23 July 2011

Day 88 : First Time Hakeem Sakit/Demam


Kalau boleh di katakan demam....rasanya cuma panas badan.

Semalam Hakeem dah mula resah sebab selsema dan batuk. Hari ini ada sedikit panas badan. Normal kan bagi baby selalu selsema. Bagi Hakeem tidak. Ini first time dia selsema. Berjangkit dengan aku la tu. Ikutkan tak teruk mana, hanya sekali sekala air hingus keluar tapi batuk memang mengganggu tidur malam Hakeem. Rasanya tekak dia perit. Walaupun tak menangis mana tapi dari pandangan mata aku, dia memang sedikit menderita. Kesian anak mama. Sabar ye anak mama.



Tak Pergi klinik ke?
Tak perlu. Dua anak sudah mematangkan aku samaada patut pergi atau tidak. Kalau temperature tak tinggi tak payah bawak. Cuma husband yang cuak. Wajiblah dia cuak sebab sejak sofea kecil penjagaan anak-anak terletak di bahu aku sepenuhnya.



Jadi Apa Solution Aku?
My husband suggest bagi air putih. Kalau ikutkan kata doktor baby tak perlukan apa-apa air selain air susu ibu. Since dia menyusu badan sepenuhnya air putih memang tak perlu diberi. Tapi kalau ikutkan mak mertua dan orang tua-tua baby juga manusia seperti kita yang perlukan air untuk hidup. My husband pulak cakap aku suka dengar cakap orang. {Ada sesiapa boleh detailkan hal ini}. Ntah mana satu aku nak ikut. Malas nak dengar husband membebel aku ikut kata suami {taat konon}. Dan off course aku bagi ubat demam yang masih belum digunakan. Ubat yang dapat time cucuk 2 bulan hari tu. Urut-urut dada hakeem, letak sikit minyak Yuyi di hidung.



Bila aku comparekan Hakeem dan Sofea, totally different. Off coursela sebab sofea perempuan, hakeem lelaki kan. Sofea selalu selsema masa kecik-kecik tapi jarang berak. Hakeem tersangat jarang selsema tapi terlalu kerap berak.

1 comment:

nurbaiya said...

sedang berlangsung di sini: http://nurbaiya.blogspot.com/2011/08/aku-buat-giveaway-nihmai-la-join-ramai.html

 
Copyright by Aziazidah