Betul ke penjodoh bilangan untuk pagar adalah sebuah?
Ok aku main hentam. BM dapat dua je time SPM.
Tolong abaikan view yang sangat buruk. Suasana selepas hujan.
Batang pagar tu satu set empat ratus. Mahai. Belum masuk beli pasir, beli peti surat, beli simen nak buat bin, nak curah dalam batang yang lompong tu. Banyak betul guna duit nak buat satu pagar.
Pastu ada satu malam tu mr. edy siap kejar orang yang datang merokok kat rumah aku. Apa ke hal tu kul tiga pagi melepak kat hall rumah aku.
Tak lama pastu adik aku bising-bising cakap helmet dia yang buruk tu dah lesap. Itu belum masuk dua biji bateri lori yang berharga RM 700++ dan drill selamat dah kena rembat dek sape ntah.
Pantang lepe sikit. Nampak gayanya kena pagar sekeliling rumah.
Ini pas ko park kereta terus berlalu dengan muka tak bersalah. Aku yang tercegat depan mata ko buat dont know jer. Even aku dah block kat laluan masuk pun pantang nampak ada lompong, dah nak masuk dalam longkang pun ko boleh nak park lagi dalam kawasan umah aku. Tak reti malu, tak reti bahasa. (mood : marah sesangat ni)
Okeh back to pagar.. Tiang dah siap berdiri tinggal pintu pagar pulak. Semalam kakak aku survey harga pagar pulak. Pagar yang jenis tolak tapi bukan auto tu harga RM 1,500. Mana nak cekau duit nih. Kalau yang auto punya RM 3,000. Pakej dapat remote 3 biji.
Okeh back to pagar.. Tiang dah siap berdiri tinggal pintu pagar pulak. Semalam kakak aku survey harga pagar pulak. Pagar yang jenis tolak tapi bukan auto tu harga RM 1,500. Mana nak cekau duit nih. Kalau yang auto punya RM 3,000. Pakej dapat remote 3 biji.
Banyaknya nak guna duit buat sebuah pagar. Maknanya orang depan umah aku tu kayalah ada pagar siap auto lagi.
No comments:
Post a Comment