19 December 2011

Poh Kong 35 years Anniversary | I'm 30


Aku tak tahu bila tarikh sebenar anniversary Poh Kong ni. Cuma staff Poh Kong (Peggy) kat Plaza Alam Central kata sempena Poh Kong 35 years Anniversary ni diorang ada buat promosi beli emas above RM 350 boleh buat spin untuk cabutan hadiah RM 35, RM 35 X 2, RM 35 X 3, RM 350 X 2 dan RM 3,500 dan juga free photoshoot. Barang free semua orang nak kan. Me also.


Dari last week masa kitaorang ternampak promosi kat ground floor Plaza Alam Central terus mr. edy kata 'ma beli je apa yang nak'. Ternganga aku dengar ayat yang keluar dari mulut mr.edy tuh. Selambanya ayat. Tapi off course aku bukan jenis main rembat terus. Harus berfikir sedalam-dalamnya. Emas 916 sekarang RM 187/gram. Bayangkan kalau beli yang 7 gram dah berapa tu oiii...


tq mr.edy.  

Tapi mengenangkan barang-barang  sampingan yang nak diberi percuma tu, tak boleh tido malam dibuatnya. Bayangkan mana la tahu masa mengepin jarum mengena RM 3,500. Pastu di make up free untuk ber 'photoshoot' pun free. Di print sekeping gambar yang di photshoot free lagi. Sape yang tak nak.


So, on my birthday 16 DEC lepas, aku tanpa berlengah terus grab pelawaan mr. edy. Gigih pergi memalam. Menggeletar tangan aku nak spin. Adakah berpeluang mendapat hadiah bernilai RM 3,500 itu bakal menjadi kenyataan tapi sebenarnya lagi menggeletar nak membayar harga rantai emas itu. Spin punya spin hanya dapat RM 35 X 2. Dapat jed. Jadilah...


Next sesi photoshoot. First time dalam hidup aku berphotoshoot. Jadi model aku malam tu. 4 5 6 gaya jugaklah cameraman suruh aku buat.


Nak tengok gambar? Tunggu next entry ya....

1 comment:

PUANSTOBERI said...

Oh. Terlepas entry ni. Tp masih blum lewat utk mengucapkan hepi beday kan??

Napaknya beday kita hampir sama lah. Yg membezakannya cuma umur. Hihi. Ai terlebih 2 la plak. Hhaahah.. So, hepi belated beday :)

 
Copyright by Aziazidah