Showing posts with label interview. Show all posts
Showing posts with label interview. Show all posts

09 May 2013

Dapat panggilan interview

Sepanjang aku kerja almost tiga minggu ni boleh kata hampir setiap hari hati macam tak tenang. Mana taknya setiap pagi nak pergi kerja mesti tangisan yang mengiringi pemergian aku ke kereta.

Dulu masa cuti tanpa gaji hakeem dan sofea bangun tido sikit punya lambat. Kul sembilan sepuluh baru celik mata. Ini pukul enam pagi dah standby tuk nangis pukul enam setengah nanti. Hati aku ni sayu. Kalau bukan sebab kerja kerajaan dah lama aku mohon berenti kerja.

But finally ada jugak khabar yang menggembirakan hati di pagi hari. Bukak email tengok ada email dari pengirim nama 'pengambilan'. Pelik namanya. Klik klik tengok....

Panggilan interview jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27. Padahal dah lebih tiga tahun aku tak isi borang SPA.

Oii gembira sangat ni oi... Sampai gigil tangan kaki lutut nak buat kerja. :)

Tapi aku idak ler mahu mengharap tinggi sangat. Takut jadi macam keputusan temuduga penolong pegawai kastam hari tu. Dukacita.... But i will try my best...

Doakan saya...



22 February 2012

Harinya

Akhirnya tiba jugak hari interview yang dinanti-nanti. Walaupun bangun awal tapi tetap sampai lambat kat SPA, lebih kurang pukul 8. Dah ramai orang dah. Ada dua jawatan yang sedang diinterview. Kastam dan Bomba.

Aku dapat bilik yang ke 2 (bilik G) nombor empat. Ramai jugak pembantu kastam yang datang. Confirmlah diorang ni dapat (dalam hati).

Bilik aku nak interview berkongsi panel SPA dengan jawatan doktor. Doktor interview dulu kemudian baru kastam. Jadi dalam pukul 9 lebih baru nak panggil orang yang pertama.

Sementara tunggu nombor giliran sempat jugak berborak dengan calon-calon yang lain. Rata-rata semua yang memohon dah bekerja. Chances nak dapat memang tipislah.

Pekerja yang nak di pakai dalam seratus orang, calon simpanan seratus orang. Yang dipanggil interview dalam seribu orang. Nak bersaing dengan pembantu kastam pun satu hal. Ingat senang nak dapat.

Tunggu punya tunggu, dalam pukul 11.25 am sampai giliran aku. Cam biasa aku cuba kontrol ayu walaupun dalam hati punya laju jantung ber dap dup dap dup.

Memula penginterview dari SPA tanya mana aku kerja sekarang, jawatan apa dan seterusnya mintak terangkan pasal 1 Malaysia. Siap berdebat ngan orang SPA tiba giliran orang kastam pulak. Penginterview tanya pasal fungsi kastam. Berdebat lagi.

Mana tak dinamakan debat setiap kali aku jawab di patahkan dan disangkal aku punya jawapan. Macam salah je apa yang aku jawab. Naik terkedu aku.

Kemudian penginterview kata saya dah tak ada apa nak soal lagi. Azidah ada apa2 nak tanya. Memula aku jawab tak ada. Kemudian aku tambah cuma saya berharap dapat jawatan kerana saya dah lama dalam perkhidmatan kerajaan, saya nak tingkatkan taraf hidup saya, nak tambahkan pengetahuan dan mencari pengalaman lain dan bla bla bla bla.... Ayat power aku reka.

Orang SPA kata iyelah tapi saingan tough, sengit. Sebelum keluar aku ucapkan terima kasih. Tengok jam kat dinding pukul 11.35 am. 10 minit jer.

Why 3 orang sebelum aku semuanya 20 - 25 minit. Why aku cepat sangat. Orang lain dia tanya memacam. Tanya pasal misi, visi, nama ketua pengarah jabatan kastam. Tanya isu semasa. Aku cuma dua soklan jer.

Korang rasa tak yang macam aku tak dapat jer jawatan ni. Aku pun tak confident apa yang aku debatkan dengan penginterview tadi. Hurmmm...


21 February 2012

Tolong doakan saya

1 day left before interview.



Entry ni bukan autopublish tapi auto live ni. 2.44 am. Surf internet pepagi buta sebab nak cari maklumat pasal kastam, pasal isu semasa. Wawasan 2020, rukun negara, integriti pun habis aku search.

Banyak lagi yang tak faham dan jelas pasal kastam ni. Isu semasa jugak banyak dah ketinggalan. Almaklum dah lama tak kerja. Otak dah membeku macam EBM hakeem. Berukband pulak lembab macam siput sedut. Dah habis limit.

Itulah dah terhantuk baru nak terngadah (betul ke pepatah ni). Hentam aje lah.

Btw, tolong doakan saya. Lagi ramai yang mendoakan mungkin lagi cerah peluang nak sandang jawatan ni.

TQ.

12 January 2012

Surat Panggilan Temuduga







Alhamdulillah.


Semalam aku terima satu surat. Nak tahu surat apa? Biasanya kalau posmen datang, surat yang aku terima mesti surat dari bank. Surat hutang. Tapi kali ni lain, surat dari SPA.


Rupanya surat panggilan temuduga. Temuduga jawatan Penolong Penguasa Kastam. Surat yang memang aku tak sangka langsung. Sebabnya borang permohonan online aku kalau tak silap dah luput lama dah. Bulan Ogos 2010 lagi.


Aku memang dah nekad tak nak renew (macam nak renew lesen pulak). Aku nak focus pada anak dan menikmati percutian yang berbaki tak sampai 6 bulan lagi. Sedap duk umah ngan anak-anak.


Actually, dah tiga kali aku isi borang spa ni, satu pun tak panggil. Inilah interview aku yang pertama selepas dua tahun aku grad Dip. in Bus. Transport dengan jayanya. Menyimpang langsung dengan interview jawatan yang di panggil.


Aku memang tak berapa berharap nak dapat jawatan ni. Tipulah kalau kata tak berharap langsung cuma tak menaruh harapan tinggi je. kih kih kih.


Bila dapat surat ni macam-macam aku fikir dan kena buat. Rasanya dah lapan tahun aku tak masuk bilik interview. Dah tak ingat dah macam mana nak berdepan dengan orang-orang spa.



Pasni mesti aku kena jadi macam student balik. Kenalah baca history kastam serba sedikit kan. Nanti interview nak jawab macam mana.


Pastu kena pulak beli kasut baru. Kalau temuduga kena pakai kasut bertutup kan?. Kena rajin, cepat-cepat perah susu badan bebanyak, nanti nak tinggalkan hakeem macammana?. Kena ajar dia minum guna botol dari sekarang ni.


Walaupun interviewnya setengah hari je tapi aku dah mula rasa kekusutan. Nak nak lagi memikirkan jawatan yang tak pasti macam manalah skop kerjanya.


Ini belum lagi dapat jawatan tu. Ada sesiapa yang tahu pasal jawatan penolong penguasa kastam ni tak?.