29 September 2017

Terjebak jugak membida di Chilindo

Tengok orang membeli kat chilindo. Mana boleh jadi. I pun nak. Gara-gara banyak sangat baca blog orang. Terpengaruh. Rasa macam seronok jer diorang bid bid barang. Kita nak bid kat lelongan besar-besar tak mampu. Jadi kat chilindo jer lah tempat tuk merasai pengalaman membida tu. 

Walau pun totally different. Bid jer lebih tapi chilindo dah set sebenarnya target price yang dia nak. Takkan chilindo berniaga nak rugikan. 

Bid bermula serendah RM0.10. Ko tak akan dapat punya harga tu. Cayalah cakap aku. Kena bersaing dengan auto bidder yang chilindo dah set. 

Tapi sebab gatai tangan nak membeli jugak. Dasar pempuan. Dengan susah payahnya dapatlah bid monopod, tripod..dan cincin pemegang telefon. Harga murah-murah jer. Semua bawah RM5. 

Barang ni actually kalau nampak kat fizikal store memang aku tak akan beli walaupun keinginan tu ada. Rasa membazir. Tapi bila tengok online semua rasa nak beli. Yang tak penting pun nak di beli. Kuasa gambar tu menarik-narik nak klik.

Kadang tu barang kat luar lagi murah tapi tetap nak beli yang online. Pastu bagi alasan postage tu sama dah macam bayar duit parking, duit makan...  Alasan... tp betul apa kan...hihi


Masa tengok cincin pemegang telefon pintar like ermmm.... Apakah?? Benda macam ni pun aku nak bid. Tengok lawa jer kat web. Hakikatnya memang selayaknya RM 1.10. Tersimpanlah seketika semua barang tu sebab aku bukan sejenis suka selfie. Bukan jenis nak buat video. Cincin ni nak gam kat hp rasa sayang. Telefon aku pun dah ada housing.

Tapi itulah tuhan gerakkan hati kita beli sesuatu, buat sesuatu ada sebab. (ayat penyedap hati). Tak lama lepas tu telefon rosak. Airis baling. Terpaksa pinjam telefon laki. Godang je telefon laki aku ni. Casing semua tak ada. Just protector. Takut nanti buatnya airis mengamuk dibalingnya lagi telefon sia-sia. Jadi aku letakkanlah cincin tu. Sebab telefon tu laki punya, tak ada lah nak kisah nanti nak tanggal meleket-leket ke apa. Kah3..

Kalau airis nak tengok video suruh dia letak je telefon macam tu. Cincin tu boleh jadi stand. Jangan pegang-pegang. Kebarangkalian nak terhempas tu kurang. 

Kakak aku tengok cincin tu pun dia berkenan. Aku pun rasa ok. Setanding harga. Ramai gak aku tengok orang opis aku pakai cincin macam ni. Barang yang lagi dua tu belum serasi lagi nak guna. Insyaallah satu hari nanti pasti berguna tu. Allah maha mengetahui. :)


Tengok history bidaan yang aku menang. Tiga yang terbawah tu yang aku dah beli. Tu lah harga-harganya. Monopod. RM3.40. Kat kedai RM2 (kedai eco) pun ada monopod macam ni. Tapi nak pergi balakong jauh kan. Tripod RM3.50. Oklah. Ada caj perkhidmatan (10%). Tak faham kenapa caj perkhidmatan dikenakan. Menambahkan harga jer. Gst pun 6%. Nak kena report ke ni??. Postage standart RM8.00. Kalau nak COD kena tambah lagi RM4. Sebabkan first time aku takut tertipu aku pilih COD. So total barang aku tiga ni RM20.80. Bahagi tiga kiralah.... Untung ke tak?


Pastu yang merah-merah hujung-hujung tu aku saja-saja bid tapi tak beli. Jadi dibatalkan. Sekarang dalam troli ada 3 lagi barang yang boleh daftar keluar. Tak tahulah nak beli ke tak. Sebab kakak aku berminat ngan cincin tu. Kalau beli cincin semata rugilah postage. 


Kali ni aku bid cincin tu dapat 90 sen. Korang kalau nak bid kat chilindo ni kena bid mula-mula tu dua tiga posen pastu biar. Biar kalah. Bid dua tiga kali pastu tengok berapa harga orang lain dapat. Bandingkan yang paling murah pastu trylah bid harga yang termurah tu. Aku selalu bid pepagi kat opis. Selalu menang waktu tu. Macam pengupas nenas tu memula dapat RM3.30. Kedua dapat RM2.70. Memang minima orang lain dapat pun dalam RM2.70. Jangan target RM 0.10. Memang sampai mati tak dapat. 

0 Comment: