25 September 2017

Kad Ceria Kementerian Wilayah

Apa tu kad ceria? 

Kad ceria merupakan kad DISKAUN atau kad pemotongan terus harga ke atas pembelian di premis-premis dan lokasi terpilih. Program ini adalah salah satu inisiatif dalam usaha menangani kos sara hidup yang tinggi terutamanya bagi warga WILAYAH PERSEKUTUAN.

Kad ini dikhususkan kepada Warga Wilayah Persekutuan iaitu KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA dan LABUAN sahaja.

1) Diskaun sehingga 70% bagi setiap barangan / makanan / perkhidmatan.
2) Beli belah pada harga istimewa di lebih 3,798 premis / rakan dagang (merchants)
3) Diskaun di fasiliti milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Perbadanan Putrajaya dan Perbadanan Labuan


*copy & paste kat laman web kad ceria sendiri (^.~). Klik untuk mengetahui lebih lanjut.


Aku tahu pasal kad ceria ni daripada kakak aku. KDN ni kadang-kadang bagus jugak semua info dia emelkan ke staff diorang. Yang tu memang aku tak nafikan sebab aku dulu memang selalu dapat macam-macam maklumat yang aku sendiri kadang tak tahu menahu langsung. Selain kad ceria ada lagi kad apa ntah yang kakak aku bagitau tapi aku tak dapat nak appy sebab aku tak daftar sebagai pengundi. Shhhhhhh... jangan bagitau sesiapa na. hihi..



Lebih dua bulan mohon baru dapat. Walaupun katanya kalau dalam tempoh dua bulan tak dapat apa-apa maklum balas maknanya tak layak.

Pemakluman dibuat melalui email. Aku terima email pada 8 sept. Seminggu lepas tu datang nak amik, diorang suruh datang waktu petang sebab pagi tu semua orang yang jaga kad ceria keluar. Ada event. 

Haiii tak bolehlah macam tu. Kenalah ada sorang atleast yang tunggu. Aku nasib baiklah kementerian wilayah ni seberang opis jer. Kalau orang yang opis jauh camna. Nak nak parking putrajaya ni tenat. Nak keluar dari opis pun fikir lapan puluh kali. 



Dalam cover tu ada buku tentang rakan dagang yang terlibat. Mudahlah nak tahu mana premis yang boleh guna kad ceria mana yang tak boleh. Tapi tu lah hanya boleh guna kat premis sekitar wilayah persekutuan jer. Selangor tak boleh.


Buat pertama kalinya aku rasa sedikit bertuah jadi anak wilayah. Selalu anak negeri jer yang dapat banyak keistimewaaan. Sepanjang aku hidup 36 tahun ni tak de apa yang bestnya aku rasa jadi anak wilayah. Napelah ramai sangat yang nak anak depa lahir putrajaya. Why? 


Sesiapa yang berkelayakan boleh mohon kat SINI. 

0 Comment: