22 February 2012

Harinya

Akhirnya tiba jugak hari interview yang dinanti-nanti. Walaupun bangun awal tapi tetap sampai lambat kat SPA, lebih kurang pukul 8. Dah ramai orang dah. Ada dua jawatan yang sedang diinterview. Kastam dan Bomba.

Aku dapat bilik yang ke 2 (bilik G) nombor empat. Ramai jugak pembantu kastam yang datang. Confirmlah diorang ni dapat (dalam hati).

Bilik aku nak interview berkongsi panel SPA dengan jawatan doktor. Doktor interview dulu kemudian baru kastam. Jadi dalam pukul 9 lebih baru nak panggil orang yang pertama.

Sementara tunggu nombor giliran sempat jugak berborak dengan calon-calon yang lain. Rata-rata semua yang memohon dah bekerja. Chances nak dapat memang tipislah.

Pekerja yang nak di pakai dalam seratus orang, calon simpanan seratus orang. Yang dipanggil interview dalam seribu orang. Nak bersaing dengan pembantu kastam pun satu hal. Ingat senang nak dapat.

Tunggu punya tunggu, dalam pukul 11.25 am sampai giliran aku. Cam biasa aku cuba kontrol ayu walaupun dalam hati punya laju jantung ber dap dup dap dup.

Memula penginterview dari SPA tanya mana aku kerja sekarang, jawatan apa dan seterusnya mintak terangkan pasal 1 Malaysia. Siap berdebat ngan orang SPA tiba giliran orang kastam pulak. Penginterview tanya pasal fungsi kastam. Berdebat lagi.

Mana tak dinamakan debat setiap kali aku jawab di patahkan dan disangkal aku punya jawapan. Macam salah je apa yang aku jawab. Naik terkedu aku.

Kemudian penginterview kata saya dah tak ada apa nak soal lagi. Azidah ada apa2 nak tanya. Memula aku jawab tak ada. Kemudian aku tambah cuma saya berharap dapat jawatan kerana saya dah lama dalam perkhidmatan kerajaan, saya nak tingkatkan taraf hidup saya, nak tambahkan pengetahuan dan mencari pengalaman lain dan bla bla bla bla.... Ayat power aku reka.

Orang SPA kata iyelah tapi saingan tough, sengit. Sebelum keluar aku ucapkan terima kasih. Tengok jam kat dinding pukul 11.35 am. 10 minit jer.

Why 3 orang sebelum aku semuanya 20 - 25 minit. Why aku cepat sangat. Orang lain dia tanya memacam. Tanya pasal misi, visi, nama ketua pengarah jabatan kastam. Tanya isu semasa. Aku cuma dua soklan jer.

Korang rasa tak yang macam aku tak dapat jer jawatan ni. Aku pun tak confident apa yang aku debatkan dengan penginterview tadi. Hurmmm...


4 Comment:

IntaNBerliaN said...

InsyaAllah.. mana tahu ada rezeki awk utk dpt keje tu.. Jgn cpt fikir negatif yer dear.. :-)

Kdg2 kita rasa mcm kita tak berjaya tapi bila DIA dah takdirkan utk kita berjaya walau macamna bagus or tak bagus pun jawapan kita dkt soalan panel tu.. kita tetap dapat kerja tu :-)

Wish u luck dear :-)

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam Amin.K.atie doakn semoga dptlah Azi jawatan tu..Aminnn

Tihara said...

Insya Allah, rezeki di tangan Allah..berdoalah, yg penting dah usaha..tahniah sbb layak ditemuduga..mcm akk ni lg la bape kali g ujian spa8 tk lepas2 walo rasa konfiden je mcm lepas :)..umo pn dah makin muda ni..heheh..

Azi said...

intan berlian : itulah klu ada rezeki alhamdulillah.

k.tie : tq

tihara : lom rezeki akak lg tu, jgn give up eh