Baju Uniform Mengandung


Ok, kandungan dah sedia memasuki usia 29 weeks. Tapi hakikat sebenarnya dah 30 weeks. Baju kurung pun banyak yang dah tak muat, cukup untuk seminggu pergi kerja je.


Jadi wajiblah pakai baju uniform. Tapi masalah aku baju mengandung yang aku jumpa semua tak menarik perhatian. Kalau beli pun rasa macam tak kan pakai. Membazir je...


Masa first baby dulu baju mengandung aku banyak yang lengan pendek, bila dah pindah Bahagian ni macam segan pulak nak pakai baju lengan pendek. Sebab opis ni nampak alim semacam.


Lagi satu dulu suka beli baju brand Modernmum tapi tahu-tahu la jenama modernmum ni kalau tak ada discount mahalnya melampau2. Since anak dah nak masuk dua kena berjimat cermat. Kalau tak boleh botak kepala aku.


Kalau kat JJ pulak baju mengandung yang ada semua jenama Scarlet je yang aku perasan. Aku dah penah beli dulu. Memang jenama ni tak berapa nak boleh masuk dalam body aku.


Lagi satu jenama yang aku perasan, jenama V-mum tapi pakaian-pakaiannya banyak yang seksi meksi kena pakai inner, tak sesuai sangat dengan opis kerajaan nih.


Jadi dimana ada jual baju mengandung yang best2 hah? Online tak mahu....


Semakin hari semakin sayang


Last Friday ada meeting tergempar pukul 4.20pm. 4.30 time aku balik keje, memang tak patut betul diorang nih. Pukul 5pm baru meeting selesai. Rugi setengah jam masa aku dengan sofea.


Dalam meeting membincangkan Isnin, Selasa dan Kamis depan semua staff wajib OT sampai pukul 6.30 petang. Bukan tiap-tiap hari la tapi pilih salah satu diantara 3 hari tu. Reasonnya nak kemas bilik stor. Kalau hari kerja mesti ada yang tak dapat buat sebab ada tuntutan keje lain.


Masa dengar tu memang jantung aku dah luluh, aku memang sejak sofea lahir tak pernah OT sekali pun. Kalau paling lewat balik pun dalam pukul 5 petang. Itu pun kalau terdesak benar macam semalam. Reasonnya aku makin lama makin sayang, makin tak boleh nak berenggang dengan sofea.




Kalau dulu aku MC sakit aku hantar jugak sofea ke nursery separuh hari. Ini kalau sakit pun aku rela jaga sofea daripada berehat. Inikan diorang sesaja suruh aku OT dengan tujuan nak kemas bilik stor. Aduhai macam la aku ni kerja tukang sapu.


Tapi reason paling utama kalau aku OT sampai pukul 6.30ptg bila masa aku nak sampai rumah amik anak kesayangan aku ni. Nursery tutup pun pukul 6.30 ptg.


Pihak atasan kalau nak suh orang OT pikir-pikir keadaan ibu-ibu muda macam aku ni. Tahulah diorang tak kawin lagi dan kalau yang dah kawin tu semua tu ada mak ayah yang boleh tolong jagakan anak diorang. Macam aku yang yatim piatu ni macamana pulak?


Nasi goreng simple mimple


Hari Sabtu adalah hari yang wajib masak sebab seharian ada dirumah. Kalau tak masak kebulurla jawabnya. Kalau hari kerja boleh jugak pergi foodcourt ke hapa. Tapi selalunya hari Sabtu mesti makanan dalam peti ais dah habis licin. Akibat malas nak pergi pasar jadi makanan yang paling senang di masak selain mengenyangkan adalah Nasi Goreng.


Hanya perlu ada bawang putih 4 ulas, bawang merah setengah biji besar, sedikit belacan dan ikan bilis yang ditumbuk sekaligus dalam lesong batu. 1 sudu cili kering yang di blender. 1 biji telur. Last off course nasi putih.




Panas kan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk. Selepas itu masukkan pula cili kacau dan masukkan telur. Selepas itu gaulkan nasi putih dengan bahan yang di tumis dan bubuh garam serta sedikit sos tiram. Done untuk nasi goreng simple mimple. Sangat sesuai bagi yang kehabisan makanan dalam peti ais.


Semua pun tahu cara masak nasi goreng ni kan, tapi untuk nasi goreng yang sedap beras yang digunakan juga memainkan peranan yang penting. Kalau tidak hasilnya pasti nasi goreng yang dimasak kadang kala lembik, kesat dan sebagainya.



Sila try menu ni yang mana aku telah mendapat pujian dari abang ipar. SEDAP! Yes!!! Gambar tak cantik bukan bermakna tak sedap.

Saja-saja daftar di Heartbeat

Sekarang ni sana sini orang kata pasal Heartbeart
Jadi hari ini dengan rasmi aku pun dah ada akaun heartbeat ni. 
Maybe orang lain buat lebih pada nak dapat duit sampingan
tapi aku daftar sebab nak nampak blog ni nampak berseri dengan iklan.




Cantik kan kotak kat tengah-tengah tu.

Kalau nak daftar pergi lawat ke laman web INI


Tebal 10 inci muka aku kena makeup malam ni


Alkisahnya aku ni memang suka meminta tolong kat suami sendiri @ malas nak bergerak @ suka nak bermanja-manja la konon.

Pendek citer sekarang ni abang ipar aku tinggal seketika bersama aku dan suami. Dengan keadaan rumah yang tak sebesar mana, bila dua adik beradik ni duduk di dapur, aku pun dudukla kat ruang tamu sambil minum air soya dengan niat nak anak kedua ni pun putih macam sofea.

Bila seorang keluar ke depan, terus aku ingat suami sendiri dan dengan pantas terus hulur cawan kosong dengan harapan nak suh pi letak kat dapur. Dua beradik ni muka badan memang lebih kurang sama jer. Aku yang rabun ditambah tak pakai spek aku tengok suami aku berlalu pergi sambil sengih-sengih.

Owh sombong sungguh suami aku tak nak tolong bini dia yang tengah sarat ngandung ni ye. Bila di amati dekat-dekat baru aku perasan itu abg ipar aku ler.

Weh malu giler beb, tebal berpuluh-puluh inci muka ni ha..Sib baik aku cuma duk hulur cawan kosong, kalau aku duk hulur tangan mintak peluk ke apa mahu dikatakan buang tebiat.

25 Random Things About Me


Aku di tag oleh ZYASH pasal 25 Random Things About Me.

Tapi rasanya lebih kurang dengan tag yang di tag oleh MOMMY PINKY melalui entry INI.

Cuma perlu tambah 2 Random Things About Me lagi.

24. Saya anak jati KL.
25. Bakal melahirkan baby ke-2 sekitar bulan Mei 2011.

By the way thank ZYASH coz tag me.

Bukit Gambang Resort City here i come


Pernah melawat Bukit Gambang Resort City
Last week aku sekeluarga berfamily day di sana.
Banyak aktiviti outdoor selain taman tema air. 
Jadi tak berapa sesuai untuk ibu mengandung.




Ini resort tempat kami sekeluarga menginap.
Kalau berminat boleh layari laman web INI dan INI
untuk maklumat lanjut.

-------------------------------------------------------------------

Pemergian kami ke Bukit Gambang Resort City on 11 February 2011.
















Aksi dibawah ni menyebabkan kitaorang dapat masuk skrin TV kat sana.
Kalau korang pergi cuba tengok ada tak gambar kitaorang. 
Mana tahu masih dipaparkan lagi sebab cameraman kata Sofea so cute.



------------------------------------------------------------------
Pitcha2 di resort...







Mainan yang patut di alihkan ke tempat lain.
Ada ke patut letak di depan coffe house.













okey..
13 February 2011- masa untuk pulang.



Dah 6 bulan tinggal 3 bulan lagi


Aku rasa figure aku masih maintain lagi. 
Kalau jalan tak nampak mcm pregnant. 
Baju-baju kurung pun masih banyak yang muat lagi. 
Sekali amik gambar body.  
Tengok....




Dah gemuks.
Tak sangka dah 26 minggu.

First time sambut CNY


Lama dah tak menaip...almost seminggu, still bizi dengan rumah baru.



Act. mak aku mualaf cina masuk islam, tapi aku sekalipun tak pernah sambut raya cina. Kenapa? Sebab mak aku duk rumah anak yatim, family yang cina-cina sepatah haram pun tak kenal. Jadi lebih baik aku sambut Hari Raya Puasa & Hari Raya Haji je.


Tapi tahun ini aku rasa macam nak sambut CNY je, mungkin sebab mak dah tak ada. Jadi boleh la sambut dengan makan-makan bersama family dan kawan-kawan. Kalau sambut masa mak ada mesti mak sedih, kecik hati teringat family dia yang tinggalkan dia kat umah anak yatim.


Malam rabu hari tu aku sefamily bersama kawan husband, tak ada kawan aku. Kitaorang ke Shah Alam untuk makan besar. Nama tempat kami makan besau tu aku tak ingat tapi seingat aku belakang Plaza Alam Central. Dah lama tak pegi Shah Alam sejak grad tahun 2009 dulu. Shah Alam lengang ramai balik kg. kot.




Besaunya makanan kitaorang dengarnya harga hampir mencecah lima ratus untuk lapan orang makan. Ok ke? Memang tak ok.. Makanan tak berapa sedap dan kalau dengan RM 500 tu dah boleh dapat manual washing machine. Almaklum aku baru pindah rumah baru, washing machine tak dak. Tapi sebab ada orang murah hati belanja, kitaorang sebat je la.








Tengok perut aku dah buncit sebab makan banyak sangat. Seronok jugak rasanya sekali sekala sambut tahun baru cina. Sayang my mom dah past away almost 10 years ago. Kalau tak boleh ajak sambut sama-sama.


Sebenarnya aku bukan tak nak sambut dari dulu tuk jaga hati mak aku, mak aku bukan jenis orang yang berkecik hati. Tapi sebab utama aku tak pernah sambut CNY kerana tengokla rate sekali makan boleh guna sebulan belanja dapur tu.

Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY