Showing posts with label Pregnant. Show all posts
Showing posts with label Pregnant. Show all posts

18 July 2014

Gambar di usia kandungan 6 bulan

Aku takut takut jugak nak letak gambar pregnant ni. Kat facebook hari tu kecoh ada satu pages yang share gambar gambar perempuan mengandung dengan komen komen lucah dari followers diorang. Seram banyak gambar maternity photoshoot pun diorang komen lucah-lucah. Tapi tetap jugak nak masukkan gambar dalam ni hah... hee...


Masa enam bulan. Dekat sebulan lepas. Next week dah nak masuk tujuh bulan. Tak lama lagi nak bersalin. Seram... Nampak sarat tak?. Actually pregnant kali ni berat jauh lebih ringan dari yang terdahulu. Dulu 25++ weeks dah 60kg keatas. Ni dah nak tujuh bulan pun belum cecah 60 kg lagi. Rabu hari tu timbang 58.6kg. Gambar je nampak cam besar. Tapi ramai yang kata kecik.

Ramai yang tanya jantina apa? Aku tak scan lagi. Patutnya mmg kena scan lagi sekali sebab due scan ngan kiraan doktor tak sama.

07 March 2014

Tanda-tanda mengandung

Aku tahu aku mengandung masa kandungan minggu ke-7. Doktor yang kira weeks tu. Aku bagitau doktor aku pregnant awal-awal sebab takut doktor terbagi ubat yang boleh membahayakan kandungan. My friend pernah keguguran sebab makan ubat sakit perut katanya.

Actually aku tahu pregnant by pregnancy test dip n tell. Motip nak bagitau jenama pregnancy test tu... Sebab yang ni yang termurah. Diyakini sejak anak pertama. :). Idaklah aku beria nak beli pregnancy test yang tulis "pregnant 3 month" tuh. Anak ketiga ni tak de excited mana nak check pun. Eh pregnancy test baru tu kalau kita baru 6/7weeks, dia tulis camna eh. Rounded ke 2 month ke. Ke tulis "six week" gitu. Penasaran pulak nak tahu...

Actually sebelum dapat tahu mengandung tu aku dah rasa macam mengandung. Tapi sebabkan kita laki bini dalam sebulan dua lepas aktiviti persenggamaan *ayat tak ingat* kurang, jadinya macam tak mungkin lah nak mengandung. Memang setiap perempuan yang mengandung boleh rasa kan diri dia mengandung.

Macam contoh dua period yang terakhir tu aku dah rasa lain macam sangat. Selalu my period hari pertama tu taklah banyak. Kalau banyak pun tak delah sampai kena tukar pad. Ini hari pertama period tak sampai setengah hari pad dah full. Padat sepadatnya darah dalam pad tu. Senang cakap dah macam darah orang beranak. Masa tu cakap dengan opismate rasa macam keguguran . Opis mate suruh check kat klinik tapi aku biasalah kalau dah keguguran buat pe lah nak check kan. Buat sakit hari jer.. Eh sakit hati pun cuma terkilan sikitla kalau keguguran. 

Antara tanda-tanda lain yang aku dah agak aku mengandung tu biasalah period lewat dua minggu. But sebelum tu dua bulan period yang terakhir tu memang period aku tonggang langkang. Cepat dua minggu lah. Pastu cepat lagi seminggu. Pendek kata period dua bulan terakhir sebelum period tak datang tu keadaan period sangat tak stabil. Terawal tarikh, terbanyak keluar darah ikut suka hati dia jer..

Kemudian yang paling tak tahan sekali aku jadi kuat makan. Bukan sikit-sikit tau. Baru sejam dua makan dah lapar. Kalau kat opis tak yah cakaplah pagi makan nasi lemak pun tak mampu nak tahan perut untuk lunch. Kalau breakfast kena makan nasi/bihun/mee pastu kena topup dengan kuih pulak. Punyalah buruk lantak. Tengahari kalau dah lunch dalam pukul tiga gitu dah lapar-lapar. Pedih-pedih perut nak tunggu balik rumah. Teruk sangat ni.. Sebelum ni tak delah gitu. Mengandung sebelum ni pun tak pernah macam ni. Ni tengah menaip ni aku ngap pulak roti padahal baru makan tengahari... huhuhu...

Paling tak boleh blah sebelum dapat tahun mengandung tu ramai yang sebenarnya nak tegur perut dah buncit. Belum dua bulan lagi masa tu. Now dah nak masuk 9weeks tapi rasa macam dah empat bulan. Memang buncit perut aku. Bayangkan kain baju kurung ketat semacam. Yang baju kurung jenis kurung moden tu memang aku dah tak leh pakai dah. Tak bernafas akak. Senak perut.

Yang aku dapat MC dua hari pastu terus balik kampung tu sebab aku gastrik. Dua minggu aku sakit perut. Senak sampai sakit ke hulu hati. Doktor kata tak boleh tak makan, jangan makan lewat. Aku kata yang aku makan tak pernah skip, berlebih-lebih lagi ada. Doktor kata kalau rasa lapar terus makan. Jangan biar perut kosong lelama. Tak leh makan makanan yang berangin. Teh, mee semua..

Aku rasa tahap kelaparan aku ni melampaui batas. Kalau dulu dua bulan ok lagi. Aku syak aku mengandung kembar. kihkihkih... Sekarang bila orang tegur je aku kuat makan aku jawab kembar dalam perut yang nak makan. Mana tahu masin mulut....


02 May 2011

Blog ini bukan Blog Mamaaizara

Rasanya blog ini dah tak sesuai lagi dinamakan blog mamaaizara.


Coz why????....

coz now aku sudah pun mempunyai dua cahayamata. Blog ini tak kan lah nak cerita pasal aizara nur sofea aje. Mesti nak cerita pasal adik dia jugak kan.


Alhamdulillah, last week aku dah selamat deliver 2nd baby. Seminggu ++ awal dari tarikh jangkaan.


Dan right now masih lagi dalam usaha memikirkan nama apa yang sesuai untuk blog ni (langsung tak ada idea tuk nama baru).


Sibuk dan sangat teruja menguruskan my second baby dan ditambah pulak charger netbook dah tertinggal di Selangor. Limited lah nak update. Ni pun hanya tinggal sisa-sisa baki bateri yang ada.


Sekarang aku ada di Kelantan. Berpantang di rumah mak mertua dalam seminggu dua.






Ini my second baby. Baby boy.

Nama : blom didaftarkan
Berat : 3.07kg
Tarikh Lahir : 27/04/2011
Masa dilahirkan : 9.54 am
Tempat Lahir Hospital Serdang




* Banyak yang nak ditulis mengenai pengalaman sebelum bersalin, semasa nak bersalin dan selepas bersalin.

10 April 2011

My Due Date (EDD)

Kalau nak check EDD@due date bersalin korang boleh check je kat SINI. Tapi yang penting kenalah ingat tarikh pertama last period korang.


Entri ni just nak bagitau (ada ke yg nk tau) korang dan  Kak Eza due date aku dalam kad merah adalah 14 Mei 2011, kalau ikut mesin scan 08 Mei dan kalau mengikut perkiraan sebenar tarikh period 07 Mei. Oit banyak betul tarikhnya kan.


Kenapa berbeza-beza?



Sebab aku tak mahu ditahan dalam wad macam masa first baby. Pastu bila duk spital, sikit-sikit tepon husband nangis tak sanggup duk sorang-sorang dalam wad. Buat abis kredit je. Sebab aku ni pengidap kencing manis jadi bila tarikh due dah sampai tapi masih tak beranak-ranak lagi wajiblah aku pergi menyerah diri di hospital mengikut tarikh EDD yang tertera di kad merah tuh.


Dulu first baby due date aku 08 Oct 2009 tapi aku deliver 10 Oct 2009. Sib baik aku sempat bersalin sebelum diorang inducekan aku.  Orang kata sakit giler induce ni. Mana tak sakit, dipaksa bersalin sebelum waktunya. Tapi sakit ke tak aku mana tahu sebab aku xpernah kena.


2nd baby aku dah pandai skit, aku bagitau doktor tarikh first peroid yang akhir seminggu lewat. Jadi sepatutnya due date yang betul-betul 07 Mei tu dah jadi 14 Mei. Nanti takdelah aku terhegeh-hegeh pergi hospital kalau masih tak bersalin lagi. Takkan lah dalam seminggu tu aku tak beranak-ranak lagi kan??


Settle masalah tahan menahan di wad. kih kih kih.


Tapi aku ada satu masalah lagi, aku tak tahu nak bersalin hospital kerajaan ke swasta. Kalau kerajaan jauh tu nak pi hospital serdang...

04 April 2011

Manusia memang pelik

Awal bulan kerja penuh menanti, hujung bulan kerja mula terhenti....

Bila tak de kerja mula kata bosan, bila ada kerja malas nak buat....

Tak sabar nak tunggu duk rumah tiga bulan oiii..

Sure aku akan kurus, jaga anak, nyusukan anak...

Sekarang 62 kg..

10 March 2011

Cabaran Hari Ke-2 : Berhenti hisap darah


Misi menghentikan sofea dari menyusu badan diteruskan untuk hari kedua. Selepas melalui malam pertama yang sukar, petang semalam macam biasa pas amik sofea kat nursery, bila sampai rumah sofea terus mintak te te te tetek tetek. Even dalam kereta pun dah mintak.


Sepantas kilat aku ke dapur letak garam kat puting. Memang agak berkesan la letak garam ni. Walaupun kebanyakan orang suka letak sirap tapi aku lebih prefer garam dari sirap. Tak sanggup wei nak biar puting jadi warna merah. Bila sofea tengok puting dah dipenuhi garam terus sofea tak jadi nak masukkan dalam mulut. Seakan serik agaknya teringat semalam kena makan garam. 


Kesian dengan keadaan tu aku buatkan susu botol dan ajak sofea main-main kat laman. Biar dia lupa tetek seketika. Kemudian aku masak, bagi sofea makan dan terakhir masa untuk tido dah makin hampir.


Cabaran lagi ni. Kalau sebelum ni hisap susu badan memang senangla nak tidokan sofea. Tapi kali ni tanpa tetek, buaian memang sukar la nak suruh sofea tido.


Mula-mula aku kena tutup lampu, pastikan sofea betul-betul penat dan mengantuk. Macam hari sebelumnya, sofea masih lagi meracau-racau, bercakap-cakap sambil mata tertutup. Sofea memang tak puas dengan susu formula. Bila aku suakan puting botol sofea campak sambil nangis. Aduh...memang sengsara.


Sebenarnya kalau sofea sendiri nak menyusu badan, aku pun sama rindu sangat nak menyusukan dia, rasa macam nak sua-suakan susu badan je time dia mintak tapi apa boleh buat, aku kena cekalkan hati, baby dalam kandungan pun kena diutamakan jugak. Malam tadi ntah pukul berapa baru sofea tido selepas keletihan menangis, aku tak sedar sebab aku sendiri dah belayar dahulu sebelum sofea tido.

09 March 2011

Sofea hisap darah?


Setiap hari lepas balik kerja, hari cuti, waktu malam, waktu nak tido, dalam kereta sofea asyik mintak nak hisap nenen je. Aku memanglah suka sebab sape tak nak anak jadi cerdik kan? Orang kata elok baby menyusu badan sampai dua tahun. Anak lebih cerdik berbanding yang minum susu formula walaupun sofea bukan fully breastfeed tapi okla dari orang lain yang langsung tak dapat nak menyusukan anak mereka.


Disebabkan aku dah pregnant almost lapan bulan dah, ramai yang bagi nasihat-nasihat, pesan-pesanan supaya stopkan sofea dari menyusu badan. Aku memang bertekad nak berhentikan sofea susu badan tapi selalu tak menjadi. Kesian tengok sofea melalak tak dapat susu badan. Jadi niat hanya tinggal niat.


Tapi malam tadi aku nekad wei tak bagi sofea susu badan dan yes aku berjaya. Tapi disebalik kejayaan semalam memang ada sedikit kesedihan. Masa sofea nak menyusu je aku bubuh garam. Aku tengok sofea jelir-jelir lidah dan terus keluarkan puting dari mulut. Then aku bagi dia minum air putih. Mesti dia rasa masin semacam. Aku tau la rasanya tak boleh blah sebab doktor pun suruh aku makan garam secubit sebab kurang darah.


Bila dah tutup lampu untuk tido, aku pun kasi sofea susu botol, tapi sofea tolak. Tak mahu. Masa tu sofea dah mula meracau-racau. Walaupun mata dah terpejam tapi mulut merengek-rengek, merepek-repek cakap sambil nangis. Tapi untuk mintak susu badan memang dia tak mintak. Mungkin sebab penangan garam tadi. Aku tepuk-tepuk, urut-urut badan kasi tido pun tak jalan. Sedih rasa. Kalau iman tak kuat memang semalam hampir nak suakan dah nenen kat sofea. Tapi alhamdullillah berjaya jugak sampai ke pagi. Cuma yang paling tak tahan lepas ni tiap malam wajib kena bangun buat susulah nampak gayanya.


Aku nekad stopkan sofea susu badan semalam ni bukan apa tapi selepas husband cerita dia ada berbual-bual dengan makcik kat opis dia pasal sofea still menyusu badan sampai sekarang. Then makcik-makcik itu cakap yang aku bagi selama ini bukan susu tapi darah. Susu dah tak ada. Memang aku akui kalau aku picit puting yang keluar cuma air. Tak ada lagi susu sejak kandungan masuk 4 bulan hari tu. Walaupun ramai ibu muda yang nasihatkan aku teruskan penyusuan atas sofea, rasanya aku patut stopkan sebab susu pun macam dah tak ada. Aku tengok sofea menyusu pun lebih pada lepas gian jer.


Pagi ni pulak bila aku bangun dari tido aku rasa badan semacam, rasa lebih bertenaga, lebih segar. Mungkinkah sebab aku tak lagi menyusukan sofea, jadi badan lebih fresh? Dan betulkah selama ini sofea hisap darah bukan susu? Patutla sekarang ni aku di suspek kurang darah. Eeee ngerinya dengar....

06 March 2011

Kencing kotor berkait dengan sakit pinggang eh


Alkisah minggu lepas aku rasa tak bermaya sangat nak pergi kerja. Pergi klinik swasta dengan harapan boleh dapat MC lama-lama tapi dibaginya sehari je. Tak serius kata doktor. Tapi aku rasa aku ni dah tahap kronik dah. Nak bangun, nak masak pun tak larat. Sakit kepala dan pinggang yang amat sangat.


Doktor tu boleh bagi ubat tahan sakit je. Aku pun sombong buat-buat malas nak makan. Sudahnya hampir empat hari tahan kesakitan. Pastu hari jumaat hari tu, aku kan kena jumpa doktor di Klinik Kesihatan Puchong pasal nak scan baby, aku pun tanya la doktor tu apsal aku sekarang selalu nau sakit pinggang. Doktor tanya aku kencing ok ke? Ada masalah tak nak buang air? Aku jawab ok.


Lepas scan tu doktor suruh aku pergi buat ujian air kencing. Menyesal tanya kat doktor. Aku bab kencing kat klinik ni la yang paling malas. Sebab tandas kat klinik ni tandas duduk. Aku paling tak suka kencing guna tandas duduk. Geli kena kongsi duduk dengan orang lain. Tapi demi kesihatan terpaksala dan nasib baik jugak aku buat ujian air kencing tu......


Bila dah dapat ujian analisa air kencing aku pi dapatkan doktor tadi untuk tunjuk resultnya. Doktor cakap saya dah agak dah. Awak ni kencing kotor sebab tu selalu sakit pinggang. Takpe nanti saya bagi ubat antibiotik. Wanita pregnant yang ada kencing manis ni kebarangkalian nak dapat kencing kotor ni sangat senang sebab bakteria senang merebak. Macam tu la ayat doktor tu. Aku pun tak ingat sangat.


Actually aku ingat air kencing aku ok sebab kat kertas tu tulis negative, negative, negative tapi ada 3 star. Star tu lah yang menunjukkan betapi kotornya kencing aku. Ntahla aku pun tak faham sangat dengan ujikaji ujikaji sains nih. Tambah doktor lagi walaupun awak kencing ok, tak de masalah tapi disebabkan kurang minum air itu yang dapat kencing kotor. Dalam hati aku aku dah minum sehari lebih 3 botol air putih dah.


Lepas amik ubat yang sebeban kat farmasi aku pun blah balik umah. Baru pukul 3.15 ptg tapi tak kuasa aku nak patah balik masuk opis.

04 March 2011

Maybe puteri lagi


Petang tadi kena pergi scan kat Klinik Kesihatan Puchong sebab nak tengok samaada baby ok ke tak because of penyakit kencing manis. Kemudian doktor bagi surat untuk di refer ke Hospital Serdang. Dalam tempoh sebulan kena pergi spital buat appointment kat sana untuk scan lagi tengok baby besar sangat ke tak, samaada boleh bersalin ikut tarikh jangkaan atau kena paksa bersalin awal.


Alhamdulillah masa scan doktor kata baby sangat ok dan aktif. Doktor tunjukkan jantung, kedudukan kaki, tangan dan kepala. Walaupun tak faham sangat bacaan kat skrin tapi i'm happy sangat-sangat. Sayang papa baby kerja kalau tak boleh sama-sama tengok keadaan baby kedua ni.


Bila dah scan free ni tergerak jugak hati nak tahu jantina baby dalam perut ni. Masa first pregnant dulu aku tak pernah scan untuk tahu jantina baby. Doktor kat hospital serdang yang gatai-gatai bagitau jantina. Tahu tak baby awak ni baby apa. Aku jawab tak tahu "Tuuu..pempuan katanya". Perasaan time tu memang frust sebab aku harap anak first biarlah lelaki tapi dah itu rezeki aku terima aje.


Tadi aku plak yang gatai-gatai tanya doktor jantina apa baby dalam perut ni. Doktor jawab tak berapa pasti, nanti saya scan bagi clear. Dan jawapan doktor : Maybe perempuan, sebab tak nampak pun anunya. Tapi tak jelas sebab keadaan baby agak terkepit. Tak semestinya perempuan tambah doktor.


Masa kat Hospital Serdang dulu aku memang nampak jelas jantinanya perempuan tapi yang ini aku sendiri pun tak pasti sama macam yang doktor tengok. Walau cammana pun hati ini dapat rasakan peluang untuk dapat baby boy agak tipis. Nampak gayanya kena usaha lagi la ni. Niat hati nak berehat panjang lepas bersalin anak kedua tak dapatla....

27 February 2011

Baju Uniform Mengandung


Ok, kandungan dah sedia memasuki usia 29 weeks. Tapi hakikat sebenarnya dah 30 weeks. Baju kurung pun banyak yang dah tak muat, cukup untuk seminggu pergi kerja je.


Jadi wajiblah pakai baju uniform. Tapi masalah aku baju mengandung yang aku jumpa semua tak menarik perhatian. Kalau beli pun rasa macam tak kan pakai. Membazir je...


Masa first baby dulu baju mengandung aku banyak yang lengan pendek, bila dah pindah Bahagian ni macam segan pulak nak pakai baju lengan pendek. Sebab opis ni nampak alim semacam.


Lagi satu dulu suka beli baju brand Modernmum tapi tahu-tahu la jenama modernmum ni kalau tak ada discount mahalnya melampau2. Since anak dah nak masuk dua kena berjimat cermat. Kalau tak boleh botak kepala aku.


Kalau kat JJ pulak baju mengandung yang ada semua jenama Scarlet je yang aku perasan. Aku dah penah beli dulu. Memang jenama ni tak berapa nak boleh masuk dalam body aku.


Lagi satu jenama yang aku perasan, jenama V-mum tapi pakaian-pakaiannya banyak yang seksi meksi kena pakai inner, tak sesuai sangat dengan opis kerajaan nih.


Jadi dimana ada jual baju mengandung yang best2 hah? Online tak mahu....


06 February 2011

Dah 6 bulan tinggal 3 bulan lagi


Aku rasa figure aku masih maintain lagi. 
Kalau jalan tak nampak mcm pregnant. 
Baju-baju kurung pun masih banyak yang muat lagi. 
Sekali amik gambar body.  
Tengok....




Dah gemuks.
Tak sangka dah 26 minggu.

12 November 2010

First Time Check Up Perut

Ceramah tentang penyusuan ibu dan kebaikannya diikuti dengan pemakanan seimbang bagi ibu mengandung adalah perkara wajib bagi ibu-ibu yang pertama kali medaftar dan membuat kad mengandung di klinik desa Puchong ini.


Rutin check up yang biasa setiap kali datang ke klinik adalah mengambil air kencing, mengambil darah, mengambil tekanan darah, diikuti dengan berjumpa misi dan seterusnya doktor jika perlu. Kepekatan darah yang baik adalah 11 keatas, tahap sederhana 10 - 10.99 dan kritikal di bawah 10. Betul ke doktor?. Macam lupa pulak walhal baru dengar ceramah semalam dan untuk kali yang ke duanya. Semalam aku dapat 12.1. Ok la kan?


Itu story pagi semalam, aku first time pegi check up untuk my second baby. Tetiba rasa terlalu awal pulak pergi buat kad, ada aje yang dah 5/6 bulan baru buat kad mengandung. Sudahnya dari pukul 7.30 pagi hingga pukul 11.30 pagi baru berakhir semuanya. Keburukan buat kad awal adalah 24 Dis ni dah kena minum air gula sebab first baby aku mengidap kencing manis masa mengandung. Harap-harap baby kali ni tak de dapat kencing manis lagi, susah macam-macam hal kena buat. Dulu pun nyaris-nyaris tak dipaksa bersalin awal. Seperti biasa nanti aku nak buang separuh air gula tu. Hanya ibu-ibu yang baik je akan minum sampai abis. Aku idak la yea...


Letih sungguhla semalam....letih menunggu satu satu sesi selesai.  Nasib baik husband rajin nak temankan jadi tak lah bosan sangat. Masa anak pertama sekali pun tak pernah husband temankan. Terkulat-kulat aku tengok orang lain duk borak-borak ngan husband dia. Sebab company kali ni sporting so bolehla teman aku semalam. Tapi next check up dan seterusnya aku tak nak benarkan husband teman walaupun dia rela. Buat penat aje tunggu lama-lama. Kesian pulak aku tengok. Aku sorang-sorang pun boleh aje. Takde masalah. Lone ranger...


note : smlm masuk opis kul 1 ptg.