10 April 2012

Jangka hayat sehelai baju

Cuaca kat malaysia memang selalu hot kan. Nak nak kalau rumah yang non ada aircond. Rumah aku ler tu. Jadi kena pilih pakaian yang sesuai. Yang 100% cotton or nipis or seksi (eh!)

Aku biasa pakai t-shirt je kalau duk rumah. Yang berlengan pendek walaupun ada penghuni non muhrim dalam rumah. :( Tak tegar muslimah lagi.

Bila penghuni non muslim dah tak ada barulah boleh pakai baju tak berlengan. Sebab kes cuaca panas kan. Tapi aku memang dah tak banyak baju-baju yang tak berlengan. Masa belum kawin adalah. Banyaknya dah jadi kain buruk.

Seminggu dua ni aku bedek-bedek lemari jumpa selai. Masih elok, cantik boleh dipakai yang menarik perhatian aku.

Rupa baju tak de lengan tu lebih kurang cam ginilah.

Baju ni orang bagi. Bekas abang ipar aku belikan masa aku form 4 (16 tahun). Ko bayangkan sekarang umur aku hujung tahun ni dah nak cecah 31 tahun. Berapa lama dah baju ni? Cer kira?

Baju ni x-abang ipar beli harga RM 9.90. Murah je tapi dulu-dulu 10 hinggit pun besar harganya. Lebih-lebih kita yang student. Beli kat Giant, USJ. Tahan betul baju ni.

Inilah baju yang paling lama jangka hayatnya yang ada dalam simpanan aku. Korang?

3 Comment:

Momma AA said...

wow.. still maintain la tu azi... hurmm.. momma x der baju lama yg momma simpan.. sbb lepas kawin ni momma naik 20kg dr berat asal.. huhu.. jgn terkejut!!

IntaNBerliaN said...

wah.. thn lama betoi yer baju tu.. dh lbh 10 thn tu...

Azi said...

mommaAA: wah byk naik tu momma, takpe janji hati gembira, azi pun klu boleh nk gemuk sikit tp bila xboleh2...

intanberlian: dh 15 tahun... hi3