Showing posts with label business. Show all posts
Showing posts with label business. Show all posts

20 September 2012

Miss call daripada TV Alhijrah

Bila kita duk kehulu kehilir usung handset, tak ada sorang manusia pun nak call. Kita duk kelek handset satu hari satu malam bawak pi dapur, pi bilik tidor, pi bilik air, bukan kata orang nak call, satu sms pun tarak.


Kalau ada nak dapat sms, tu mesti dari celcom offer. Lebih-lebih sikit daripada nombor 28888. Nak beritahu kredit nak expired lah tu.

Tapi sekali kita letak telefon merata-rata, time tu lah berpuluh-puluh orang miss call kita. Masa kita tak terdengar ringing handset sebab handset tertinggal dalam kete or handset duduk bawah kusyen or bawah bantal, then bila kita teringat kat handset, tengok dah berderet nombor miss call. 

Paling tak boleh terima bila handset tetiba mati. Tak kiralah sebab bukak banyak sangat aplikasi kat handset sampai handset jadi hang. Tak pun handset yang kita tinggal terjatuh dari atas meja/kerusi/katil lalu terbarai semua body dengan bateri sekali. Atau pun sebab bateri kong.

Kemudian bila bukak handset berjujut sms masuk bagitau senarai nombor yang kita miss call. Pastu dalam senarai  miss call tu adalah panggilan-panggilan yang paling kita nanti-nanti. Panggilan yang urgent-urgent, penting-penting. Panggilan dari orang yang tak di kenali jugak. Bikin penasaran hati nak tau jer... Geram kan.

Macam semalam mr. edy punya handset ntah macam mana boleh terlerai bateri daripada body. Telefon cokia nokia C3 mr. edy tu memang dah nak tamat riwayat dah pun. Tak sampai setengah jam pun tertutup handset tapi dah berlambak orang call.

Di sebabkan mr. edy ni berbusiness base on call, jadi kenalah call satu satu nombor yang tak kenal tu. Dan salah satu nombor yang mr. edy call tu nombor pejabat. Dan katanya daripada TV Al hijrah. 

Sangat excited dengar TV Al hijrah call kitaorang. Glamour ko stesen TV telefon. Ko ada? Agaknya diorang call sebab nak offer casting ke apa haaa..  (Perasan)

Tapi sayang seribu kali sayang nombor tu general line, tak dapat nak detect siapa sebenarnya yang telefon mr. edy. Frust sesangat sampai ke hari ini. Meluap perasaan nak tahu kenapa TV Alhijrah call. Mungkin nak sewa lori kot...

Sebelum dapat call tu mr. edy pergi potong rambut dan angkut aku dan anak-anak naik motor. Dalam perjalanan balik baru perasan aku pakai baju terbalik. Kata orang kalau pakai baju terbalik ni nak dapat rezeki.. rezeki berganda...


* Apa related pakai baju terbalik dengan TV ALhijrah??? TV Alhijrah please call me back... huwa huwa... penasaran ni nak tahu.

* Kalau memang dijanjikan allah itu rezeki kita pasti akan ada rezeki tu, tapi kalau memang bukan rezeki kita kot mana-mana kita setting pun memang tak akan dapat.. Redha je lah...

24 May 2012

Dimana mendapat idea membuka kedai barangan terpakai

Korang nak tahu tak dari mana aku dapat idea nak bukak kedai barangan terpakai? Aku sebenarnya tak mempunyai angan-angan yang tinggi pun. Dan tak jugak mempunyai otak bisness.

Tapi sebab kedai barangan terpakai ni memang menjadi pilihan bagi sesetengah orang itu yang tergerak hati macam nak buat.

Almari ni menjadi rebutan ramai orang.

Almari atas ni macam biasa aku dapat free. Aku dapat daripada salah seorang customer yang sewa lori mr. edy. Orang Malaysia yang kaya memang kaya. Semua nak di buangnya. Cantik lagi kan almarinya...


Memula aku tak ada lah merancang nak guna almari ni. Macam biasa, aku letak semua barang yang orang kasi kat luar rumah je. Itu yang menarik pencuri nak datang rumah aku. Ahaksss...


Keesokan hari pepagi lagi kawan mr. edy call kata dia nak almari tu. Kawan mr. edy nampak almari ni semasa dia tengah buat rondaan. Dia polis...


Petangnya pulak ada jiran datang bertanya pasal almari ni. Dia tanya nak jual ker? Kalau nak jual, dia nak beli. Jiran aku ni kata lagi dia memang selalu beli barang terpakai.


Pastu boleh dia cakap lagi, hari tu dia ada nampak sofa kat rumah aku pastu dah tak ada. Tengok.. tingginya market barangan terpakai.


Fyi, bukan almari ni je yang ditanya, ada lagi drawer yang aku letak kat luar rumah pun dia nak beli. Tapi aku tak jual satu pun. Tak reti nak letak harga berapa. Dahla kita dapat pun free.


So dari situlah aku ngan mr. edy terfikir dan memasang angan-angan nak bukak kedai barangan terpakai.:-)

22 May 2012

Sambung lagi Cuti Tanpa Gaji Menjaga Anak

Hoyyey, akhirnya niat untuk menjadi surirumah sepenuh masa untuk tempoh dua tahun bakal tercapai. Suka sangat... suka sangat...

Awal mulai mei hari tu aku submit lagi surat sambung cuti menjaga anak. Kali ni aku decide cuti sampai bulan empat tahun hadapan terus. Tak ada enam-enam bulan dah. Senang. Kalau tak nak cuti kemudian boleh batalkan anytime.

Minggu lepas officemate call kata permohonan dah diluluskan. Haruslah diluluskan sebab sememangnya aku layak.

Aku terpaksa buat macam ni sebab hal kes nursery tu lah (pernah story kat sini) dan yang lebihnya sebab penyakit 'M' dah menyerang. Setahun duduk rumah rasa malas sangat nak pergi kerja.

Dan kalau korang masih ingat aku pernah cuba mencari jalan penyelesaian atas masalah nursery tu. Aku ada mention kat sini aku nak berniaga online tapi tak tahu nak jual apa. 

Akhirnya aku dapat idea menjual barangan peribadi. Aku mula dengan try jual 10 buah novel terpakai. Alhamdulillah dah hampir habis semuanya. Ingat nak tambah lagi novel jualan.

Dan sekarang dalam perancangan menjual baju kurung terpakai. Aku dalam process deal dengan sorang customer. Doakan semoga aku berjaya yea.

Nak lihat barang koleksi peribadi aku bolehlah CLICK SINI

08 May 2012

Novel terpakai sudah terjual ke pejabat poslah kita

Alhamdulillah akhirnya ada jugak yang nak beli novel-novel terpakai kakak aku tu. Malu jugak duk kabor/canang dalam belog pastu tak de orang nak beli. Kena tutup muka ler jawabnya.

Menjual novel terpakai ni memang memberi satu pengalaman yang baru bagi aku and i'm very very excited. :-). Orang lain dah berabad jual barang online kan. Pastu tak bising pun. Tak pelah aku batak sikit. First time.

Sebenarnya aku penah jugak jual online sekitar tahun 2009/2010. Aku jual barang baby (stroller). New brand and second hand. Ada dalam dua tiga bijik jugaklah yang terjual. Tapi time tu medium aku adalah Mudah.my. Tak ada belog lagi time tu. Base on cash on delivery.

Tak pernah lagi jual barang yang kena postage macam ni. Nervous jugak ni. Takutlah customer tak terima ke apa. Lebih-lebih lagi aku prefer guna khidmat pos daftar je. Novel tak boleh guna pos laju, mahai. Nanti tak padan harga yang customer kena bayar.

sticker pos daftar tu. nak interprem jugak sticker pun. bokti bokti....

Semalam dah selamat pos semua novel yang customer request. Silap percaturan pergi pejabat pos hari isnin. Punya ramai umat manusia. Sejam menunggu.

Oklah, pada pencinta novel dan yang berminat nak beli novel-novel terpakai yang masih sangat-sangat baru, condition jangan risau tip top, gerenti tak menyesal, jangan lupalah singgah cuci mata kat SINI yea.


*sedang berkira-kira nak jual baju plus size (prelove item), my sister punya. Ada ke yang berminat nak beli rasanya?