10 May 2012

Arwah dah

Semalam pagi baru jer aku publish story pasal kucing terbiar (storynya di SINI). Tengaharinya kucing tu dah tak ada.

Kucing tu dah mati. Dan kematiannya disebabkan oleh moto LC aku, lebih tepat kecuaian aku. Aku dah langgar kucing tu secara tak sengaja masa nak alihkan moto.

Aku duk risau masa bawak moto tu takut terlanggarkan hakeem dan sofea. Alih-alih lain pulak yang jadi. Kucing tu kecik sangat. Sungguh aku tak perasan.

Memula mr. edy kata aku terlanggar kat bahagian kaki jer. So aku taklah risau sangat. Tapi bila petang waktu aku bukak pintu depan rumah, kucing tu tak muncul pun kat pintu. Bila aku tanya kat abang ipar aku, dia kata kucing tu dah arwah dah.

Petang tu aku tengok semut dah penuh hurung kat kucing tu. Dan petang semalam jugak mr. edy terus tanam kucing tu. Sedih jugak atas kehilangan kucing ni. Mr. edy kata kucing ni macam pembawa rezeki.

Fyi, orang yang letak kucing kat kaki mr. edy tu pakai baju melayu. Memanglah tak ada apa-apa simbolik pun. Semua rezeki datangnya dari Allah.

Tapi kalau kita buat baik, berbudi pada binatang, pada tanah, semua makhluk akan mendoakan kita. Betul tak?


*Itulah, celupar lagi mulut tu kata tak suka kucing. Terus tuhan tarik dan dan tu jugak.

4 Comment:

Riena Haiqal said...

aduhai siannya kucing tu...
Sama macam husband saya semalam.. masa dia ambil saya, muka dia sedih sangat.. saya tanya kenapa dia cerita la yang dia dah terlanggar anak kucing kat rumah kawan dia... tapi dia tanam gak mayat kucing tu.. siap dia minta maaf lagi kata tak sengaja.. saya apa lagi, bebel2 sebab sebak sangat2..

Momma AA said...

x per la azi.. kan x sengaja.. mudah2an ada kucing comel lain yg dtg pulak yer..

Azi said...

riena haiqal: azi xde la smpi mintak maaf kat kucing, tp mintak maaf kat husband takut dia fikir azi mmg berniat nak langgar kucing tu... apalah azi ni kan...

mommaAA: harap2 xde. azi mmg xsuka kucing, yg ni sbb dh mmg ada xpelah..huhuuh..

IntaNBerliaN said...

laaa yeke... jodoh dia nak duk dgn azi xlama la tu.. tp xpala.. bkn azi sengaja pun...