05 August 2019

Keputusan Interview Pembantu Perawatan Kesihatan U11

Hii... Lama sangat tak bersiaran. Nak mengarang dan menaip al-malas sangat....

Kali ini aku nak cerita pasal keputusan interview pembantu perawatan kesihatan u11 laki aku tempoh hari.

Entry sebelum ni aku bagitahu laki aku dapat panggilan interview kan. 18 Januari hari tu pergilah laki aku interview sambil ditemani aku kat Parcel C, putrajaya. Laki aku mana pernah jejak kaki kat spa nun. Kalau aku tak teman mampus sesat larat. Pergi pun tak kot.

Kitaorang sampai tak lambat tak cepat sangat. Kalau aku yang pergi interview confirm jadi orang pertama tak pun yang kedua. Ini kitaorang sampai dah panjang orang beratur panjang isi buku pelawat.

Laki aku tula lambat betul bersiap. Baju ni tak berkenan. Warna hitam tak suka. Baju kedut skit tak boleh. Nak pakai baju ikut taste dia. Taste pulak mengarut-ngarut. Ada ke nak pakai baju jenis tshirt knit tu. Memang marahlah aku. Penemuduga tengok pun reject terus. Geram sangat aku tengok kelakuannya. Nasib baik nak jugak ditukar pakai baju kemeja hitam yang memang semangga tu jerlah baju kemeja yang ada pun. Tie pinjam kawan punya. Warna oren. Gasak....

Sampai kat spa kitaorang daftar kat kaunter, lama gak tunggu baru dapat nombor. Dapat bilik A. Orang keenam. Bilik A ni masa sorang-sorang dipanggil standart dalam 15 - 20 min lebih-lebih skit. Bilik lain tengok memang lama-lama belaka.

Masa tunggu giliran aku duduklah sebelah laki aku. Bila laki aku masuk dalam bilik tu terus aku gerak tempat lain. Segan nak duduk kat situ lagi sebab bilik tu majoriti calon lelaki yang menunggu. Lepas selesai interview boleh pulak laki aku bising kata kenapa aku tak nak dengar dia temuduga. Ya allah ingat boleh dengar ke dari dalam bilik tu. Tak kuasa aku nak layan tau. First time punya candidate perangai memang macam ni eh...

Laki aku interview sekejap giler. Tak sampai 15 min pun. Masa tu aku rasa tak ada harapan dah ni. Sepanjang aku pergi interview kat spa, interview sekejap memang gagal memanjang. Yang lama tu yang lulus.

Laki aku bagitahu diorang tanya siapa menteri besar selangor? Laki aku tak dapat jawab. Dia kata yang ganti azmin ali tu tak glamour. Pastu tanya pasal isu semasa. Kebetulan time tu hangat pasal isu tak boleh merokok kat kedai makan.

Dia tanya laki aku merokok ke tak? Sah-sah laki aku kelentong kata dah berenti 10 tahun lepas. hahaha... Pastu itu dia tanya lagi isu lain. Laki aku cakap pasal rusuhan kat kuil sri maha mariamman usj. Kan dekat dengan rumah kitaorang. Kemain semangat laki aku mengupas isu tu.

Last dia tanya kalau dapat kat sabah sarawak nak pergi ke. Kau tahu laki aku jawab apa. Tak ada masalah. Kalau dulu iyelah susah. Sekarang dengan teknologi canggih dua jam je dah boleh berjumpa. Kelantan lagi lama nak sampai. Amboiii berlagak kau ye...


Keputusannya ????... 

Inilah laki aku sekarang. Alhamdulillah sekali periksa sekali interview dapat kerja kerajaan diusia hampir 40 tahun.

No comments: