Seiring dengan peredaran masa nama emak ini aku rasakan semakin jarang digunakan oleh kebanyakan orang hatta dalam famili aku pun sofea panggil aku mama bukan emak. Kalau orang kelantan mmg diorang berbeza dari kita semua kerana panggilan untuk emak biasanya ialah Mek. Panggilan Mak bagi negeri kelantan adalah untuk panggilan nenek tapi bunyinya jadi 'MOK'. Diantara panggilan-panggilan yang biasa orang gunakan sekarang ialah :
1. Mama & Papa
(aku rasa panggilan ni yang pling popular skrg)
2. Ibu & Ayah
3. Mama & Baba
4. Mommy & Daddy
5. Emak & Ayah/Abah
6. Ummi & Abi
7. Bonda & Ayahda
(rasa sesuai utk kerabat2)
Setakat yang aku biasa dengar ini je la. Nama diatas ni pun bukanla spesifik combination bagi semua orang, ada yang campurkan contoh seperti Ibu & Abah. Yang pastinya perkataan-perkataan ini la yang biasa orang gunakan. Disebabkan mommypinky punya nickname pun dh ada bau-bau panggilan untuk bakal babynya panggil jadi untuk biey mommy pinky baby nnti akan panggil apa ye... Daddy ke???
tapi tak tahula kalau mommypinky tak nak bakal baby dia panggil mommy..
Jawab mommypinky jangan tak jawab....