26 May 2017

Voucher percuma Zalora dari Yougov

Alhamdulillah setelah satu tahun dua bulan setengah akhirnya stop sudah tanggung kerja aku. Sapa yang tahu tahulah camna deritanya buat keje tu tapi at the same time happy. Banyak ilmu yang aku dapat cuma cukup-cukuplah orang baru pun dah masuk. Sampai blog ni terabai kan. 

Dalam bz-bz, maklum kastam punya kutipan sehari hampir seribu transaction nak kena buat reconcile, jawab survey tetap is my febret. Sama ada masa rehat atau awal-awal pagi sampai opis tu, aku mesti check email tgk ada tak survey baru. Antara sisi happy hidup aku selain menjahit. Buat release tension. hiks...

Panjang sangat mukadimah. Ni sebenarnya nak cerita baru-baru ni aku dapat voucher RM 75.00 daripada zalora. Hasil jawab survey kat YOU GOV. You gov ni different skit dengan survey-survey yang pernah aku join sebelum ni. Sebabnya setiap survey baru yang diorang invite dekat email tu automatik kita akan dapat point. Tak akan disaring keluar kalau profile tak sepadan macam globaltestmarket survey & aip online survey.

Minima point yang biasa dibagi adalah 90 mata dan keatas. Ikut kepanjangan survey yang kita jawab. Kita pulak kena kumpul 5000 mata baru boleh redeem hadiah-hadiah macam kat bawah ni.

Nak donate pun boleh. Gambar kabur sebab point aku tak cukup untuk redeem. 

Sejak first redeem awal bulan lima hari tu sampai ke entry ni ditulis tu point aku dah 1735 semula. Setiap kali you gov hantar email untuk jawab survey baru jarang aku tak jawab. Boleh kata semuanya aku jawab. Nak kata lama ke tak kumpul 5000 mata tu. Aku join bulan sepuluh tahun lepas, awal bulan lima hari tu baru dapat redeem. Kesabaran yang tinggi memang diperlukan disini.

Alhamdulillah aku dah selamat pun guna baucar zalora rm75 tu buat beli beg sekolah pia & blouse untuk diri sendiri. Kebetulan sangat time ada baucer zalora beg pia pun putus. Rezeki pia lah.

Kalau korang berminat nak join you gov ni boleh KLIK SINI untuk daftar k.

Ini bukti aku dapat store kredit rm75 tu. Nampak store kredit rm15 ada dua, itu nanti entri akan datang aku bagitau macam mana nak dapat.

08 May 2017

Novel Melayu secondhand/terpakai untuk dijual

Aku up balik entry ni kerana ada yang comment kata tak dapat contact aku. Aku dah letak no telefon aku yang baru sebab telefon yang lama tu banyak gangguan. Anything yang nak beli novel mahu pun beg jeans boleh wasap aku kat no bawah tu. Atau kalau incase tak boleh jugak, email aku (edyeda@gmail.com) pun boleh. Aku always baca email. Tq. 


Straight to the tajuk, pada pada mencinta novel melayu aku ada nak let go sikit novel.
Semua novel ni kakak aku yang punya. 
Aku bukan peminat novel bukan juga pembenci novel.
Ada masa aku baca. Pinjam orang punya,
Layan sambil nangis nangis.
Tak sah kalau baca novel melayu tak nangis kan.

Blog antiqueshopp tu dah lama sangat aku tak update. 
Ntah ada yang menyinggah lagi ke tidak.
Pada customer yang pernah beli kat situ (boleh tahan jugak) aku ucapkan terima kasih banyak banyak.
Rasa xdan nak handle dua blog. 
Blog ni pun sesak nafas nak update.


Condition jangan risau tiptop. 9/10 kata orang
Baca ada sekali ada yang dua kali. Bookmarks semua ada.



HATI KITA SATU
Harga kedai : RM 21.00
Harga nak jual : RM 13.00


 HATI YANG LUKA
Harga kedai : RM 21.90
Harga nak jual : RM 13.00

-SOLD-


 KERANA MAHALNYA SYURGA
Harga kedai : RM 28.00
Harga nak jual : RM 20.00


CINTA YANG HILANG
Harga kedai : RM 29.90
Harga nak jual : RM 20.00


TAKDIR ITU MILIK AKU
Harga kedai : RM 33.90
Harga nak jual : RM 23.00

Harga tak masuk pos. Pengeposan by pos daftar. Sila tambah RM 3.00 lagi. Dalam tiga ke lima hari sampai, insyaallah. Berminat wasap 01137025587

03 May 2017

Aktiviti taska

Airis duduk kat taska tiaf ni start umur dia lapan bulan. Sebelum tu aku jaga. Sekarang airis dah dua tahun tujuh bulan. Tahun depan dah nak masuk tadika walaupun baru tiga tahun ++. Pastinya tiaf lagi pilihan aku. Tak terfikir nak hantar area putrajaya atau tadika area rumah yang lain. 

Awal tahun hari tu masa nak daftar, bukanlah daftar apa cuma nak bayar yuran bulanan tu ustazah kata ada charge rm100 untuk aktiviti sepanjang tahun. Last year tak ada. Aku macam alamak tak de duit extra sebab dah budget cecukup tuk yuran tadika & pra hakeem dan yuran sekolah sofea. Terpaksa hutang dua hari. hahah... 

Setelah membayar rm100 inilah hasilnya aktiviti-aktiviti yang dibuat setiap hari airis ditaska. Gambar-gambar ni semua cikgu taska yang wasap. 

Terus gambar berdiri apatah diorang buat ni....



Ini aktiviti menampar belon dengan pinggan. Macam main badminton gitu.





Aktiviti mewarna guna water color.. 



Menampal...

Aktiviti merasa makanan masam, manis, pahit...




Banyak lagi aktiviti sebenarnya.. Belajar matching gambar, gosok gigi, buat aiskrim & etc.. Tapi banyak gambar yang sku dah delete space tak cukup.