Showing posts with label Bulan Ramadan. Show all posts
Showing posts with label Bulan Ramadan. Show all posts

07 August 2011

Juadah berbuka

Tahun ini ramadan rasanya tak semeriah ramadan sebelum-sebelum ni. Selalu pabila ketibaan ramadan mesti juadah berbuka hangat diperkata sepanjang hari. Jadi terasa suasana ramadan tu serba sedikit. Since dah jadi housewife sepenuh masa nampaknya tiada lagi nak borak-borak kosong di pejabat tentang juadah apa yang bakal dimasak apabila petang menjelma. Tiada lagi pemandangan indah penjual penjaja di sepanjang jalan sebelum pulang ke rumah. Ditambah lagi dengan internet yang dah kondem. Nak post kat FB pun tak boleh. Ditambah plus plus dengan anak  yang masih bayi. Mati kutu dibuatnya. Duk diam-diam kat rumah je lah.



Masa zaman hingusan dulu masa nak buka selalu cedok nasi dan lauk sampai penuh pinggan sebab nafsu lapar nak mampus mula bermaharajalela. Pastu takut kalau amik sikit-sikit orang lain kebas tak dapat makan pulak. Sekarang ni bila dah jadi mak orang berbuka hanya setakat makan tuk alas perut dah. Bak kata berhenti sebelum kenyang. Kengkadang berbuka dengan air je dulu then terus uruskan hal anak-anak. Diorang ni pun bukan main demand lagi, nak meragam mesti time orang tengah berbuka.



Menu berbuka tidak lagi mengidam nak ayam golek, ayam percik dan segala macam resepi ayam. Cukup dengan ayam goreng je {ayat orang yang berpantang menyusu, padahal...}. Kih kih kih. Lagi kata orang apa standart makan ikan bilis sambal dengan udang salut tepung. Menu bodoh tu. Menu orang malas. Memang tapi itu menu pembangkit selera kata my husband. Kalau aku masak ala kadar tu yang ditambah-tambah, kalau masak heavy-heavy mesti tak dimakan. Kalau bab kueh pulak tak ada lah nak makan puding caremel, tepung pelita cukup kueh buah melaka atau kueh sagu. Back to zaman kecik-kecik. Juadah ini yang mak selalu buat. Senang, cepat tapi sangat sedap.

09 September 2010

Yeaaahh i puasa cukup tahun ni

Ramadan bakal melabuhkan tirainya kurang dari 5jam dari sekarang dan Syawal pula bakal mengambil tempat. Mari kita renungkan bagaimana agaknya amalan kita disepanjang bulan Ramadan yang mulia ini?? Adakah sempurna dan diterima. Harap-harap segala amalan kita diterima sepenuhnya oleh yang Maha Esa.


Nak recall pasal amalan terawih....

Bagi amalan terawih aku, yang aku rasakan paling sempurna adalah sewaktu tinggal diasrama selama lima tahun dulu. Tapi sekarang bila tidak lagi tinggal diasrama diikuti dengan adanya anak kecil susah betul untuk sembahyang berjemaah(alasan tu, sbnrnya malas). Tapi apa-apa pun Dia diatas sana yang berhak menilai semuanya.

Nak recall pasal amalan puasa....

Masa dulu-dulu puasa banyak yang tinggal samaada secara sengaja atau tidak. Secara sengaja tu banyaknya masa zaman kanak-kanak. Tak larat sikit aje tapi acting buat-buat tak larat tu melebih-lebih mak pun kasi buka puasa. Tapi tahun ini buat pertama kalinya aku berjaya menyempurnakan ibadah puasa genap 30 hari. Sebenarnya susah ooo bagi seorang perempuan yang sudah akal baligh nak puasa penuh. Ermmm..apa maknanya itu yea??


Apapun aku sangat bangga dengan diri aku sebab tahun 1431 hijrah adalah tahun yang pertama dalam hidup aku, aku berjaya puasa penuh.


Yeaahhh so i boleh raya tahun ni selama sebulan!!


p/s: raya nnti ada open house rumah dato' (bos husband), wajib pergi ni..

11 August 2010

Ramadan tahun lepas dan tahun ini.

Ramadan tahun lepas aku sedang mengandung.
Ramadan tahun ini aku dah ada anak. 

Ramadan tahun lepas aku berbuka sharp-sharp bila azan.
Ramadan tahun ini kena uruskan anak dulu baru boleh berbuka puasa.

Ramadan tahun lepas tak pernah berbuka puasa dengan buah kurma.
Ramadan tahun ini dah ajar diri berbuka puasa dengan buah kurma.

Ramadan tahun lepas aku masak semua lauk pauk sendiri.
Ramadan tahun ini aku masak lauk sebagai penambah makanan sedia ada.


p/s : Setiap yang berlaku mematangkan diri kita.

10 August 2010

Salam Ramadhan


Bulan Ramadan bakal menjelma, bulan dimana al-Quran diturunkan.
Selamat menyambut 1 ramadhan 1431 hijrah kawan-kawan.
Selamat berpuasa. Semoga puasa kali ini dapat dilaksanakan dengan sempurna.
Semoga kita dapat mengambil keberkatan bulan ramadan dengan memperbanyakkan lagi amalan yang sedia ada.

Selamat tinggal bulan Sya'ban.

Nota : Sahur apa pagi esok kawan-kawan?
Jom niat puasa sama-sama : Nawaitu saumasahri ramadona hazihi sanati lillahitaala.