07 December 2017

Pengalaman shopping kedua kali di Lazada. Nasib nasib

Sebelum ni aku pernah cerita shopping voucher photobook kat lazada kan. Kali ni try shopping barang pulak. Kebetulan ada dapat baucar lazada bernilai RM20 X 2 baucar. Dapat daripada hasil jawab survey susu (tak ingat nama susu) dengan survey kat shopper thought.  Ingat boleh combine baucar. Rupanya tak boleh. Kena beli dua baranglah jawabnya.

Pertama aku beli Allwin 1 Set Snap Plier Tools T3 T5 T8 Deduction Clamp+150pcs-T5 Snap Buttons. Kebetulan snap plier aku dah rosak. Harga snap plier ni RM 31.25. Jadi aku kena bayar RM11.25 sahaja lepas tolak dengan baucar. Beli hujung bulan sepuluh. 26/10. 

Masa pembelian tu dibuat, sistem lazada ada masalah. Diorang tengah upgrade sistem untuk online revolusion 11.11 hari tu. Banyak order yang dah buat pembayaran tapi sistem tulis tak berjaya. Masa tu ramai yang complaint, maki-maki lazada kat fb. Aku tak tahu. Selamba jelah klik order. Bila dah tahu cuak jugak. 

Nasib lah baik seminggu lepas tu barang sampai kat opis. Ship dari oversea ko.  

Dah testing memang puas hati compare dengan snap plier yang aku beli sebelum ni jenis berat. Yang ni ringan. Button pun grip cantik jer bila pasang.

Disebabkan happy sangat dengan pembelian pertama. Aku pun bersemangat nak buat pembelian yang kedua. Kali ni aim nak beli hanging pole rack (tempat sangkut beg/coat). Dah lama sangat mengidam benda ni. Hehe...

9/11 aku pun order FARMIE: [12Hook] Convenient Hanging Steel Pole Rack for Clothes & Bags - Blue. Harga RM 19.90. Free postage. Memang pilih yang paling murah wlpn tak ada sorang pun bagi feedback pasal company ni sebab kalau boleh aku tak nak tambah duit. Nak guna baucar RM20 lagi satu tu jer. 

Tunggu punya tunggu seminggu lepas tu lazada cancel order. Diorang just email untuk proceed refurn. Tunggu dalam 4 hari tak refurn jugak. Terus live chat ngan customer service. Katanya cancel sebab item out of stock. Malamnya trus dapat baucar baru. Baucar valid dalam tempoh 14 hari.

27/11 dengan gigihnya order sekali lagi Hanging Pole Rack Pink pulak. Memang nak sangat tempat sangkut beg ni. Kali ni order dari seller lain. Feedback customer pun ok. 4 bintang diorang bagi. Yakinlah skit nak order. Kali ni harga mahal skit RM22.95. Free shipping jugak. So aku kena bayar RM2.95 sahaja lepas tolak baucar.


Semalam hanging pole rack tu sampai kat opis. Aku memang awal2 tak expect barang ni bagus sangat. Daripada feedback2 customer yang beli sebelum ni ramai dapat yang berkarat. Aku setakat karat skit ok jer. Sebab kebanyakan kat luar harga hanging coat ni dalam RM79. So kalau harga RM 20 lebih ko faham-faham jelah. Mesti biasa-biasa sahaja. Nasib ko baik elok lah barang tu.


Seperti yang di duga memang ada karat skit2. Tapi yang tak bernasib baiknya aku bila bahagian kaki plastiknya pecah. Tak kan nak pejam mata. Nak tak nak kena return jugak. Baru sebentar tadi suruh member dropkan kat pos laju. Harap-harap process return berjalan dengan lancar. Dan misi mendapatkan hanging pole rack yang seterusnya berjaya. Nak sangat2!

0 Comment: