07 August 2011

Juadah berbuka

Tahun ini ramadan rasanya tak semeriah ramadan sebelum-sebelum ni. Selalu pabila ketibaan ramadan mesti juadah berbuka hangat diperkata sepanjang hari. Jadi terasa suasana ramadan tu serba sedikit. Since dah jadi housewife sepenuh masa nampaknya tiada lagi nak borak-borak kosong di pejabat tentang juadah apa yang bakal dimasak apabila petang menjelma. Tiada lagi pemandangan indah penjual penjaja di sepanjang jalan sebelum pulang ke rumah. Ditambah lagi dengan internet yang dah kondem. Nak post kat FB pun tak boleh. Ditambah plus plus dengan anak  yang masih bayi. Mati kutu dibuatnya. Duk diam-diam kat rumah je lah.



Masa zaman hingusan dulu masa nak buka selalu cedok nasi dan lauk sampai penuh pinggan sebab nafsu lapar nak mampus mula bermaharajalela. Pastu takut kalau amik sikit-sikit orang lain kebas tak dapat makan pulak. Sekarang ni bila dah jadi mak orang berbuka hanya setakat makan tuk alas perut dah. Bak kata berhenti sebelum kenyang. Kengkadang berbuka dengan air je dulu then terus uruskan hal anak-anak. Diorang ni pun bukan main demand lagi, nak meragam mesti time orang tengah berbuka.



Menu berbuka tidak lagi mengidam nak ayam golek, ayam percik dan segala macam resepi ayam. Cukup dengan ayam goreng je {ayat orang yang berpantang menyusu, padahal...}. Kih kih kih. Lagi kata orang apa standart makan ikan bilis sambal dengan udang salut tepung. Menu bodoh tu. Menu orang malas. Memang tapi itu menu pembangkit selera kata my husband. Kalau aku masak ala kadar tu yang ditambah-tambah, kalau masak heavy-heavy mesti tak dimakan. Kalau bab kueh pulak tak ada lah nak makan puding caremel, tepung pelita cukup kueh buah melaka atau kueh sagu. Back to zaman kecik-kecik. Juadah ini yang mak selalu buat. Senang, cepat tapi sangat sedap.

2 comments:

nyanyisunyi said...

bila ingat puasa masa zaman kecik2 dulu best kan azi...tp masa yg lalu tinggal kenangan saja..

PUANSTOBERI said...

tingin gak nak terai sagu tu. tp nati tak abis plak. tp tgk la nati. da tgk resepi. cam sonang je. hihi

 
Copyright by Aziazidah