23 May 2013

Rebate RM 200 Smartphone

Dua hari lepas mr. edy bawak balik telefon brand alcatel. Katanya dapat daripada rebate RM200. Mr. edy guna ic member dia  untuk memohon. Kalau nak ikut umur kami berdua, memang tak layak.

Semua gambar bawah ni aku tak edit apa-apa pun cuma edit size jer..  Quit ok jugak this phone walaupun memula tu rasa eeee brand ni macam brand cap a _ _ m. Kalau nak amik tepon brand lain kena tambah duit kata mr. edy. So tak payah. Beli je yang ngam-ngam dengan rebet dua ratus tu...

Saya sekarang berada di kompleks D, Putrajaya

Mengamalkan gaya hidup sihat... Pepagi buat exersize. Jalan kaki 15min. hehehe.. Nak pi cucuk duit actually.

*tak berapa nak batik hari ni..

 Putrajaya view.

Sekarang tengah berlangsung hari kraft di Dataran Putrajaya. From 23 - 27 Mei.

Demmm ahh sampai kat Anjung, cucuk card bank, tengok duit ada 20hinggit jer.. Apsal gaji tak masuk lagi. Bukan hari ni orang gomen gaji ker?

So patah balik ke opis dengan perasaan hampa. 15min lagi jalan kaki. Tak pe amalkan berjalan seribu langkah sehari..


22 May 2013

Majlis menyambut menteri baru

Hooyyey dulu semalam warga KDN menyambut menteri baru. Dulu semalam?? Punya lambat nak update. Dah basi. Kat TV dan dan malam tu dah keluar berita kan..


Opis ku yang tercinta. Kementerian Dalam Negeri. Sayang kamooo... Sayang ke? Ayat propa padahal setiap hari cakap malasnya nak gi keje. Antara bangunan kerajaan yang susah nak parking KDN ni.


Istimewanya Kementerian dalam negeri berbanding kementerian-kementerian yang lain ialah kami banyak pegawai beruniform. Polis, JPAM, RELA, Imigresen, UPP, what else?? Cari sendiri la coz i pun macam lupa... hahaha..

Cer teka siapa menteri baru kami. Cer cari yang mana satu dia.

Yeayy menteri baru lalu tepi saya!!!. YB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

So humble menteri baru saya. Pergi ke setiap kakitangan yang penat beratur tunggu beliau dari pukul 9 pagi. 10 lebih baru nak sampai. heheh..

Pastu salam-salam dengan sebahagian kakitangan KDN sambil cakap boleh ke nak salam ke? Aku jawab maaf dato' seri tak boleh, haram. Okeh tipu. Nak mati cakap macam tu. Serius aku tak salam

Kemudian ada terdengar suara-suara orang kata putihnya dato' zahid hamidi. Mukanya bersih dan tenang. Tanda-tanda orang beriman. (ayat bodek tu...)

Haa... first impression tu.... Terus rasa macam nak jatuh cinta dengan menteri baru. puii...


Terus daku bersama-sama orang lain membontoti menteri baru untuk naik bersama-sama ke opisnya.. Eh tak ada makna.. Pas jumpa terus aku naik ke opis. Penat weh tunggu orang besar besar nih...

Esoknya ada majlis melambai tangan dengan dato' seri hishamuddin yang nak berangkat ke Kem. Pertahanan. Tapi aku tak join. So gambar majlis lambaian kasih tangan dengan dato' hishamuddin tak ada yea...

Mintak free sample

Snap dalam majalah Pa&Ma untuk nak dapat sample susu Karihome. 
Menakutkan sungguh nama susu....

Walaupun aku seorang ibu mithali tapi aku tak minat nak beli majalah Pa&Ma. Tak tahu kenapa. Selalu aku tumpang baca orang punya. Ekekeke... Tak pun pi je library KDN tu. Kat library Kdn tu semua ada. Novel pun ada..

Tapi for this sample maybe aku tak nak mintak kot. Malas nak mintak sample yang kena sms-sms ni. Kalau online ok la...

Sejak dua menjak mood mintak-mintak free sample ni semacam bermaharajalela dalam diri. Aishhh terasa macam pengemis.... Tunggu 5-6 minggu lagi insyaallah sampai la semua sample yang i mintak.


21 May 2013

Term-term dalam mengukur baju

Since aku sibuk menjual baju terpakai, buat cari duit tambahan maa... Setiap kali nak jual baju kena letak ukuran baju. Senang untuk pembeli nak tahu baju tu match tak dengan tubuh diorang.

Kebanyakannya baju yang aku jual, tailor aku yang jahit. Aku jarang beli baju dah siap. Tak fit dengan badan. So baju aku tak ada istilah size S, M, L.. Semua ukuran actual badan aku.

Bila bab mengukur baju aku ukur ikut fahaman sendiri jer. Tulis pun guna ayat BM. Pernah ada customer yang nak beli tu mat saleh so diorang speakang london. Blur sekejap i. Aku reti speaking malay aje. Bahasa jiwa bangsa katakan... Term-term omputih ni mana reti. Tetiba ko tanya berapa bust, hip berapa.. tak dapek den nak jawab. Tapi kena jawab jugak. So pergi tanya pakcik google translate sekejap. Zaman sekarang kebanyakan tok guru/cikgu kita adalah google kan...

So untuk yang nak jual prelove item dan tak reti nak buat ukuran, kat sini aku nak share term-term in english macam mana nak mengambil ukuran baju...


Bust
Mengukur seputar tulang belikat, di bawah ketiak dan pada bagian dada.

Waist
Ukuran pinggang.

Hip
Ukur bahagian pinggang anda yang terlebar. Biasanya sekitar 7-9 inci di bawah pingang.

Shoulder
Ukuran bahu mulai dari bahu kiri sampai bahu kanan.

Sleeves
Ukuran dari bahu sampai lengan.

Length
Ukuran panjang dari kerah leher sampai bawah.



Kredit : Here
 Tak tahu nak jual baju kat mana boleh baca SINI



Beg Jeans Ada Nama & Reversible Beg



Beg ni my opis mate yang order. Nak ada poket kat depan, ada nama, ada zip kat bahagian belakang. Amboi walau pun berpangkat makcik tapi jiwa muda okeh. Beg nak buat marhaban katanya.

First time aku jahit beg letak nama. Comment plz...


Beg ni aku wat masa tak ada order. Sayang owh dengan kain-kain perca jeans yang ada tu. So aku cantum-cantumkan gitu. 

Go green Go....
Beg boleh diterbalikkan macam contoh kat bawah ni. Ikut suka korang nak jadikan beg jeans atau beg cotton.. Tapi talinya fully jeans.

Limited edition nih!. Dah sold pun ke makcik marhaban tadi. hehehe...

Sekarang order tengah bersusun. Pada yang dah order slow-slow aku buat eh. Sori lambat. Aku wat weekend jer. Weekdays keje. Tak larat nak jahit memalam macam dulu. Letih bebenor rasa ...

Bagi yang sanggup tunggu boleh email edyeda@gmail.com untuk order atau pertanyaan.