13 April 2015

Alfatihah buat kakakku

3 april lepas kakak aku yang kedua telah pergi menghadap ilahi pada usia 35 tahun. 31/1/1980 - 3/4/2015. Singkat sungguh masa kita di muka bumi ini. Hilang sorang reader aku. Joking..

Aku tau kakak aku baca blog ni. Even aku tak pernah bagitau. Adik beradik aku semua pun baca except abang aku tu tak kot. That why aku kena update jugak blog ni. Sekarang aku rasa aku update blog lebih pada untuk bacaan sendiri dan adik beradik aku expecially kakak aku yang first tu mmg dia baca sokmo. Mr. mama telah sedia maklum tak baca. huhuhu... Bukan sebab nuffnang ke nak advertorial ke hape..

Di takdirkan aku tak ada nanti klu diorang rindu bolehla baca diari online aku ni. Macam aku skarang bila rindu kengkadang skodeng fb kakak aku. Cari apa pun tak tahu. Macam ada update baru. Weh sedih weh. Bila dah tak ada baru terasa. Masa ada buat bodoh jer.

Kalau nak tahu kitaorang ni sekolah sama. Sekolah asrama. Beza umur aku ngan kakak aku setahun je. Kakak aku ni spm kena repeat. Jadi amik spm sama ngan aku. Bukan tak lulus tau tapi sebab sakit dia yang juga antara penyebab dia meninggal dunia.  Setengah tahun masa tingkatan 5 tu kira aku berkepit ngan kakak aku ler. Kehulu kehilir berdua. Kakak aku masuk sekolah balik bulan lima. Kami tinggal satu dorm katil sebelah sebelah, kelas sama. Patutnya dia masuk kelas kedua tapi merayu kat ustazah nak kelas pertama sama ngan adik dia ni. Anje sangat.. So kitaorang nak apa apa mesti bersama. Gi dining sama, prep sama, gi surau sama, panjat turun samer tu lagilah bersama sama. Even mandi pun bersama dalam bilik air tu kalau tak sama pun mesti tolong cop cop paip. Sapa duk asrama tahulah.

Teringat masa prep malam belajar sensama. Bukan belajar yang lebih. Tido.  Hari ni aku tido esok kau pulak tido. Janji kul 10.45 mlm balik kejut. Kang mati keras dalam kelas tu sensorang. Sekolah atas bukit. Seram.. Walaupun aku ketua prep tak peduli dah ngantuk tido tetap tido. haha. Kebas kebas kaki nak balik dorm sampai pernah jatuh tangga. Dua dua jenis tido duduk sambil bersila. Keluar air liur basi pipi sebelah berbelang merah tak yah cakap. Ingat lagi setiap weekend kitaorang berdua hegeh hegeh pi dining berdua. Orang lain tak hendak makan ikan jaket. Kita janji perut kenyang. Dah mak bapak nak datang melawat payah. Jauh tu rawang ngan puchong.

Masa nak kawin dulu kakak aku byk tolong jugak. Aku tak de kereta dia yang tolong teman pi nilai beli barang kawin. Bagi pinjam kereta masa nak pergi kelantan. Aku langkah bendul. Bergaduh bukan tak ada.. banyak... Tapi air di cincang tetap tak kan putus kan.

Komen terakhir arwah pasal model cilik tu sampai lima enam kali dia komen. Excited suruh aku cuba bawak pia pi audition. Siap email lagi. Aku kan komen kena approve. Masa tu pertengahan bulan mac. Still dia ingat nak baca blog aku ni walaupun jarang komen. Eh 40 hari sebelum meninggal kita dah tahu kan yang kita akan pergi.

Kenangan kenangan. Yang pergi tak akan kembali.  Kita yang masih hidup kena teruskan. Nak dikenang selama 35 tahun tu terlalu banyak. Masa zaman kecik kecik. Aku ngan kakak aku tu jelah ada kat rumah. Abang kakak pertama aku sekolah asrama dah. Pasal kitaorang pergi beraya bersama sampai kg seberang. Arghhhh tak sanggup nak ingat.. Masa sekolah rendah. Pergi naik bus naik basikal. Kakak aku ni glamor juara merentas desa. Pelajar perempuan terbaik sekolah rendah agama. Adik dia idok ye. Kelas pun kelas ungu. Kelas dungu kata orang. hehe. Yerlalu banyak kenangan tak mampu nak tulis semuanya. Telah tertulis ajal kakak aku diusia 35 tahun tarikh 3april2015 hari jumaat.

Kakakku stelah semua penderitaan yang kau tanggung selama ini aku harap semoga kau tenang disana. Alfatihah.


Perlukan lori sewa untuk pindah rumah/pejabat, angkat sofa, perabut, almari, barang industri/pertanian & etc pada harga berpatutan hubungi edy 019-3508862.











01 April 2015

Dah pandai bawak basikal dua tayar

Sebenarnya aku tak pernah bertarget nak anak pandai naik basikal umur sekian sekian. Tak penting kot. Dulu iyelah kita kita ni pergi sekolah sendiri naik basikal.

Sekarang nak bagi anak naik van sekolah pun takut. Nak nak pia perempuan. Eh lelaki pun bahaya jugak zaman sekarang ni. Buatnya diculik bawak ke thailand ke jadi pengemis ke. Hishhh mohon dijauhkanlah dari benda benda macam ni.



Sofea umur dua tahun empat bulan dah pandai kayuh basikal. Lima tahun empat bulan dah reti kayuh tanpa roda tiga. Sebulan lebih lepas beli basikal baru ni. Sofea jenis yang gigih selagi tak berjaya selagi tu dia cuba.


Cabut roda tiga tu pagi, petang dah boleh bawak keliling rumah dah. Eh tak sampai sejam ajar dah pandai. Gigih selagi tak betul betul berjaya selagi tu pia nak belajar pia nak belajar sampai pandai. Gigih ngikut azidah kata mr. mama. Bawak laju rupa pelesit. Tak macam akeem.

Hakeem bulan empat ni genap empat tahun kayuh basikal pun tak reti lagi. Setiap hari kejenya menolak je lah basikal tu. Zaman sekarang rupa dah terbalik. Pempuan lagi lasak dari lelaki.

Tak pe orang orang yang tak pandai naik basikal moto ni biasanya kaya kaya. Sebab diorang naik kereta. hahaha.. Ni ayat penyedap hakikatnya mak ko geram je nengok. Penat dah ngajo tak mahu mahu juga kayuh.

Rela berlari sambil tolak basikal bila nak berlumba ngan pia. Menang pulak tu. Yang ni sungguh ngikut mak ko jugak. Nanti sekolah boleh masuk merentas desa ye keem..

Perlukan lori sewa untuk pindah rumah/pejabat, angkat sofa, perabut, almari, barang industri/pertanian & etc pada harga berpatutan hubungi edy 019-3508862.