06 December 2011

7am -7pm (nego)

Aku ada jumpa satu iklan jawatan kosong ni. Jawatan Memerlukan Pembantu Rumah Harian.


Bila baca tajuknya aku dah dapat agak mesti dia ni mengalami masalah macam aku terkejar-kejar menjaga anak serta menguruskan hal rumah tangga.


Baca punya baca antara kriteria yang di perlukan waktu bekerja 7am - 7pm. Dan waktu bekerja ni boleh nego. That means boleh kurangkan waktu bekerjanya kot. Atau ubah timing agaknya.


Aku ingat price je yang boleh nego. Rupanya timing pun boleh. 


Aku kalau ada kerja fleksibel bolehlah dipertimbangkan... kan tengah cuti panjang ni..


Ada saper nak mohon leh klik sini. Gaji RM 500.


*promoter xberbayar. :)

04 December 2011

Rancangan TV

Bila rumah korang ada TV?

Aku masa darjah enam. Sebelum tu kalau nak dapat tengok TV time bertandang ke rumah jiran je la.

Kalau nak kata rancangan Oshin, Cun, Kesatria Baja Hitam semua tu memang aku tak merasalah nak tengok sampai abis. Rancangan ni semua disiarkan sebelum aku ada TV kat umah.

Bila mak dah mampu beli TV sokmo je memasang TV 24jam sampai TV tu pernah meletoplah dek kerana asyik terpasang.

Zaman dulu kalau nak baiki memang payah, mana ada kedai baiki barangan letrik sebanyak sekarang. Kalau nak baiki call lah tempat kedai yang kita beli TV tu. Kalau beli dekat-dekat takpelah ini mak beli kemain jauhnya. Nak call diorang berpuluh-puluh kali barulah muncul.

Then dulu-dulu mana ada handphone. Tepon rumah pun tak ada. Kalau saper ada talian telekom tu kira hebatlah. Orang bandar la tu.... Kita yang duk pendalaman ni ke public phone je lah jawabnya. Public phone pun sebatu jauhnya.

Bab rancangan TV pulak bukan macam sekarang. Kebanyakannya asyik disogokkan dengan cerita dari negara Indon dan Korea. K-pop kata orang. hi3... Pastu program realiti. Memula tengok macam sedap tapi lelama jadi bosan dan kadang-kadang ceritanya tersasar, tak logik akal.

Cerita-cerita zaman dulu jugak yang terkesan dihati. Macam aku dulu suka tengok cerita kartoon 'Kickers'. Pernah tengok tak? Cerita pasal bola yang dialih bahasa ke bahasa Melayu. Bila tengok cerita camni rasa hanyut ke dalam dunia sendiri. Rasa dunia ini semua indah-indah belaka. Tiada sengketa dan pergaduhan. Cewah...

Satu lagi rancangan TV yang aku suka tengok tiap petang hari isnin sampai jumaat, cerita cina.  Satu citer ni tajuknya 'The Drifters'. Cerita cinta ni. Minah bungalah pulak aku ni. Memang best. Terkesan sampai sekarang. Pastu TV3 beralih ke cerita cina citer polis-polis. Syok ooo...

Sekarang rancangan TV memang banyak. Nak cerita melayu vs indonesia bukak TV3, cerita islamiah bukak TV Hijrah, nak cerita cina vs korea vs taiwan bukak 8TV, nak coulourful langganlah astro...

Tapi semua ni tak dapat menandingi rancangan tv dolu-dolu. Cerita cartoon sekarang yang ok skit 'upin ipin' sebab my doter suka. Kalau cerita 'boboi boy' tu my doter selalu cakap takut...takut...

Jadi sekarang aku nengok CD CD lagu-lagu baby kepunyaan my doter jela...


02 December 2011

Uten, Moktan

Musim rambutan sekarang ni. Sepanjang jalan masuk kampung penuh pokok rambutan jenjiran yang berbuah. Yang kuning yang merah...

Kali ini rumah arwah mak empat pokok berbuah sekali gus daripada 6 pokok kalau tak silap. Puaslah makan kami adik beradik.

Tahu-tahu jelah bila dah sampai empat pokok mana terlarat nak makan semua. Banyak jugak dimakan dek burung dan tak kurang dah diberi ke orang. Yang datang nak beli kami bagi free je.

Tapi ada jugak yang mencuri moktan masa lalu tepi rumah. Pada yang mencuri tu dihalalkan. Sebab yang dapat pahala arwah mak jugak. Tapi lain kali kalau nak cakaplah. Nampak aku pun buat tak reti je ye.

Ada sapa-sapa nak makan moktan jemput datang rumah...

nota : ma uten (kata sofea)

01 December 2011

Disember datang lagi


Kenapa ramai sangat yang begitu ambil berat pasal bulan Disember. Ada yang suka dan banyak juga yang membenci dengan disember.

Ada yang kata masa berlalu terlalu pantas, rasanya bagai baru semalam memasuki bulan January. Ada yang gembira kerana tahun 2012 bakal menjelma tak lama lagi. Pasti pelbagai azam bakal dicipta.

Tak lupa juga yang gembira kerana bulan penutup tahun mungkin akan ada bonus menanti expecially orang gomen.

For me, sepanjang tahun 2011 banyak masa dihabiskan dengan insan-insan tersayang. Menjadi full time housewife since 27 april until now.

And 16 Disember ini umur bakal meningkat setahun lagi.

I luv disember...

An Evening With Love

Sepetang pada 24.11.2011.

Behind my house....

Cantik kan ciptaan Allah...