Showing posts with label birthday. Show all posts
Showing posts with label birthday. Show all posts

11 December 2014

Birthday wishes dan free sample lagi


Thank u libresse ingat birthday akak.  Anda org pertama yg wish kt akak tau. hihihi. Akak suka laki akk pun tak sepnts ini. Entah kn tak ingat. huhuhu. . .

Pagi ni pulak dpt ucapan tahniah atas kelahiran bby airis dan wish dari ex boifreng. Matik akak ni klu mr.mama tahu. Bini bukn nk selingku waktu laki tak de ye. Dia pn dh kawin. Unexpected. Dah bertahun tak berhubung tetiba dpt call nombor tak bernama. Macam tak mo angkat tp terangkat camna. Jodoh ler tu. kuikui. . Reason ex boifreng call sbb nk wish birthday dpt reminder dari email. Boleh caya ke? Rindu akak ler tu. . hahaha.

16/12 ni genap umur akak 33 tahun. Akk tak de nk sembunyi sembunyi umur. Berbangga apa adanya gitu.. hehe. Bila laki nk balik nih? Sebulan seminggu dah kt kg. Taknak sambut ke?



Terima kasih dentalpro and sanofi. Free sample dpt masa pi opis urus ctg hari tu. Seram akak tgk berus gigi warna hitam. Eh ibu menyusu boleh ke mkn vitamin sebarang sebarang?

10 October 2013

4 years old

Hari ni hari gaji orang gomen. Giler cepat. Raya punya pasal. Penuhla alamanda jumaat nih. mihmihmih... Pagi ni terdengar sokseksoksek opismate tanya apsal radio pasang lagu raya. Raya apa? Amboi.. Syawal saje ko ingat. Mementang kena puasa. Kalau pi haji baru lah nak ingat raya haji eh.. hihihi...

Today sofea genap empat tahun. Cepatnya masa berlalu. Tahun depan dah nak sekolah. Macam tak caya. Dah kategori mak  mak sangat nih. Pagi tadi sempat wish sofea selamat hari jadi. Nak wish tepat kul 12 malam tertido pulak. Mr. mama tu entah ingat ke tidak hari jadi anak dia hari ni..

Senyum je pia dengar aku wish dalam pada ngantuk-ngantuk tu. Bukan dia tahu pun apa pun. Cuma dia tahulah kalau ucap hari jadi kena ada hadiah. Dia tengok kat citer upin ipin tu. Jadinya wajib beli hadiah. Tak tahu nak kasi hadiah apa nih. Tapi dia sokmo tiap hari nak barangan dora. Dari kasut ke baju ke beg semua nak dora. Hari tu mr. mama ada kasi baju tido dora. Dia duk bantai nak pakai setiap malam. Tak sempat basuh pun nak pakai balik. Pastu kalau malam, tak nak pakai baju tido jenis seluar. Nak yang jenis gaun. Udahlah malas pakai pende (seluar dalam). Kalau pakai pastu lepas kencing tinggal je tepi pintu bilik air.

Hai anak anak... Makin besar macam-macam perangai. Pasni kalau dia nak makeup tak tahu ler aku nak kata apa. Tanda-tanda melawa memang dah nampak. Tengoklah mr. mama bebel cam mana. Mama dia ni nak calit satu warna kat muka pun tak dapat.

Apa-apa pun mama harap sofea jadi anak yang solehah boleh jaga mama papa dan hakeem sudah. Walau pun dia selalu gaduh ngan hakeem tapi sape kacau adik dia memang dia marah. Kalau aku marah memang dia pujuk adik dia jangan nangis. Siap peluk-peluk lagi. Kecik ni bolelah peluk besau nanti tak boleh dah tau...

Every night aku bisik kat telinga sofea supaya jaga kami sekeluarga. Diakhir zaman ni banyak sangat keluar kat paper kisah anak biarkan mak bapak hidup merempat. Sanggup buang keluarga demi harta dan cinta. Ish mintak simpang malaikat empat puluh empat janganla jadi kat aku. Lagi satu expectation mama tak tinggi. Pia belajar setakat termampu aje. Tak dapat masuk universiti pun tak pe. Bukan semua orang masuk U ni berjaya. Tengok mama belajar tinggi pun susah nak dapat keje yang sama dengan taraf pendidikan. Pia jadi tukang jahit sambung deligasi mama pun dah ok sangat..


Happy birthday sayang :* :* :* muahmuahmuah..

Nanti kita celebrate makan kfc lagi nak. 
Bukan senang mama nak bagi makan fastfood ni. 
Makan selalu selalu otak lemb tahu...


19 December 2011

Poh Kong 35 years Anniversary | I'm 30


Aku tak tahu bila tarikh sebenar anniversary Poh Kong ni. Cuma staff Poh Kong (Peggy) kat Plaza Alam Central kata sempena Poh Kong 35 years Anniversary ni diorang ada buat promosi beli emas above RM 350 boleh buat spin untuk cabutan hadiah RM 35, RM 35 X 2, RM 35 X 3, RM 350 X 2 dan RM 3,500 dan juga free photoshoot. Barang free semua orang nak kan. Me also.


Dari last week masa kitaorang ternampak promosi kat ground floor Plaza Alam Central terus mr. edy kata 'ma beli je apa yang nak'. Ternganga aku dengar ayat yang keluar dari mulut mr.edy tuh. Selambanya ayat. Tapi off course aku bukan jenis main rembat terus. Harus berfikir sedalam-dalamnya. Emas 916 sekarang RM 187/gram. Bayangkan kalau beli yang 7 gram dah berapa tu oiii...


tq mr.edy.  

Tapi mengenangkan barang-barang  sampingan yang nak diberi percuma tu, tak boleh tido malam dibuatnya. Bayangkan mana la tahu masa mengepin jarum mengena RM 3,500. Pastu di make up free untuk ber 'photoshoot' pun free. Di print sekeping gambar yang di photshoot free lagi. Sape yang tak nak.


So, on my birthday 16 DEC lepas, aku tanpa berlengah terus grab pelawaan mr. edy. Gigih pergi memalam. Menggeletar tangan aku nak spin. Adakah berpeluang mendapat hadiah bernilai RM 3,500 itu bakal menjadi kenyataan tapi sebenarnya lagi menggeletar nak membayar harga rantai emas itu. Spin punya spin hanya dapat RM 35 X 2. Dapat jed. Jadilah...


Next sesi photoshoot. First time dalam hidup aku berphotoshoot. Jadi model aku malam tu. 4 5 6 gaya jugaklah cameraman suruh aku buat.


Nak tengok gambar? Tunggu next entry ya....

08 October 2011

My doter almost 2 years

Kesian my doter semalam demam. Memang lembik lunyai. Seharian terbaring dan tido aje.  Susu pun tak nak.



Maybe peralihan tahun agaknya. Almaklum lusa dia genap 2 tahun. Walaupun sebelum sebelum ni tak pernah pulak demam kalau nak beralih bulan atau nak tumbuh gigi pun relax je.

Kalau dah dua tahun tu agaknya lesen besar leh buat macam macam ye sofea. Last year birthday, jatuh hari ahad jadi bolehla sambut sikit sikit. Tahun ni jatuh hari kerja payahlah nak sambut.




Tapi mr edy kata nak beli beskal untuk kakak. Sy pulak rasa baik beli buku dan cd lagu banyak banyak. Biar dia makin pandai.