04 January 2018

Persekolahan 2018

Alhamdullillah dah 4 hari kita menginjak ketahun 2018. Boleh di tebak tahun ini adalah tahun yang sangat mencabar. Mana taknya tiga-tiga orang anak dah bersekolah. Sofea darjah 3, hakeem darjah 1 dan airis tadika. Macam tak percaya jer airis dah empat tahun. Cepat btul masa berlalu.

Aku boleh bayangkan macam mana sibuknya nak menguruskan budak-budak tu. Awal pagi bangun nak buatkan bf, nak mandikan diorang. Hakeem tu dah darjah satu pun manja. Masih mintak dimandikan.

Starting 26/12 hari tu airis start tadika. Awal sebab minggu orientasi katanya. Agak mencabar nak kejutkan budak kecik ni mandi. Selalu pergi taska memang angkat je dari tido. Kadang-kadang je dia terbangun sendiri. Itu pun dalam setahun boleh dibilang berapa hari. 


Minggu orientasi berjalan dengan lancar. Tapi bila dah start sekolah betul-betul, makin liat pulak dia nak bangun. Semalam boleh airis menyorok bawah katil tak nak mandi. Bikin amarah betul. Nasib baik hari ni ok. Nak lalui setahun ni tak tahulah macam mana.


 Masa orientasi 28/12/2017

Hakeem so far nak pergi sekolah tak ada masalah. Dia dah pernah pra kat sekolah tu jadi dah biasa. Bangun pagi pun mudah. Kejut sekali terus jaga. Cuma time datang angin dia, dia akan menangis tanpa sebab. Itu yang mama paling tak tahan. Setakat 3 hari sekolah belumlah lagi dia buat perangai. 

Untuk mengelak diorang (hakeem & airis) buat perangai setiap pagi masa diorang bangun jer aku dah duk puji-puji anak mama bagus, pandai, bijak bangun awal. Nak snek tak?... hahaha Pagi-pagi dah tala jajan. Punyalah risau kalau diorang menangis sebab 6.30 sharp kena keluar rumah takut tinggal van. Overall setakat ni alhamdulillah mak berjaya handle. Baru tiga hari kan. 

Tengoklah setahun macam mana. Mesti macam-macam ragam. Lemau pun ye tiap hari nak benda ni setiap hari. Bukan kata bangun awal pagi, petang pun balik keje tu terus masuk dapur prepare tuk makan malam. By right dalam pukul tujuh diorang dah makan. Lapar.. Penat kan sekolah pagi petang. 


Hari pertama tu aku hantar bebudak ke sekolah. Ikutkan tak payah pun tak per. Tapi kesianlah semua mak bapak hantar aku pun cutilah. Hakeem siap suruh aku pergi keje. Jadinya lepas dia masuk kelas terus aku pun ca alif but pergi pasar. Sekolah petang langsung tak hantar. Sebab tengahari dia balik naik van terus transit kat rumah ustazah. Aku tak tahulah kalau ada isu yang anak aku tu tak dapat makan sebab tak ada kerusi nak duduk kat kantin sekolah ke apa. Rasanya dapat jer. Sebab anak-anak aku bab makan memang laju. Balik tu check beg penuh je dengan plastik makanan. Kot ye pun tak buang sampah merata-rata janganlah sampai bawak balik plastik tu.


Ini beg-beg yang nak diangkat masuk ke kereta setiap pagi. Beg-beg semua dari zalora tuh. hihihi... Dalam 10 beg semua. Belum masuk baju sekolah agama yang disangkut kat hanger lagi. 

Beg sekolah sek agama pia & akeem 4. Beg bekal pagi 2. 1 beg telekung sofea. Beg airis 1. Kalau senin kena bawak toto. Beg letak songkok merangkap beg pakaian kotor 1. Beg aku lagi. Setiap pagi ko tak boleh silap nak patah balik memang tak. Sebab timing memang cukup-cukup. Nak kejar van sebelum 6.45 pastu terus aku ke opis. Sebelum 7.15 dah sampai. Kalau lambat sampai parking yelek.

Walau mama lelah, apa-apa sahaja untuk anak-anak mama. Harap bila besar nanti korang bacalah ni pengorbanan yang mak korang buat. Jangan dilupa jasa ibubapamu...

2 Comment:

Ann Ishak said...

oh my...banyaknya bag :D

Hani Sidek said...

ko memang duta Zalora ke weii...