24 October 2017

Kejohanan Sukan Tahunan Sek Rendah Sofea

Tahun lepas masa darjah satu sofea tak pergi kejohanan sukan sekolah. Sebabnya cuma satu. Sofea tak de baju sukan. Kan dia masuk lambat sekolah tu. Jadi tak beli baju sukan. Sepanjang tahun bila pj pakai baju putih. Rumah sukan pun tak tahu rumah apa. 

Aku suruh tanya cikgu dia rumah apa, dia tak tanya-tanya. Masa sign report card hujung tahun sib baik teringat nak tanya. Cikgu bagi buat pilihan sendiri nak rumah sukan apa. Pia pilih rumah merah. Sama pulak macam mama dulu sekolah pun memang asyik rumah merah.

Kejohanan sukan kali ni buat kat SMK USJ 23. Dekat sangat dengan rumah. Tahun lepas kat MPSJ. Ikut perancangan asal memang nak buat lagi kat MPSJ. Tapi bila ubah tarikh tempat pun berubah. Maybe dah ada orang nak guna padang MPSJ tarikh tu. Sekolah sofea padang nya kecik. Memang tak kan boleh buat kejohanan sukan kat situ. 

Acara mula pukul 8.30, selepas pendaftaran. Sebelum acara sukan dimulakan, kena nyanyikan lagu negaraku, lagu negeri selangor dan lagu sekolah. Serius air mata aku hampir menitis bila dengar lagu negeri selangor. Dah lama tak dengar lagu negeri selangor. Sebab keje kat putrajaya. Dulu masa sekolah selalu nyanyi lagu ni. Teringat segala kenangan zaman sekolah. Especially masa kat asrama rawang (samer) dulu. Sebak. Mengenang segala perit jerih masa zaman sekolah. Zaman sekolah dulu dengan sekolah sekarang jauh beza. Terlalu jauh. Budak-budak sekarang banyak senang. Ada masa nanti aku share pasal duduk asrama. 

Bukan sofea je yang amik bahagian. Pelajar pra pun join sekali. Hakeem masuk acara sukaneka masukkan air dalam botol guna span. Dapat no 2.

Sofea pulak masuk acara bawak bola dalam sudu. Dapat no satu.

Airis penyokong setia abang.







Snap snap gambar sikit pastu balik lebih kurang dalam pukul 10.30 pagi. Pegi berempat jer. Papa diorang keje. Bagusnya acara sukan ni diatur lepas satu acara terus dapat hadiah. Mula dari pelajar pra, darjah satu, darjah dua dan seterusnya. Bolehlah balik bagi yang dah selesai main.t. Siapa anak darjah enam dan amik acara utama macam 100m, 200m, 400m, 100 x 4, 400 x 4 kena tunggu sampai habis. Sebenarnya teringin jugak nak tengok tapi sebab sakit perut tetiba ditambah hari panas balik je lah. Harap-harap sofea bila besar nanti masuk semua acara ni sebab ini acara favorite aku time sekolah selain merentas desa.