05 April 2018

Program Transformasi Minda (Khas) di IPN

Caca merba btul entry diblog ni. Patutnya aku cerita pasal Program Transformasi Minda (PTK) (khas) ni dulu sebelum up pasal homestay. Lantaklah. Yang pasti 19 - 21/3 aku dengan beberapa buat opis yang KUP kena pergi kursus PTM syarat wajib sah lantikan. Kebetulan cuti sekolah senang angkut semua duduk homestay walaupun ipn ada sediakan hostel. Laki jaga anak bini kursus. Kursus dua hari jer. 19hb tu hari perjalanan. Malam tu ada taklimat sekejap.


Aku dah plan baik punya apa nak buat cuti sekolah seminggu tu. Plan isnin sebelum gerak ke ipn nak pegi amik ikea gift card kat midvalley dulu. Kursus sampai rabu. Khamis pergi nak pergi hari terbuka kem kewangan nak buat ic pastu pergi bangi amik baju raya. hihi awal tempah. Jumaat baru pergi ikea. 

So isnin pagi tu dalam pukul 9 aku dah siap-siap masak tomyam. Pagi tu makan nasi goreng. Cadang dalam pukul 10 ++ nak gerak ke midvalleylah. Su Jin Tan pesan call dulu sebelum nak amik. Bila aku call dia tak angkat-angkat pulak. Call general line pun diorang tak tahu. Semua bahagian consumer yang uruskan. Diorang bagi lagi directline su jin tan tu. Sampai kul 11 lebih aku call masih tak berangkat. 

Yang laki aku tu bangun tido, malam tadi dia keje sampai subuh. Terus keluar jumpa kawan. Pukul satu baru  kitaorang gerak ke ipn sudahnya. Dah lah sesak larat nak sampai ke sempadan teluk intan dah. Itu pun pergi balai polis tanya jalan. Jalan teruk betul. Signboard ipn pun tak nampak. Jalan kuala selangor, sekinchan, sabak bernam ni dalam penambahbaikan. Member cakap 2020 baru siap. 

Sampai ipn dekat pukul lima. Sib baik sempat daftar. Rupanya yang naik bus lagi lambat 5.45 baru sampai. Pastu cari plak homestay. Dekat je tapi sebab tak tahu mencari-cari jugak. Nak tengok direction, line kat sabak bernam ni susah sangat. Asyik tak ada je. Sampai homestay terus makan tomyam dengan nasi. Nasi dah siap masak aal-awaldari rumah. Pastu makan dengan mee pulak. Kenyang sebabak petang tu. Malam makan telur dengan tomyam yang tinggal sikit. Pun sedap.


Mana ok pakai spek ke tak pakai? Sofea tangkap gambar ni. Boleh pulak aku tak bawak pin/kerongsang semua. Terpaksa pakai ala gaya macam ni. Sangat tak biasa dan tak selesa. 
With eme. Hari pertama kursus...
Kursus... nak belajar-belajar tambah ilmu ni memanglah sedikit bosan. Nasib baik penceramah ada buat game Kahoot ni. Kena jawab soalan by phone. Dah lah internet lembab. Wifi ada pun tak leh connect. Soalan ke empat baru dapat mula jawab. Walaupun lambat mula tetap dapat nombor dua. Kira bijak jugak otak aku ni kan. Kih3. Kalau jawab dari mula mungkin dapat no satu kot (^.~)

Hadiah dia tipuware. Apple lady. Itu pun dah happy. Pastu penceramah tanya lagi soalan, yang ni kena angkat tangan jawab. Aku tak naklah tamak jawab. Paksa eme jawab betul pulak. Dapat tipuware warna pink tu. Eme kata dia tak nak. Dapatlah aku dua tipuware. Ada dua game kahoot tu tapi satu lagi tak dapat nak join. Kali ni memang internet dah leh connect langsung. 


Petang tu pegi makan mee udang kat BNO. Mee udang 2, nasi goreng dua, air milo + teh ais semua RM37. Gambar tak ada. I bab tangkap gambar memang fail. Malu dowh. Lagi pun makanan tu tak sedap. Tak habis tinggalkan jer. Rugi sangat. Balik tu kitaorang makan nasi dengan sardin + telur yang laki aku masak. Lagi sedap dan kenyang. 

Hari kedua... Makin teruk tahap kebosanannya. Penceramah cakap tak berapa nak fokus. Tapi selfie itu wajib.

Sebelum balik ni.

Sesi bergambar. Peserta seramai 136 orang. 

Habis kursus kul 4. Aku siap-siap balik homestay kemas terus chow. Sampai rumah pukul 7.30 malam. 

Actually ada satu peristiwa berlaku masa hari kedua. Pagi nak pergi dewan cari kunci kereta hilang. Dari kul 6.30 cari tak jumpa. Nasib baik ada kunci spare yang dah patah pemegang tu memang aku simpan dalam beg duit. Guna yang tu lah. Tapi tak puas hati macam mana boleh hilang. Sebab aku ingat sangat aku letak kunci tu kat atas tv sama dengan kunci homestay. Kunci homestay ada tapi kunci kereta hilang. Pastu jam aku pun tetiba mati. Terus cakap ngan laki ni mesti rumah ni berhantu. Hahaha... 

Tengahari rehat aku balik kemas-kemas skit barang teringat yang tv gabak kat belakang dia mesti ada lekuk. Agaknya kunci tu jatuh kat lekuk belakang tu kot. Aku pasti sangat aku letak kunci kereta tu kat atas tv. Aku dah cari kat lantai belakang rak tv tak jumpa. Tengok betul kunci tu tersangkut kat wayar-wayar belakang tv tu. Kalau tak jumpa aku dah fikir nak wasap owner homestay, kalau dia kemas jumpa kunci tu nak mintak dia poskan. Pastu kena buat kunci yang barulah jawabnya.  Syukur jumpa. Dapat hidayah lepas solat. :p
Posted in

0 Comment: