Dah lama tak cerita pasal survey online. Hari ni nak show kat korang berapa RM yang aku dapat sepanjang tahun ni. Untuk menaikkan semangat korang menjawab survey lagi :)
Aku alway kata yang aku hanya akan redeem bila time hari raya dan hujung tahun sahaja kan. Tapi kali ni tak. Kali ni aku redeem sebanyak tiga kali secara berperingkat. Which is satu awal tahun hari tu, kemudian masa raya dan yang ketiga semalam.
Alhamdulillah rezeki jawab survey tahun ni banyak skit berbanding tahun-tahun sebelum ni. Dapatlah nak redeem banyak-banyak kali. Sekali redeem dapat seratus dua tiga +++...
Feb - May 2019.
May - Ogos 2019
Yang aku bulat-bulat kan tu lah yang aku dapat. Asal online survey company bagi dalam bentuk USD atau SGD ke akaun paypal kita. Bila transfer ke akaun bank baru akan diconvertkan ke duit malaysia.
Nampak kan aku redeem bulan dua RM 141.45, bulan May (masa nak dekat-dekat raya) RM 311.05 dan semalam RM 224.73. Total selama 7 bulan ni sebanyak RM 677.23. Syukur sapa nak bagikan.
Semua ini hasil dari jawab survey dari YOUGOV, TOLUNA & IPANEL. Tiga survey ni yang paling banyak aku jawab. Lain-lain ada jugak sampingan dari LIFEPOINTS, GLOVISS dan MOBROG.
Kalau korang nak kenalah rajin jawab setiap survey yang diorang hantar kat email yang korang daftar tu. Nak join klik link setiap survey yang aku tulis kat atas tu ok...
3 comments:
Salam kak. saya nak tanya untuk survey site tu akak guna website global atau malaysia. contoh kalau toluna, toluna my atau toluna us. kalau yougov pulak yougov malaysia atau yougov global ? sebab baru nak berjinak dalam survey site ni. sebab saya try swaybucks susah betul nak qualify buat survey.
Salam kak. saya nak tanya untuk survey site tu akak guna website global atau malaysia. contoh kalau toluna, toluna my atau toluna us. kalau yougov pulak yougov malaysia atau yougov global ? sebab baru nak berjinak dalam survey site ni. sebab saya try swaybucks susah betul nak qualify buat survey.
mohd faisal ye dia ada certain survey kena web malaysia (my). atau boleh klik jer kat perkataan berwarna yang akak tulis kat atas tu.
Post a Comment