Novel terpakai sudah terjual ke pejabat poslah kita

Alhamdulillah akhirnya ada jugak yang nak beli novel-novel terpakai kakak aku tu. Malu jugak duk kabor/canang dalam belog pastu tak de orang nak beli. Kena tutup muka ler jawabnya.

Menjual novel terpakai ni memang memberi satu pengalaman yang baru bagi aku and i'm very very excited. :-). Orang lain dah berabad jual barang online kan. Pastu tak bising pun. Tak pelah aku batak sikit. First time.

Sebenarnya aku penah jugak jual online sekitar tahun 2009/2010. Aku jual barang baby (stroller). New brand and second hand. Ada dalam dua tiga bijik jugaklah yang terjual. Tapi time tu medium aku adalah Mudah.my. Tak ada belog lagi time tu. Base on cash on delivery.

Tak pernah lagi jual barang yang kena postage macam ni. Nervous jugak ni. Takutlah customer tak terima ke apa. Lebih-lebih lagi aku prefer guna khidmat pos daftar je. Novel tak boleh guna pos laju, mahai. Nanti tak padan harga yang customer kena bayar.

sticker pos daftar tu. nak interprem jugak sticker pun. bokti bokti....

Semalam dah selamat pos semua novel yang customer request. Silap percaturan pergi pejabat pos hari isnin. Punya ramai umat manusia. Sejam menunggu.

Oklah, pada pencinta novel dan yang berminat nak beli novel-novel terpakai yang masih sangat-sangat baru, condition jangan risau tip top, gerenti tak menyesal, jangan lupalah singgah cuci mata kat SINI yea.


*sedang berkira-kira nak jual baju plus size (prelove item), my sister punya. Ada ke yang berminat nak beli rasanya?

1 comment:

IntaNBerliaN said...

baguslah kalu dah ada yg beli.. mg novel tu slmt smpai :-)

Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY