox yang pos. Jadi kena bayar postage kat jackbox .. Kualiti korang jangan tanya sebab bayar RM5 nak complain apakan. Tapi alhamdulillah la. Aku tengok beg playboy ngan puma tu boleh tahan. Sofea pakai pn ok. Cuma yang jackbox tu kualiti kain nylon. Kureng skit. Sekali lagi RM5.... Nak kata apa.. Ok sangat dah.


Orang bagi duit shopping percuma pun korang tak mahu ke. Tak faham aku. Memang RM15 tu tak banyak tapi kalau kumpul-kumpul boleh beli macam-macam. Sikit-sikit lama lama jadi bukit kan. Cepatlah install....

Yang first time nak shopping kat zalora boleh guna kod baucer ZBAPZiW. Dapat 15% diskaun. 

1 Comment:

Eca Dwinky Asha said...

eca da brapa kali beli free dr zalora sbb dpt voucher.
tp lepas ne nak install lah mobile xpression tu.hehehe