Showing posts with label kisah rumah. Show all posts
Showing posts with label kisah rumah. Show all posts

24 February 2012

Kearah sebuah pagar

Betul ke penjodoh bilangan untuk pagar adalah sebuah? 
Ok aku main hentam. BM dapat dua je time SPM. 

Tolong abaikan view yang sangat buruk. Suasana selepas hujan.

Batang pagar tu satu set empat ratus. Mahai. Belum masuk beli pasir, beli peti surat, beli simen nak buat bin, nak curah dalam batang yang lompong tu. Banyak betul guna duit nak buat satu pagar.

Tapi nak buat camna dah banyak orang dan haiwan yang ceroboh masuk tanah pusaka mak aku ni. Kalau nak ikutkan sekarang memang banyak anjing liar datang bertenggek kat garage umah kakak aku. Siap memadu kasih lagi kat bawah kete adik aku.

Pastu ada satu malam tu mr. edy siap kejar orang yang datang merokok kat rumah aku. Apa ke hal tu kul tiga pagi melepak kat hall rumah aku.

Tak lama pastu adik aku bising-bising cakap helmet dia yang buruk tu dah lesap. Itu belum masuk dua biji bateri lori yang berharga RM 700++ dan drill selamat dah kena rembat dek sape ntah.

Pantang lepe sikit. Nampak gayanya kena pagar sekeliling rumah.

Lagi satu kalau ada kenduri kendera dekat-dekat dengan rumah aku selamba jer depa pi park kat dalam kawasan rumah aku. Aku ni bukan jenis kedekut haji bakhil tapi kalau ko dah park tu tak reti-reti nak minta permission atau paling tidak senyum. 

Ini pas ko park kereta terus berlalu dengan muka tak bersalah. Aku yang tercegat depan mata ko buat dont know jer. Even aku dah block kat laluan masuk pun pantang nampak ada lompong, dah nak masuk dalam longkang pun ko boleh nak park lagi dalam kawasan umah aku. Tak reti malu, tak reti bahasa. (mood : marah sesangat ni)

Okeh back to pagar.. Tiang dah siap berdiri tinggal pintu pagar pulak. Semalam kakak aku survey harga pagar pulak. Pagar yang jenis tolak tapi bukan auto tu harga RM 1,500. Mana nak cekau duit nih. Kalau yang auto punya RM 3,000. Pakej dapat remote 3 biji. 

Banyaknya nak guna duit buat sebuah pagar. Maknanya orang depan umah aku tu kayalah ada pagar siap auto lagi.


13 January 2012

New new item

Hujung tahun dan awal tahun memang musim untuk menghabiskan duit laki. Penghujung december memang banyak Y.E.S (Year End Sales) and awal tahun pulak sana sini kedai buat promotion Chinese New Year Sales.


Kata orang kalau nak beli barang murah-murah punya elok beli time nak raya cina. Sebab cina bagi diskaun giler-giler babi. Orang tu kakak aku yang kata. Kih Kih Kih. Entah betul ke tidak. Aku rasa betul.


Bermula dengan berbelanja sakan time christmas sales, diikuti dengan mencantikkan rumah dengan langsir baru, pastu sibuk pulak cari barang letrik, sebenarnya aku tak berhenti berbelanja di situ je, banyak lagi benda baru dah masuk ke dalam rumah aku.


Dari barang rumah hinggalah ke barang mainan sofea. Cuma barang hakeem je tak ada. Kesian anak jantan aku sorang ni. Selalu dapat barang second hand.



Sofa baru beb. Dah lama nak merasa duk atas sofa. Bontot aku dah naik kematu duduk atas lantai. Buku lali kaki pun dah hitam legam.

Kalau tak ada promosi CNY, harga sofa ni RM999. Sebab raya cina dapat lah diskaun 50%. 3 + 2 seater. Murah ker?

Beli jer sebab rasa rega sedang elok dan senang nak cuci kalau anak aku muntah ke apa atas sofa nanti.




Mr. edy mengidam dah lama dah kat basikal ni, bukan sofea. Beli kat OTK jer. Dekat RM100 gak. Sayang anak punya pasal. Nanti boleh peturunkan ke adik-adik.

Setakat ni sofea masih tak reti mengayuh. Kayuhnya ke belakang bukan ke depan. Last-last tersadai kat garage yang lebih.




google. malas snap.


Dah lama aku mencari cd 'Animation Education Kids Song'. Walaupun aku dah pandai download video dari you tube. Sofea tak minat video-video di you tube sangat. Cepat je dia bosan.


Semalam akhirnya dapat jugak cari cd ni kat pasar malam. Ini cd ketiga aku beli yang sama. Hanya  Cd ni je yang sofea paling suka, nak wat camna. Walaupun sepuloh hinggit je tapi kalau dah beli 4 5 keping dah berapa.


Aku rasa poket aku dah nak rabak dah ni. Kena stop berbelanja yang merapu kalau tak nak miss makan, miss susu anak, miss pamper anak. Stop it.