22 December 2017

Beg Jeans Handmade (Penutup 2017)

Lama rasanya tak cerita pasal beg jeans. Alhamdulillah masih ada yang sudi order. Ada jugak yang aku buat ready stock bila free time. 

Hujung tahun rezeki lebih pada outer baju. Ntah bila tetiba ramai pulak yang mintak kecikkan/besarkan baju. Seingat aku semua ni bermula bila aku tunjuk aku outer baju kakak aku yang tak muat. Tetiba ramai pulak yang mintak tolong outer baju. Tak putus-putus orang hantar. Siap satu datang dua tiga helai lagi. 

Alhamdulillah, bolehlah buat menambah duit beli barang sekolah anak-anak kan. Dahlah baju sekolah sekarang mahal-mahal. Tiap-tiap tahun naik rege. Nasib baik area puchong ada banyak kedai yang boleh dipilih ikut kesesuaian budget.

Berbalik kepada beg jeans, sekarang ni aku giat buat knot bag. 

1. KNOT BAG

My first knot bag. Kecik je beg ni. Muat letak hp, name card & botol air mineral kecik. Purse panjang memang tak buat. Beg ni dah lama dah aku buat. Dalam setahun. Tapi macam tak ada feel nak pakai. Baru-baru ni terjumpa balik beg ni rasa macam best je nak pakai. Sisip jer kat tangan. Selamat dari kena seluk.





Yang ni pulak knot bag versi tapak bawah bulat. Walaupun nampak kecik tapi sebenarnya besar. Muat letak purse, hp, powerbank. Itu pun banyak lagi ruang. Tengok gambar atas tu aku siap letak bekas spek mata.



Ini cc opis order. Dia order dua. Knot bag yang macam yang first. Cuma saiz besar skit. Yang ni muat nak letak purse. Boleh juga letak hp, powerbank, note dan macam-macam lagi. Knot bag memang nampak kecik tapi sebenarnya luas.


2.  SLING BEG
Ada masa terluang aku jahit sling beg. Asal nak buat untuk diri sendiri. Tunjuk kat member opis dia berkenan terus beli. Kena buat lainla untuk diri sendiri.

Yang ni lebih kurang macam kat atas tu. Tapi depan ada zip. Ini beg yang dah kelima ke ke enam customer dari kajang order. Terima kasih bebanyak tak serik-serik order. Walau pun lambat siap kekadang... Sangat memahami.

Yang ni dah kena rembat dek husband.

Ini tempahan dari kawan husband. Nampak laki aku pakai beg yang kena rembat tu terus berminat nak order. Tag timberland tu husband amik kat baju yang dah tak guna. Sebab tag tu nampak exclusive ramai pulak kawan atas kawan husband nak order. Sekarang ni tengah aku tengah sibuk siapkan sling beg dioranglah. 


 3. TOTE BEG

Saja-saja buat tote beg jenis dam. Nak habiskan perca jeans.



Semua dah sold kecuali yang ada batu tu. Siapa yang berkenan boleh roger-roger k.


 4. BEG JINJIT


Ready stock gak ni. Belah kiri available. Kanan dah sold.

 
Yang ni belah kanan available.


Yang ni pun dah sold.


5. LAIN-LAIN
 

Tote beg daripada jaket jeans, Kawan perak suruh buatkan. Dia bagi jaket tu suruh designlah macam-macam mana pun. Dan inilah yang terhasil.

 Ini ex-opis order. Nak panggil nama apa ntah. Dia tunjuk contoh aku cuba buat guna kain jeans jer. Ini kali ketiga dia order.  

 Reversible beg. Ada penggemarnya tersendiri. Lama dah buat beg ni. Akhirnya ada yang berkenan.


Yang last ni tote beg versi boleh terbalikkan. Masih available tau kalau berminat... 

Yang berminat dengan hasil kerja boleh email edyeda@gmail.com atau wasap 011-37025587. Sekian...

1 Comment:

Shahida Dzulkafli said...

Adoilah.. Cantik sangat nie.. Cam nak order je.. hehehe