Sempena ulang tahun kelahiran Hakeem yang pertama, budget nak bagi hadiah 'adik' kat Hakeem. Amboi statement tak agak-agak kan :P
Bukan apa sejak dua menjak ni aku rasa selera makan aku dah bertukar rentak. Makin menjadi-jadi kuat makannya.
Pastu nak makan benda yang masam-masam. Then nak makan aiskrim, air rootbeer dan paling parah asyik nak makan lauk berasaskan daging jer. Bila makan asyik rasa tak kenyang. Rasa nak tambah lagi, tambah lagi dan lagi.
Dapat pulak kakak aku cakap kalau suka benar makan daging tu maknanya nak beranak lagi tu. Betul ker? Berdebar jugak jantung aku di buatnya.
Semalam aku terus pergi 7eleven beli pregnancy test. Tak tahan nak tahu keputusan mengandung ke tak. Aku kan sejak beranak tak pernah datang period.
Beli pregnancy test jenama Dip 'N' Tell. Brand ni memang serasi dengan aku. Time mengandungkan sofea dan hakeem aku uji kehamilan pakai jenama ni lah. Memang tepat. Ujian tu aku lakukan dalam minggu ke-5 usia kandungan.
Dip 'N' Tell di datangkan dengan FREE Urine Cup Inside dan dah boleh tahu result hanya dalam masa seminit. Sesetengah pregnancy test tak ada kasi urine cup tau. Menggagau lah ko cari benda nak tadah kan. Harga sekitar 11 hinggit jer.
Untuk melakukan ujian kehamilan dikatakan pada waktu pagi adalah waktu yang paling sesuai.
Korang nak tahu ke apa result aku tadi?
Resultnya aku yang kuat makan tapi beri alasan macam orang mengandung mengidam itu ini. Negatiflah, tak pregnant pun.
Rugi 11 hinggit duit aku..
4 comments:
a'ah.. tak semestinya tekak nak makan itu ini tu akibat pregnant jer.. kadang2 tekak kita nak rasa lain lagi kot... saya pun kadang2 ada gak suka sangat nak makan benda masam2 ni... sampai husbnd cakap jangan2 mengandung lagi kot.. terlalu awal la saya nak mengandung lagi...
hahaha.. kelakar la azi ni... maybe azi breastfeed hakeem lg kut.. tu yg asik lapo jer.. hakeem pun dah besar kann... hehe.. tp azi mkn byk x per.. bdn x gemok pun.. kasi tambah lemak skit.. :p
riena haiqal: itulah, sy pn rase awal lg nk ngandung. takut xterkejar nak jaga anak yg ada ni.
mommaAA: mgkinlah kan sbb bf, hakeem pn makin mmbsr, byk nyusu. hi3
saya pakai Dip N Tell sebanyak dua kali. hasil yang saya dapat adalah sama iaitu satu pink pekat, tapi window tu colour dia dari putih terus tukar ke light pink. kenapa macam tu eh?
Post a Comment